IPSCSarawak

IPSCSarawak

Share

Sarawak Practical Shooting Association

27/02/2025

Today, we mourn the loss of a true brother and a steadfast supporter of IPSC Sarawak.

ASP G/16493 Abdul Faridz bin Abdul Bakar
Pegawai Turus Persenjataan, Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA.

Our thoughts and prayers are with his family and loved ones during this difficult time. May Allah grant him the highest place in Jannah, bless him with eternal peace, and provide strength to all who knew him.
Rest in peace, brother. Your legacy will live on in all of us.”

01/07/2023

Support n buy original.. they support us.. let’s support them…

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 20/10/2021

Semoga dipermudahkan!!!

31/03/2021

Ready for 2021-2022 IPSC Event.. See ya

Official Message from the IPSC President, Mr. Vitaly Kryuchin:

Dear Regional Directors, Athletes, Instructors, Trainers and Range Officers,
Dear Partners, Sponsors, Patrons and all the IPSC Officials,

I would like to inform you about the decision of the IPSC Executive Council to make a change in the IPSC Calendar for 2020-2022 years. These changes were approved at today’s meeting according to the majority vote of the IPSC Regional Directors with the request and consent of the host Regions.

1. Handgun World Shoot XIX and General Assembly 2020, Pattaya, Thailand postponed to November/December 2021.

2. Shotgun World Shoot IV 2021, Pattaya, Thailand postponed to November/December 2022.

3. Action Air World Shoot II 2021 is postponed to 2022. The date will be announced later.

4. PCC World Shoot 2021 is postponed to 2022. The date will be announced later.

IPSC is monitoring the situation and we are following the recommendations provided by the World Health Organization, the GAISF, and other leading health and sports authorities around the world. We are also fully aware of the recommendations on travel and restrictions imposed by airline companies and Governments.

Stay Safe!

DVC

Vitaly Kryuchin
IPSC President

Photos from IPSCSarawak's post 12/12/2020

Revision Course for Range Officer and Year End Shoot 2020.

Thanx to all members for support.

Organizer: Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching



****ms

Photos 31/08/2020

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan 2020 MALAYSIA PRIHATIN!!!


****ms

Photos 30/07/2020

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang menyambut.
Dari IPSC Sarawak dan Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching.



****ms

Photos from IPSCSarawak's post 27/07/2020

DALAM LIPATAN SEJARAH. IPSC SARAWAK

PIALA KETUA MENTERI SARAWAK, IPSC LEVEL II 2019 : KECEMERLANGAN SUKAN MENEMBAK PRAKTIKAL SARAWAK DAN PROSPEK PELANCONGAN.

Pasukan menembak praktikal Tentera Laut Diraja Malaysia muncul juara keseluruhan, seterusnya merangkul Piala Ketua Menteri Sarawak, International Practical Shooting Confederation (IPSC) Level II Terbuka Sarawak. Kejohanan yang bermula sejak 27 Jun hingga 30 Jun di Lapang Sasar IPSC Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching.

Kejohanan disertai oleh 132 penembak dari seluruh negara termasuk Jabatan-jabatan PDRM, Persatuan dan Kelab menembak praktikal seluruh negara, jabatan kerajaan, pasukan beruniform serta orang awam yang memiliki lesen senjata api.

Divisyen IPSC dipertandingkan Production, Standard dan Open serta kategori wanita (lady Production). Hadiah berupa piala pusingan Piala Ketua Menteri Sarawak serta wang tunai berjumlah RM24700 bagi divisyen dan kategori menjadi pertaruhan disamping medal untuk pemenang dan sijil bagi setiap peserta terlibat.

Buat pertama kalinya di Malaysia, kejohanan anjuran Persatuan Menembak Praktikal Sarawak yang dikelolakan oleh Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching ini membawakan pertandingan akhir dalam konsep Super Six dimana enam penembak terbaik setiap kategori dan divisyen berentap untuk ditabalkan sebagai juara bagi divisyen dan kategori masing-masing.

Berucap dalam Majlis Makan Malam serta Penyampaian Hadiah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua terlibat dalam penganjuran Piala Ketua Menteri Sarawak pada kali ini terutamanya Komandan PULAPOL Kuching serta Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching yang bertungkus lumus dalam menzahirkan kejohanan ini termasuklah penyediaan venue pertandingan dan lapang sasar yang terbaik selain penganjuran bertaraf tinggi.

"Tahniah diucapkan kepada Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching atas gerak kerja yang terbaik menjadikan Piala Ketua Menteri Sarawak pertama ini satu kejayaan serta mendapat maklum balas baik dari badan induk IPSC Malaysia, National Range Officer Institutes (NROI) serta penembak dari seluruh negara. Bagi penganjuran kali pertama, kejohanan ini merupakan satu kejayaan yang besar buat Sarawak dan merupakan titik sejarah sukan IPSC di negeri ini. Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.

"Kita dapat lihat ramai peserta yang terlibat ialah dari semenanjung tanah ai,r sanggup terbang untuk menyertai kejohanan, ini merupakan petunjuk yang positif untuk sukan ini dimajukan lagi di negeri Sarawak" Karim.

Karim ketika ditemui selepas majlis menyatakan hasrat kerajaan untuk mempromosi sukan ini seterusnya menjadikan Piala Ketua Menteri Sarawak ini sebagai satu acara tahunan juga bercadang untuk menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa yang lebih tinggi.

"Peserta yang datang dari luar Sarawak juga boleh dianggap sebagai satu aktiviti pelancongan dengan membawa keluarga ke Kuching, apabila kita boleh menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa maka lebih banyak pelancong akan masuk ke negeri ini".

Sukan menembak IPSC juga digunakan untuk mempromosikan Sarawak selain dari acara sukan juga sebagai produk pelancongan antarabangsa seperti Kuching International Marathon, Kuching Regatta dan World Rainforest Music Festival yang telah menjadi acara tahunan di Sarawak.

Selain itu, Karim juga berkata penganjuran sukan seperti ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara jabatan terutamanya pasukan beruniform serta orang awam yang terlibat.

Pengarah kejohanan, Donny Anak Martin Nyambar menceritakan bagaimana tercetusnya impian beliau untuk merealiasasikan kejohanan Piala Ketua Menteri Sarawak, IPSC Level II di negeri kelahiran beliau, Sarawak.

"Sejak 2016 saya telah menyimpan hasrat untuk menjadikan kejohanan ini di negeri Sarawak bagaimanapun kita tidak mempunyai lapang sasar khas mengikut spesifikasi IPSC. Pada 2017 bermula kerja-kerja mencari tapak dan menyediakan kertas kerja untuk membina lapang sasar ini. Seterusnya dengan sokongan mantan YDH Komandan PULAPOL Kuching, SAC Datuk Azman bin Salim telah membawa kertas kerja ke peringkat Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan.
Pada Oktober 2018 Bahagian Latihan Bukit Aman telah meluluskan permohonan untuk membina lapang sasar IPSC PULAPOL Kuching. Diketuai oleh Insp Nor Husaini Nor Majid, Pegawai Lapang Sasar PULAPOL Kuching, kita telah membuat kajian serta memilih kontraktor yang dapat menyediakan lapang sasar tersebut.

Pembinaan lapang sasar mengambil masa selama 5 bulan bermula November 2018 sehingga digunakan semasa kejohanan baru-baru ini. Manakala persediaan untuk kejohanan bermula sejak awal jun 2019 sehingga hari kejohanan.

Walaupun kejohanan ini merupakan penganjuran pertama dikelolakan oleh Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching, semua ahli jawatankuasa terdiri daripada Unit Lapang Sasar PULAPOL Kuching telah memberikan komitmen yang cemerlang sehingga mendapat pujian dari IPSC Malaysia, NROI dan penembak dari seluruh negara. Selain itu, Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching juga sentiasa mendapatkan nasihat dari penganjur-penganjur kejohanan lain seperti Johor Clay Target Shooting Association (JCTSA) dan NROI. Kerjasama yang baik antara Kelab Menembak Praktikal PULAPOL Kuching dengan semua kelab dan persatuan telah membawa ramai penembak dari seluruh negara untuk mengikuti kejohanan kali ini.

Penambahbaikan akan dibuat ke atas lapang sasar dan juga pengurusan penganjuran kejohanan bagi menjalankan kejohanan Piala Ketua Menteri Sarawak 2020, IPSC Level II dijangka pada Ogos 2020 disokong penuh oleh kerajaan Negeri Sarawak, khususnya Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Pengarah Serantau IPSC Malaysia Yang Beramat Mulia Tunku Abdul Jalil ibni Tunku Osman turut mengucapkan tahniah dan syabas atas penganjuran kejohanan IPSC pertama di Sarawak. "Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga IPSC Sarawak terutamanya, Pengarah Serantau IPSC Sarawak Dato' Sri Shahrizal Md Ishak yang telah menggerakkan IPSC Sarawak. Saya amat berpuashati dalam penganjuran kali ini, segalanya berjalan amat lancar. IPSC Malaysia sentiasa menyokong IPSC Sarawak untuk membawa sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dapat dilihat ramai peminat sukan ini di Sarawak, bakat baru boleh dicungkil untuk mewakili negara dalam kejohanan peringkat antarabangsa, seperti Donny anak Martin Nyambar yang akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Piala Komisioner Polis Bali pada Ogos kelak. Ramai atlit menembak praktikal Malaysia sebenarnya mempunyai bakat sebaris dengan penembak dari luar negara. Sekiranya mereka ini diberi peluang dan digilap, mereka boleh membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. Penembak praktikal perlu lebih banyak sokongan terutamanya dari segi penajaan untuk membolehkan mereka ke peringkat lebih tinggi seperti sukan lain di negara ini” Tunku Abdul Jalil.

21/07/2020

Happy Sarawak Day 2020


****ms

Photos from IPSCSarawak's post 29/06/2020

Open Order IPSC Shirt

Headhunter
Headhunter Shooter
SABAH
SARAWAK
Preorder before 10.07.2020

PM Cfu Donny Martin Nyambar
https://wa.link/l2l7i1

Photos from IPSCSarawak's post 29/06/2020

Open Order IPSC Shirt.

IPSC Malaysia
Pendek roundneck rm90
Pendek collar rm100
Panjng round neck rm110
Panjang collar rm120

Preorder before 10.07.2020

PM Cfu Donny Martin Nyambar
https://wa.link/s3yb1q

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Jalan Puncak Borneo
Kuching
93250