SAMOD Homestay
samod homestay
31/03/2025
KURSUS ASAS UNDANG-UNDANG ADAT KAMPUNG
12/08/2024
*SAMOD HOMESTAY*
*ALAMAT*
Kg Kumbatang/Sinimbulan, Kudat Sabah
*LOKASI*
Terletak di tengah2 kebun getah. Dibina di atas bukit dan di pinggir hutan simpan.
*KONSEP BANGUNAN DAN LANSKAP*
Suasana kehidupan orang rungus satu ketika dahulu yg digabungkan dengan seni binaan moden
*PERKHIDMATAN*
*. Penginapan & acara persendirian, keluarga, jabatan dll
- majlis secara sederhana spt, kahwin, birthday, ibadah kesyukuran
- Mesyuarat
- Seminar
- Retret
*. Hiking: Laluan sejauh 2 km yg mencabar dan boleh menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang laluan di hutan rimba, disamping boleh mendengar bunyi bunyian unggas dan melihat binatang yg tinggal di habitat asal. Berpeluang melihat sendiri tanda2 yg dikaitkan dengan lagenda atau cerita nenek moyang..seperti batu yg menyerupai kepala dinosour, kawasan tanah lapang (tidak ditumbuhi semak samun/tumbuhan) yg berada di tengah2 hutan
* Menternak Ayam Kg Kacuk:
- Boleh melihat cara penternakan yg sistemetik, bersih dan berkualiti
- Berpeluang melihat beberapa spesis ayam yg jarang2 ditemui
*KAMI ADA*
* Penginapan:
- 2 buah rumah sulap (boleh memuatkan 2 atau 3 org setiap satu)
- 3 buah tingkang yg boleh tidur secara terbuka (boleh memuatkan 13 org dewasa)
* Mini dewan yg boleh memuatkan 30 org
* Mini kolam mandi
* Tandas dan bilik mandi
* Dapur
* Pakej peralatan untuk majlis kahwin, birthday, seminar, mesyuarat dan yg berkaitan
* Peralatan memasak & makan untuk 20 org
* Mini kedai runcit
* Pakej makanan sarapan/makan tenghari/malam
* Membekal/menjual bun/roti
* Tempat memanggang
* Tempat letak kenderaan
*KELEBIHAN KAMI*
- Suasana nyaman pada waktu siang yg diiringi oleh angin sepoi2
- Pada waktu malam suasana sejuk dan ditemani dengan bunyi2an unggas
- Mempunyai liputan internet dan talian telefon utk semua rangkaian
- menikmati keseronokan mandi di mini kolam mandi dlm suasana yg mengasyikkan
- Beriadah bersama keluarga/sahabat melalui hiking dan berjalan2 di sekitar homestay
- Boleh membeli dan menikmati hidangan ayam kg kacuk yang segar dari ladang dgn harga yg berpatutan
- Banyak tempat yg menarik dan membeli belah yg berdekatan
*KAMI BERDEKATAN*
* Kg Sumangkap (14km): tempat pemprosesan/membuat gong
* Rumah Panjang Bavangazo(14km): Boleh melawat Rumah Panjang dan boleh melihat dan membeli kraftangan
* Kg Badarag (12km): Tempat pelancongan yg viral masa kini dan juga restoran yg memenuhi citarasa pengunjung
* Pekan daerah Kecil Matunggong(14km): boleh membeli bela di pasaraya Market Tokow. Ada Stesen Minyak dan berpeluang menikmati keunikan tamu pada setiap hari khamis
* Pekan Sikuati (14km): Ada Mesin ATM yg berada di dalam Survey Express. Boleh membeli belah di pasar raya Jaya Murni yg dibuka setiap hari sehingga jam 8.30pm. Tamu adalah pada setiap hari ahad
*Pantai Tindakon Dazang (15km): Tempat berkelah yg air jernih dan mempunyai pemandangan yg cantik
* Limau Limauwan (17km): Tempat memproses/menjual ikan bilis (masin/kering) yg segar dan jauh lebih murah di pasaran
* Pekan Kudat (34km): Terdapat bank, stesen Minyak, pasaraya, pasar yg terkenal dengan tempat membeli ikan masin yg jauh lebih murah dari tempat yg lain
* Simpang Mangayau (34km): Tempat pelancongan yg terkenal di Kudat
Hanya anda yg sukakan suasana kampung dan beriadah ditengah2 alam semulajadi yg akan mahu bersama dengan kami. Jika anda berminat boleh terus berhubung dengan kami utk menikmati diskaun yg istimewa
04/05/2024
PROMOS BULAN KAAMATAN & CUTI SEKOLAH‼️
DISKAUN SEHINGGA 37% ‼️
BOOK YOUR DATE NOW
WHATSAPP📱
011-3588 4021 SHARON
019-984 6529 JONIEL
017-567 1078 JENNIFER
19/04/2023
PROMOSI‼️ CUTI SEKOLAH DAN HARI RAYA
PROMOSI FULL PAKEJ HANYA RM200 SAHAJA‼️
BERMULA 19HB APRIL SEHINGGA 1HB MEI 2023..
WHATSAPP📱
011-3588 4021 SHARON
019-984 6529 JONIEL
017-567 1078 JENNIFER
View SAMOD Homestay pandangan atas
09/06/2022
Team Hiking Hari ini dari Belia Jemaat Kg.Masin Kanibongan Pitas
01/06/2022
Mini Dewan Samod Homestay
23/05/2022
Projek baru penambahan Tandas dan kamar mandi😁
Jadi kalau ada aktiviti seperti acara gereja atau hari keluarga tiada masalah sudah berebut pg tandas🤭🤭
29/04/2022
Group Hiking hari ni🤗
25/02/2022
Cuti sekolah sudah bermula... Mau bawa anak2 bercuti tapi kes C19 semakin meningkat...
Saya cadangkan bawalah anak2 anda bercuti di Samod Homestay sebab tempat yang privasi dan jauh dari orang ramai...
Tidak mau bermalam pun boleh juga hanya bersantai untuk sehari pun boleh juga...
Jommmm booking tarikh anda sekarang hihi😁😁😁😁
📱 0113 588 4021
22/02/2022
Nabatapa Gugumorung... Ada nampak macam muka Dinasour🦖 ka tu batu??
17/01/2022
Group hiking dari Persekutuan Wanita Jemaat Radtak 16 Januari 2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kudat
89050