MizzJo
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MizzJo, Taxi service, Kuching.
🔵 Pemandu Ehailing MAXIM Sarawak yang bertauliah
🔵 Bimbingan Iman Ke Jalan Benar (Untuk jiwa yang rindu dipimpin oleh kasih Tuhan)
🔵 TikTok Official: MizzJo✅
21/07/2025
PERHATIAN KEPADA PIHAK KOLEJ CYBERJAYA DAN PELAJAR DISANA
Perhatian kepada pelajar Kolej Cyberjaya,
Saya berseru anda semua diminta untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan pelintas jalan kaki terutama di kawasan yang sibuk dengan kenderaan.
Sebelum melintas:
✅ Berhenti seketika dan gunakan mata serta telinga anda.
✅ Lihat kiri/kanan sebelum melintas walaupun kereta kelihatan tidak bergerak. Anda harus melihat kiri/kanan agar tidak dilanggar oleh "motosikal".
✅ Pastikan tiada motosikal yang sedang datang sebelum berjalan.
Harus diingati walaupun kereta berhenti ketika jalan sesak motosikal masih boleh bergerak di celah-celah kenderaan dan mereka sukar untuk menjangka kehadiran pelajar yang tiba-tiba berlari melintas.
Saya telah menyaksikan beberapa kejadian beberapa bulan hampir kemalangan di mana motosikal terpaksa berhenti secara mengejut kerana pelajar tidak berhati-hati semasa melintas jalan.
Semoga semua pelajar sentiasa berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan yang telah dinyatakan. Saya berharap pihak kolej ambil perhatian tentang ini, saya amat menghargai kerjasama anda dalam memastikan kesejahteraan bersama.
Sekian terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. Harap maklum.
MizzJo
Ehailing Service Maxim Kuching Sarawak
19/07/2025
𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗗𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱
Syukur puji Tuhan sekali lagi atas keizinan dan kasih karunia-Nya saya telah selesai menunaikan memberi tambang percuma untuk hadir ke Adorasi Penyembuhan Julai 2025, khusus bagi mereka yang telah dipilih menerima tambang percuma ini kali ini.
Jika ada keizinan-Nya daripada untuk bulan hadapan saya akan meneruskan inisiatif ini. Semoga kasih dan penyembuhan Tuhan terus dinyatakan dalam hidup kita semua.
17/07/2025
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗫𝗜𝗠 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sebelum saya keluar dari industri Ehailing tahun ini. Saya ingin kongsi pengalaman semasa bermaxim hanya tahun 2024 sahaja. Perkongsian ini melalui point sahaja:
1. Seorang belia lelaki tiba-tiba luah sesuatu kepada saya sambil menangis kerana dia berasa bersalah semenjak beberapa kali masuk kereta saya terambil tempahan dia. Dia pun bagitahu saya apa yang dia telah lakukan. Jadi saya beri bimbingan dan nasihat rohani sepanjang penjalanan.
2. Seorang belia wanita kolej Batu Kawa menangis tiba-tiba dalam kereta terasa bersalah kerana melakukan sesuatu dan dia ceritakan sehingga habis. Saya pun nasihat secara rohani juga kepada wanita ini.
3. 2 belia tidak jadi pergi ke kelab malam sekitar Tabuan, sejurus sampai disana mereka berdua menyuruh saya hantar balik ke MJC, mereka kata rasa bersalah kerana memasuki kereta saya menuju ke tempat seperti itu.
4. Satu belia kolej batu kawah berterima kasih kepada saya sebab buatkan dia tersedar malam itu semasa penjalanan menuju ke rumah temannya dan belia ini menyuruh saya hantar balik tempat dimana pick up. Saya pun tidak tahu apa yang saya membuatkan dia tersedar, saya hanya memainkan lagu rohani seperti biasa.
5. Satu belia lelaki terasa bersalah sambil menangis, dia meluahkan kerana dia menghidap HIV. Ingin bertaubat oleh itu saya nasihat secara rohani apa yang patut.
6. Satu belia wanita kolej tidak jadi ke rumah teman lelakinya ketika menuju rumah lelaki tersebut dan dia menyuruh saya hantar balik ke hostel dia. Beberapa minggu kemudian mendapat berita teman lelaki dia menghidap HIV. Dia menceritakan ketika terambil dia pagi hantar ke kolej.
7. Ada satu pelajar kolej menangis ketika memasuki kereta saya semasa bermain lagu rohani. Dia kata banyak melakukan perkara tak elok oleh itu dia ingin minta bimbingan ingin bertaubat tetapi sering melakukan perkara yang sama.
8. Satu lelaki malu ingin menceritakan sesuatu tetapi akhirnya dia ceritakan ketika menuju ke destinasi dia ingin tuju sekitar jalan song. Dia kata terasa bersalah masuk kereta ini dan ingin ceritakan semua dan taubat.
9. Ada yang DM saya tiba2 di Tiktok selepas keluar dari kereta kerana segan nak luah depan2..kali ini mengenai HIV lagi..menyebabkan dia sukar nak tidur malam kerana terfikir tentang itu.
10. Banyak belia yang saya kenal telah hadir ke Adorasi Penyembuhan di St Ann sehingga bulan lepas. Semoga belia yg saya kenal teruskan apa yg saya sering pesan.
11. Ada yang terpaksa menggugurkan kandungan kerana masih bersekolah. Ini saya suggest ke Adorasi Penyembuhan untuk bertaubat, mulakan kehidupan baru meninggalkan kehidupan lama. Tapi akibat dosa kena tanggung.
12. Ada yang ambil barang terlarang pun ada, nangis tiba di seat belakang. Saya pun nasihat melalui rohani.
13. Melebihi dari 6 pelajar kemurungan saya jumpa sepanjang 2024 yang ada ceritakan kepada saya. Kemurungan sebab kesalahan yg telah lakukan, selepas tu ada murung selepas menggunakan kuasa kegelapan semakin teruk, ada juga murung sebab terlanjur.
Sebenarnya banyak cerita lagi apa yang saya lalui sepanjang 2024. Tahun 2025 lebih banyak cerita berbanding tahun lepas. Saya boleh katakan kebanyakan kes HIV golongan muda yang bersekolah di Kuching. Kuatkan imanmu, saya hanya mampu beri bimbingan dan nasihat sahaja selebihnya usaha pada diri masing-masing. Perkongsian ini sudah tahu bagi ada contact saya di Whatsapp sebab hampir tiap hari saya ceritakan di sana.
Jangan menafikan bahawa doa, bimbingan Roh Kudus dan iman yang teguh mampu menyelamatkan kita dari membuat keputusan dan perbuatan yang tidak berkenan di hadapan Tuhan. Apa-apa pun saya doakan kita semua agar kita sentiasa berjaga-jaga.
15/07/2025
𝗦𝗔𝗞𝗥𝗔𝗠𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗨𝗗𝗨𝗦 - 𝗛𝗢𝗟𝗬 𝗛𝗢𝗨𝗥
Syukur puji Tuhan selesai keheningan bersama Tuhan dalam Sakramen Maha Kudus. Jumpa saudara-saudari Adorasi Penyembuhan pada 19 JULY 2025 Sabtu ini. Semoga Tuhan Memberkati kita!
14/07/2025
Cendawan tidak menunggu cahaya untuk tumbuh ia membesar dalam gelap. Samalah seperti kita manusia jangan menunggu waktu yang sempurna barulah nak melangkah kerana tiada waktu yang sempurna. Mulakanlah di mana kamu berada sekarang. Pengharapan itu sentiasa ada kerana Tuhan tidak pernah meninggalkan kita.
Semoga Tuhan Memberkati kita!
13/07/2025
Kenapa dari dulu masih mendoakan mereka agar berkenaan di depan Tuhan bagi yang orang membenci, dengki, iri hati, tidak menyukai kepada saya?
Saya mendoakan mereka yang menyakiti saya bukan bermakna menunjukkan kita lemah tetapi itulah kekuatan kasih sejati yang berasal dari Tuhan. Kasih yang tidak bersyarat, seperti kasih Kristus di kayu salib.
Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. (Matius 5:44)
10/07/2025
𝗧𝗥𝗜𝗣 𝗞𝗘 𝗠𝗢𝗨𝗡𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗔𝗡𝗡𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔!
Akhirnya! Trip ke Mount Hosanna memang selalu dinanti-nantikan dan hari ini saya mengumumkan sekali lagi membuka trip ke Mount Hosanna. Ini peluang yang baik untuk sesiapa yang dah lama simpan hasrat nak ke sana tetapi ada masalah pengangkutan.
Bagi yang berminat boleh mula buat perancangan lebih teratur. Semoga trip kali ini berjalan lancar dan penuh berkat.
✅ Nak bergambar saya sediakan juga sebagai kenangan
✅ Pemanduan yang BERHEMAH dan CEKAP
✅ Perkhidmatan WiFi Percuma
✅ Solo traveler? Terutamanya wanita jangan risau
✅ KESELAMATAN diutamakan
Berminat? Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.
09/07/2025
Apa jua industri kamu berada sekarang latih menjadi mentaliti proaktif pada masa sama ia akan menaikkan nilai diri dalam pekerjaan. Latih disiplin, komunikasi dan kemahiran kerja berkualiti tinggi. Integriti tinggi akan menaikkan kredibiliti dan kepercayaan orang lain terhadap kamu.
Gunakan saluran media social untuk mencari rezeki lebih bukan menggunakan saluran media untuk menghasut, menyerang dan menjatuhkan orang lain.
06/07/2025
𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗔𝗗𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱
Shalom..Dengan sukacitanya pada hari ini saya ingin mengumumkan pembukaan TAMBANG PERCUMA HADIR KE ADORASI PENYEMBUHAN bagi bulan Julai 2025. Kali ini saya akan menyediakan tambang percuma kepada dua orang pelanggan yang terpilih untuk hadir ke Adorasi Penyembuhan di Gereja Katolik St Ann, Kota Padawan. Kawasan yang saya akan pilih kali ini sekitar Bau, Batu Kitang, Moyan, Batu Kawah, Sekitar Kuching dan Siburan.
Berikut adalah maklumat acara:
📅 Tarikh: 19 Julai 2025 (Sabtu)
🕖 Masa: 7:45 malam
📍 Tempat: Gereja Katolik St Ann, Kota Padawan
Inisiatif ini dibuat untuk membantu umat yang benar-benar ingin hadir ke Adorasi Penyembuhan tetapi menghadapi kekangan dari segi pengangkutan dan kewangan. Saya percaya bahawa setiap orang patut diberi peluang untuk mengalami kasih dan penyembuhan daripada Tuhan, tanpa halangan.
Semoga inisiatif kecil ini dapat menjadi saluran berkat dan dorongan iman bagi mereka yang memerlukan. Semoga Tuhan Memberkati kita!
02/07/2025
Yesus tidak pernah berjanji bahawa jalan ini akan mudah. Dia tidak pernah berkata bahawa hidup akan bebas dari air mata, luka, atau perjuangan. Tapi satu perkara yang pasti adalah Dia berjanji tidak akan meninggalkan kita. Janji-Nya bukan seperti janji manusia yang boleh berubah. Janji Yesus tetap kekal, teguh sampai akhir zaman.
30/06/2025
Terima Kasih kumpulan ke-2 dari Sabah hadiri Adorasi Penyembuhan di St Ann Kota Padawan pada 28 June 2025 menggunakan perkhidmatan MizzJo.
Terima kasih kerana mempercayai dan menggunakan perkhidmatan MizzJo sepanjang beberapa hari berada di Kuching. Kehadiran saudara-saudari memberi semangat kepada saya untuk terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik demi kelancaran perjalanan rohani. Semoga lawatan ini membawa berkat dan penyembuhan dalam hidup.
Semoga Tuhan memberkati saudara-saudari dengan kedamaian, kesembuhan dan kasih-Nya yang berlimpah.
29/06/2025
Jadilah manusia yang menyatukan umat bukan manusia yang memecahbelahkan mereka. Dunia mungkin mengagungkan mereka yang menjadi "batu api", penghasut dan pencetus perpecahan tetapi di mata Tuhan perbuatan itu adalah dosa besar dan amat dibenci oleh-Nya.
Ingatlah, pujian manusia tidak mampu menyelamatkan jiwa kita. Apa gunanya dipandang tinggi oleh dunia tetapi ditolak oleh Tuhan?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuching