Taz collection
Attire, detailing and tailoring
19/04/2026
Antara momen yang sempat dirakam sepanjang tempahan Raya tahun ini. Alhamdulillah, semua tempahan berjaya disiapkan dengan lancar, malah sempat juga membuka slot alteration di penghujung bulan Ramadan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mempercayai dan memilih kami untuk tempahan Raya tahun ini. Setiap sokongan amat kami hargai.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang proses, kami dengan rendah hati memohon maaf. Semoga kita semua dipertemukan lagi pada musim yang akan datang 🤍
19/04/2026
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menerima jemputan sebagai personaliti undangan dalam rancangan Kuppa Kopi, membincangkan topik “Melestari Budaya dalam Fesyen”.
Pengalaman ini sangat bermakna buat saya, apatah lagi apabila digandingkan bersama figura yang begitu berilmu dan berpengalaman seperti Dr. Asrul Asshadi Mohamad. Secara peribadi, saya berasa kerdil di sisi insan hebat sebegini, namun peluang ini menjadi ruang pembelajaran yang sangat berharga dalam memperkasa lagi pemahaman terhadap peranan fesyen dalam memelihara warisan budaya.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan membuka perspektif kepada semua tentang kepentingan melestarikan identiti budaya melalui dunia fesyen.
Bagi yang terlepas siaran, anda boleh menonton siaran ulangan melalui platform RTM Klik.
Terima kasih atas sokongan semua.
07/04/2026
Alhamdulillah, Raya 2026 penuh dengan kenangan manis bersama anda semua 🤍
Setiap feedback, setiap gambar yang dihantar — semua sangat bermakna buat kami di Taz Collection.
Terima kasih kerana mempercayai kami untuk jadi sebahagian daripada momen Hari Raya anda ✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin 🌙
Semoga lebaran ini dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang & gaya yang penuh elegan 💫
Hari terakhir kami beroperasi sebelum bercuti raya 🤍
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pelanggan Taz Collection yang telah mempercayai kami untuk menghasilkan busana raya tahun ini. Setiap tempahan, setiap kepercayaan—amat kami hargai.
Kami mula bercuti raya mulai hari ini, dan akan kembali beroperasi selepas sambutan nanti ✨
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ini membawa seribu makna, kebahagiaan yang berpanjangan, dan momen indah bersama yang tersayang 💫
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Taz Collection 🤍
Salam takziah buat Sofea ( ex intern di Taz) dan seluruh keluarga atas pemergian ibu tercinta.
Kami di Taz Collection amat berdukacita menerima khabar ini.
Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan seorang ibu.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah,
melapangkan kuburnya,
dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Buat Sofea,
semoga diberi kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
Doa kami sentiasa bersama kamu 🤍
Al-Fatihah.
Gong Xi Fa Cai.
Semoga tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan, rezeki yang melimpah dan kejayaan yang berpanjangan.
Raikan momen indah bersama keluarga tersayang dengan penuh gaya dan keyakinan.
Semoga setiap langkah tahun ini dihiasi kemanisan, keberkatan dan peluang yang lebih besar.
Ikhlas daripada
Taz Collection 🤍
恭喜发财 🧧✨
Kebaya berfabrik French lace dengan sentuhan minimalis, direka kemas untuk gaya muslimah yang anggun dan timeless.
Terima kasih Alia kerana mempercayai Taz dalam momen istimewa ini.
Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah 🤍
Minimalist never goes out of style — dan sentiasa jadi pilihan utama bride TAZ. ✨
Keindahan yang tenang, elegan dan penuh makna untuk hari akad yang paling suci.
Terima kasih kerana memilih TAZ sebagai sebahagian daripada memori terindah ini.
Selamat pengantin baru. Semoga bahagia, dilimpahi rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan. 🤍
Minimalist, yet always the top choice di hati pelanggan TAZ. 🤍
Rekaan yang bersih, potongan yang kemas dan sentuhan halus yang menyerlahkan seri pengantin tanpa perlu berlebihan.
Terima kasih kerana terus mempercayai TAZ untuk momen seindah akad nikah ini.
Selamat pengantin baru & tahniah atas fasa baharu kehidupan. Semoga cinta kalian kekal hingga ke anak cucu. 🤍
Embrace the culture. Beliau memilih untuk lebih mengetengahkan keindahan keringkam Sarawak, jadi konsep dress dan kebaya yang dipilih adalah minimalist dan timeless.
Cukup dengan kebaya sheer yang memberi ilusi ringan dan effortless yang dipadankan bersama strapless body-cone dress menggunakan material embroidery cotton.
Thank you dear Adila for choosing us to custom this masterpiece
perfectly aligned with the theme of traditional contemporary.
“Alhamdulillah. Grateful for your trust in letting us craft this special kurung for such a meaningful day.
May your love story bloom beautifully for generations to come. 🤍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |
| Saturday | 10:00 - 18:00 |