Sure Tahodc Club
SuRe TAHODC is a social club, establish by UNIMAS TAHODC staff to manage their social activity within
29/05/2026
Kumang & Keling: The Immortal Ideals of Gawai
The selection of Kumang Gawai and Keling Gawai has in modern times become a beloved community tradition, a gentle competition that honours young women and men who best represent the timeless values of their ancestors. It is a reminder that these mythological figures are not locked in the past — they live on in every generation that chooses to carry their legacy forward.
Selamat Ari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai.
10/05/2026
📺 PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: SELAMAT HARI IBU! 📺
Buat warga Tahodc sekalian, marilah kita hargai ratu hati kita hari ini. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Selamat Hari Ibu 10 Mei buat semua ibu yang luar biasa!
Salam sayang,
SuReTahoDC
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja warga TAHODC 🔥
Kerja keras anda, kekuatan kita bersama.
Terima kasih atas setiap usaha tanpa henti 💪✨
Terus melangkah, terus berjaya 🚀
Ikhlas daripada,
SuReTahoDC
04/04/2026
Majlis Portluck Celorot HD yang berlangsung pada 2 April 2026 telah diserikan dengan suasana penuh kemesraan, perkongsian juadah, serta ukhuwah yang erat dalam kalangan warga yang hadir.
Turut diadakan aktiviti SureTAHODC, iaitu penyampaian hadiah kelahiran cahaya mata sulung kepada Nur Athirah, sebagai tanda kegembiraan bersama atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga beliau.
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Zikrilah sempena perpindahan beliau, serta penyampaian cenderahati kepada ahli SureTAHODC yang menyambut hari lahir bagi bulan Januari hingga April.
Semoga majlis seperti ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan mencipta kenangan indah dalam komuniti kita.
02/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Zikrilah atas sumbangan beliau sebagai EXCO Digital & Publisiti SuReTAHODC 2025/2026.
Tahniah atas perpindahan ke Unimas Corporate. Semoga terus melakar kejayaan dan membawa kecemerlangan di tempat baharu.
Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi sepanjang bersama SuReTAHODC.
Selamat maju jaya!
19/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada
Jawatankuasa SuReTahoDC serta Warga TAHODC
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim antara kita semua.
09/03/2026
Jasamu Dikenang Kak Nas
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Nas di atas segala khidmat bakti, dedikasi, dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di TAHODC.
Detik 6 Mac 2026 di Aras 1, TAHODC menjadi saksi bermulanya fasa persaraan yang penuh bermakna buat Kak Nas. Semoga setiap budi yang ditabur menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Selamat Bersara Kak Nas!
Ikhlas daripada,
SuReTahodc
04/03/2026
🌙✨ Salam Sejahtera & Salam Ramadan ✨🌙
Pihak Kelab SuRe TAHODC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TAHODC atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan sepanjang penganjuran aktiviti kali tok.
Sepanjang dua hari berkampung, pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Hari pertama dimulakan dengan Majlis Bergambar Raya TAHODC serta aktiviti merewang sebagai persediaan memasak bubur lambuk. Hari kedua p**a menyaksikan semangat gotong-royong yang amat luar biasa apabila semua staf bersama-sama berganding bahu memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah berbuka bagi menjayakan majlis sungkey.
Lebih membanggakan, semua juadah berbuka turut disediakan secara potluck hasil kerjasama dan sumbangan ikhlas warga TAHODC. Semangat muafakat, tolong-menolong dan kebersamaan yang dipamerkan jelas mencerminkan nilai kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan kita. 🤝💚
Sesungguhnya, kejayaan penganjuran aktiviti ini adalah hasil usaha dan pengorbanan semua pihak yang telah bertungkus-lumus dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan. Semoga semangat kebersamaan ini terus dipupuk dan diperkukuhkan dalam setiap aktiviti akan datang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan diberkati.
Sekian, terima kasih.
Presiden
Kelab SuRe TAHODC
26/02/2026
✨ Photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC ✨
Syabas dan Tahniah, selesai sudah sesi photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC dengan penuh semangat, kerjasama dan kemeriahan. Setiap senyuman dan gaya yang dirakam bukan sekadar gambar, tetapi simbol kebersamaan dan kekuatan pasukan kita.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar TAHODC.
📸 Kredit lensa kreatif: Mohammad Fahmi Izuddin (UNIMAS Corporate)
✨ Photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC ✨
Syukur, selesai sudah sesi photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC dengan penuh semangat, kerjasama dan kemeriahan. Setiap senyuman dan gaya yang dirakam bukan sekadar gambar, tetapi simbol kebersamaan dan kekuatan pasukan kita.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar TAHODC.
📸 Kredit lensa drone kreatif: Saudara Faisal Pesal Fpv
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
TAHODC, UNIMAS
Kuching
94300