Sarawak Football Update
Sarawak Football Update Official Fan Page Since 2020 Based In Kuching, Sarawak.
Page ini akan dinyahaktif dan dipadam dalam masa 30 hari. Terima kasih diatas sokongan selama ini.
30/03/2023
DANA KERAJAAN VS PENSWASTAAN KELAB
Hai gaiss.. Dah lama min tak bersiaran. Sebelum tu min nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia... Eceehh...
Aritok kak mira... Eh silap. Ingat min mok review makan. Aritok kita dikhabarkan ada satu berita yang mana Presiden merangkap pemilik kelab bola sepak Sarawak United telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawasanya peruntukan kerajaan yang telah dijanjikan kepada beliau telah disekat oleh Kementerian terlibat :
https://tvstv.my/2023/03/30/takkan-saya-nak-jual-tanah-bapak-saya-posa-majais/
Kenyataan beliau kemudiannya telah menerima maklumbalas daripada YB Karim Hamzah :
https://tvstv.my/2023/03/30/posa-majais-harus-bertanggungjawab-abdul-karim-nafi-sekat-peruntukan/
Okey min menulis berdasarkan pandangan min semata-mata ya dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Tapi secara umumnya kita semua sedia maklum bahawa Liga Malaysia telah ke arah penswastaan penuh yang mana kelab bola sepak harus diselia secara professional tanpa melibatkan penglibatan Kerajaan.
Secara mudahnya nak bagi faham semua dah dah jadi macam satu syarikat. So, perlu ada pemilik dan barisan yang melancarkan segala urus tadbir secara betul dan berkesan.
Jadi, ambil contoh mun kitakorg buka satu syarikat yang menjalankan perniagaan, dah pasti kita orang akan cari cara untuk bawa masuk duit ke dalam syarikat, sebab mun s*kda duit masuk macam mana nak bayar gaji dan komitmen. So, nak cari duit haruslah ada produk atau servis maka berlakukan sesuatu urusniaga. So itulah namanya syarikat.
Jadi, sama macam kelab bola sepak sekarang. Perlu diurus secara professional. Sebab tulah kita tengok liga luar ada urusan jual beli pemain, jual merchandise kelab, jual tiket perlawanan dan build up 'branding' kelab supaya boleh tarik ramai sponsor masuk dan taja kelab.
Min pernah tulis dulu berkenaan peranan penaja ni. Bukan sahaja perlu jaga yang boleh pump in duit berjuta. Mun nya boleh taja air mineral setiap kali game pun kira okey. Kelab dapat jimat s*k perlu beli. Sebab yalah min pernah cerita berkenaan penajaan tok. Bukan kita g salahkan kenak penaja lari kenak orang s*k mok taja.
Okey, to be honest penaja ni bukan melihat roi dalam bentuk kewangan semata-mata tetapi lebih kepada 'marketing' dan 'brand awareness'. Jadi mun kelab ada fan base besar, tiap kali game penuh stadium, kelab beraksi diperingkat tinggi jadi memang ramai mok masuk. Sebabnya brand kecil mereka dapat 'menumpang' setiap kali match atau player pakai jersi. Faham s*k?
Jadi, iboh manas cakap kenak s*k mok taja. Janji macam-macam mok engkah di jersey di board tepi padang, di sosial media tapi mun s*k deliver sponsor pun s*k dapat benefit.
Jujurlah min share min pernah sampaikan idea secara terus kepada Dato' Posa dan Coach B. Sathia. Min madah min memang s*k pernah setuju dengan benda PERCUMA. Pada min, buatlah apa sahaja asalkan mampu mendatangkan keuntungan dan kekuatan kewangan kepada kelab/syarikat. Mun sekadar mok ambil hari penyokong, kitakorg tangga jak dalam fb tok, kalah kenak kecam, menang sunyi. Mun free alu penuh stadium, bila bayar banyak kerusi daripada penyokong.
Kitakorang bayangkan mun tiket RM10.00 didarab kalikan dengan 1000 orang setiap kami perlawanan, maka kelab mampu menjana RM10 ribu setiap match, mun sebulan ada 2-3 game home kan ada RM20-30 ribu, min rasa dapatlah kelab bernyawa s*kit.
Nak lagi buat duit, jual jersi jual sticker, jual kerepek pisang engkah plastik bungkus logo kelab, guna pemain sebagai duta, buat marketing dalam sosial media yang ada 20-30 ribu followers mun 10% support pun min rasa mampu jana RM20-30 ribu sebulan.
Min pernah lontarkak idea ini, jangan cakap min hanya pandai bercakap sahaja. Tapi yalah siapalah min nak orang pandang dan dengar. Last-last jadi macam tok siapa nak berpaut. Sekarang semua tolak orang kiri kanan. Yang jadi mangsa siapa?
Mun s*k percaya kitakorang go thru balik daripada awal penulisan min kitakorg nilaikan. Min bukan mok menambah minyak dalam api, tapi kenyataan menunggu peruntukan Kerajaan tok seperti menjerat diri sendiri. Sepatutnya dana kerajaan difokuskan untuk diagihkan secara adil kepada pembangunan semua jenis sukan dan infrastructurenya. Baik pulih stadium dan fasiliti sukan. Mun semua lengkap barulah dapat pergi ke next step iaitu pembangunan akar umbi.
Okeylah, kitakorang baca relax² min mok sambung teraweh. Kelak min ada masa min menulis gik. Jumpa lagi di tahun 2024
‘Takkan saya nak jual tanah bapak saya’ - Posa Majais Discover more about the latest news and programs on TVS - ‘Takkan saya nak jual tanah bapak saya’ - Posa Majais
18/03/2023
Inilah realiti Liga Peringkat Tertinggi Malaysia...
Ney yang selalu nanyak pasal local player? Sebab yalah bila masuk stage Super League siboh la mok gik gago pasal 'Anak Jati'...
Hakikatnya, untuk berjaya bukan sekadar taktikal jurulatih tapi para pemain pun perlu bukan sekadar bijak menyepak bola tapi kena bijak buat keputusan pakai otak...
Ni kalau masih mengharap import yang 'koya' padahal dapat Award Top Scorer sebab import JDT transfer team dengan Jordan Mintah loan ke KL City masa ya main Super League pasya s*k habis nya lawa macam best...
Masa tok semua daripada atas sampai ke dibah harus ambil tanggungjawab deretan kekalahan tok.
Satu gik. Min harap penyokong pun kena sedar, sebab ya lah min daripada dulu s*k pernah menyokong any free event. Sebab kalau sekadar nak popular pasya jadi masalah, baik buat macam satu kelab gik, s*k perlu bayar gaji nang famous satu Malaysia...
Simple, mun semua free macam mana kelab mok survive?? Pasya kelab s*kda duit gaji s*k berbayar, moral all player down... Ini analogi.
Dah la. Kelak cakap lebih kitakorang manas dengan min...
Min daripada dulu dah menulis tapi yalah, siapa la kita mok diambil segala idea.
08/03/2023
https://www.facebook.com/208453185984655/posts/2537454219751195/?mibextid=Nif5oz
Saya ingin memuji inisiatif yang dilakukan oleh Menteri Belia Dan Sukan YB Hannah Yeoh dan pihak kementerian (KBS) bagi memastikan stadium-stadium di Malaysia mempunyai padang bola sepak yang baik.
Ketika sesi perbincangan bersama Menteri di Johor Bahru baru-baru ini, saya telah memberitahu beliau bahawa kos untuk satu padang bola sepak yang bagus tidak melebihi RM1 juta. Saya mencadang jika KBS boleh membantu bola sepak Malaysia dengan memberikan padang yang baik di kesemua 14 negeri dan ia kemudian diselenggarakan oleh pasukan bola sepak yang menggunakannya kerana padang adalah antara perkara utama dalam sukan ini. Saya gembira apabila YB Hannah bersetuju.
Namun, apabila saya melakukan penyelidikan dan mendapat maklumat, ada beberapa pasukan yang tidak berminat dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya adalah perkara yang penting. Keadaan padang yang teruk ini juga adalah sebab mengapa negara jiran kita seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain dapat menganjurkan kejohanan-kejohanan antarabangsa dan kita tidak.
Kos penyelenggaraan adalah sekitar RM240,000. Takkan sudah dapat padang percuma tetapi tidak boleh menampung kos penyelenggaraan walaupun menerima bajet tahunan bernilai jutaan Ringgit? Ini adalah akibatnya apabila ada pemilik kelab atau presiden bola sepak yang tidak mempunyai minat atau kecintaan terhadap bola sepak tetapi berada dalam industri bola sepak semata-mata untuk agenda peribadi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I would like to commend the initiative by the Youth and Sports Minister YB Hannah Yeoh and the Ministry (KBS) to ensure stadiums in Malaysia have good football fields.
During a discussion with the Minister in Johor Bahru recently, I mentioned that the cost of a good football field is not more than RM1million. I suggested if KBS could help Malaysian football by providing good fields in all 14 states and for it to be maintained by football teams using it because the pitch is among the fundamentals of the sport. I was delighted when YB Hannah agreed.
Yet when I asked around, I received information that some teams were not interested and unwilling to spend to maintain the pitch despite it being so important. Poor football fields here is also the reason why our neighbours such as Thailand, Vietnam and such get to host international competitions and we don't.
The maintenance cost is only approximately RM240,000. Can't you even maintain the field when you're getting it for free on top of the millions of Ringgit in budget yearly? This is the consequence when there are football owners or presidents who have no interest or love towards football and are only in the football industry for personal gains.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Hidup Johor Demi Johor
17/02/2023
2023 Official Kit Launching
🗓️17 Februari 2023
📍Kuching Waterfront
⏰7.30 malam
Sebagai tanda penghargaan kepada semua penyokong Kuching City FC, kami ingin mengajak semua penyokong bersama-sama melancarkan jersi rasmi Kuching City FC yang bakal digunakan dalam saingan Liga Super 2023.
Juh kita merami Dataran Waterfont Kuching untuk bersama-sama melancarkan jersi baru Kuching City.
Kuching City untuk semua! Kamek Kuching City!
16/02/2023
Ramai yang masih keliru peranan dan sumbangan penaja 'Sponsor'.
Contoh hari ini seperti dibawah :
https://www.facebook.com/883997268339446/posts/8723690964369998/?mibextid=Nif5oz
Korang kena faham penaja ni bukanlah semata-mata yang mampu bagi dalam bentuk kewangan semata-mata. Tapi itulah mentaliti 'orang kita' kalau orang tu datang boleh bagi 1-2 juta terus angkat, tatang, peluk cium.
Okey gais, macam ni. Kelab tidak kisahlah apa jenis sukan akan membelanjakan sejumlah besar kewangan untuk logistik, hotel, makan dan minum serta lain-lain lagi.
Jadi, penaja (sponsor) ini juga boleh datang daripada pelbagai sudut keperluan contohnya, dari segi pengangkutan mungkin dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan logistik dengan pemberian potongan harga (diskaun), harga istimewa atau penggunaan kenderaan secara percuma.
Selain itu, penajaan alatan sukan, pakaian dan lain-lain termasuklah minum turut menjadi perkara yang terbaik dalam mengurangkan perbelanjaan kelab .
Jadi, tiada istilah besar atau kecil. Selagi mana ia mampu memberikan sumbangan serta mengurangkan perbelajaan kelab so ia tetap sumbangan.
🔥🔥
"Welcome back" 🐈⬛🐈⬛
Kuching City FC v Sri Pahang FC
Iboh kelak tanya ney live give. 🔥🔥
10/02/2023
PRESEASON FRIENDLY MATCH
Kuching City FC vs Sri Pahang FC
12 Februari 2023 (Ahad)
7.30 malam
Stadium Negeri
13 Februari 2023 (Isnin)
4.15 petang
Stadium Negeri
Kuching City akan mengadakan dua siri perlawanan persahabatan bersama Sri Pahang FC pada 12 dan 13 Februari ini.
Tiket perlawanan adalah RM10 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.
Lokasi penjualan tiket akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Astana
Kuching
93350
19/02/2023