BAS.MY Kuching

BAS.MY Kuching

Share

LALUAN Q01 MALIHAH, Q05 AGAMA MATANG, Q06 KPG.

BENUK, Q07 BATU KAWA, Q08 BAU, Q09 MUARA TEBAS, Q10 SERIAN, Q11 ARANG ROAD, Q12 TAMAN HUI SING, Q13 SIBURAN, Q14 STUTONG BARU/KUCHING CENTRAL, Q15 SUMMER MALL, Q16 TAMAN SUKMA

31/05/2026

Salam Malaysia Madani.

Kami Bas.My Kuching ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya.

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua! Ooooo Haaaa! πŸŒΎπŸŽ‰

22/05/2026

πŸšŒπŸŽ“ BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 & PELATIH ILPK! πŸŽ‰

Kad Konsesi Bas.My kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 serta pelatih institut latihan milik kerajaan bagi menikmati perjalanan yang lebih mudah, selesa dan menjimatkan di sekitar Kuching. πŸ’³βœ¨

βœ… Tambang lebih jimat
βœ… Perjalanan lebih mudah
βœ… Pengangkutan awam lebih selesa

Jom manfaatkan kemudahan ini dan pilih pengangkutan awam sebagai pilihan bijak harian anda! 🩷🚌

13/05/2026
11/05/2026

Majlis Perasmian Laluan Baharu Bas.My Kuching | 9 Mei 2026 πŸ©·πŸšŒπŸ’¨πŸ–€

Photos from BAS.MY Kuching's post 10/05/2026

Kenangan sekitar Majlis Perasmian Laluan Baharu BAS.MY Kuching pada 9 Mei 2026 bersama Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew F**k, Pengerusi LPKP Sarawak Michael Kong Feng Nian serta Pengarah Urusan Biaramas Express Lai Sin Kiong di The Summer Mall 🚍✨

Photos from BAS.MY Kuching's post 10/05/2026

Rakyat kini menikmati rangkaian laluan BAS.MY Kuching yang lebih meluas dengan pengenalan enam laluan baharu iaitu Q11 Arang Road, Q12 Taman Hui Seng, Q13 Siburan, Q14 Summer Mall, Q15 Stutong Baru/Kuching Sentral dan Q16 Taman Sukma yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew F**k di The Summer Mall pada 9 Mei 2026.

Penambahan laluan ini bakal memudahkan pergerakan harian rakyat di Kuching, Serian dan Samarahan selain membuka akses yang lebih baik ke kawasan perumahan, pusat komersial, institusi pendidikan dan kemudahan awam.

Turut diumumkan, Kad Konsesi BAS.MY kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 serta pelatih Institut Latihan milik Kerajaan bagi membantu lebih ramai pengguna menikmati pengangkutan awam yang lebih mudah dan menjimatkan.

Sejak mula beroperasi pada 5 Mac 2025, BAS.MY Kuching telah mencatatkan 847,644 penumpang sehingga April 2026 dengan lebih 15,283 pemegang Kad Konsesi berdaftar.

Majlis turut dihadiri Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian serta Pengarah Urusan Biaramas Express, Lai Sin Kiong.

Photos from Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak's post 09/05/2026
07/05/2026

Ne tuju orang-orang Kuching tek, lagi-lagi yang diam di Samarahan ya. Juh datang rami-rami ke Summer Mall Kota Samarahan pada hari Sabtu, 9 Mei 2026 pada jam 10 pagi.

Kami Bas.My Kuching ada mengadakan Majlis Perasmian 6 Laluan Baru & pendaftaran kad konsesi PERCUMA (mengikut kategori) terhad untuk 300 orang sahaja. Jumpa kitak orang di sinun!

01/05/2026

Majlis Perasmian 6 Laluan Baharu BasMy Kuching bakal berlangsung!

πŸ—“ 9 Mei 2026
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ The Summer Mall

Disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, dan anda semua dijemput hadir!

🎁 Istimewa untuk anda:
πŸ‘‰ 300 kad konsesi PERCUMA untuk 300 pengunjung terawal!
πŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Jangan lepaskan peluang ini – datang awal, bawa kawan & keluarga!

🚍 Jumpa anda di sana!

Want your business to be the top-listed Transport Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


NO 11, MARKET Street, LOT 65, SECTION 23, KUCHING TOWN LAND DISTRICT,, KUCHING
Kuching
93000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00