MASNITA UNIMAS
Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) adalah persatuan yang menumpukan perhatian terhadap pembangunan wanita dan keluarga
22/07/2026
🌺 Selamat Hari Sarawak 2026 🌺
Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, kepelbagaian budaya serta semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negeri yang kita cintai ini. Semoga Sarawak terus maju, makmur dan sejahtera, serta menjadi contoh keharmonian dalam kepelbagaian.
Sarawak Maju Makmur
Ikhlas daripada
Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak
(MASNITA)
26/06/2026
Jom Tempah sekarang, T Shirt MASNITA
10/06/2026
Lawatan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus Kuala Terengganu ke MASNITA, UNIMAS Eratkan Jalinan Silaturahim dan Perkongsian Komuniti
KOTA SAMARAHAN, 10 Jun 2026 – Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA UNIMAS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus yang diketuai oleh Pengerusi, Datin Laila Tun Utama Ibrahim dalam satu sesi lawatan mesra yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari Rabu.
Lawatan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua organisasi dalam pelaksanaan program komuniti dan pembangunan sosial.
Delegasi PAWE Kuala Nerus telah disambut mesra oleh barisan exco MASNITA UNIMAS yang diketuai oleh Yang Dipertua MASNITA Prof Dr Ramlah Zainuddin. Dalam sesi yang berlangsung, kedua-dua pihak berpeluang berkongsi maklumat berkaitan aktiviti, program kemasyarakatan dan inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkasakan ahli serta komuniti setempat.
Wakil MASNITA UNIMAS dan PAWE Kuala Nerus Kuala Terengganu turut menyampaikan ucapan penghargaan serta harapan agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.
Lawatan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui pertukaran idea dan pengalaman, selain menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.
MASNITA UNIMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi PAWE Terengganu berkunjung ke UNIMAS dan berharap kenangan manis sepanjang lawatan ini akan terus mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi.
26/05/2026
🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, MASNITA mengucapkan
🕌 Selamat Hari Raya Aidiladha 🕌
kepada seluruh umat Islam.
Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang disemai membawa keberkatan serta kebahagiaan buat kita semua.
Raikan Aidiladha bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. 🤍
09/05/2026
To all amazing mothers, thank you for your endless love, sacrifices, strength, and prayers that continue to inspire us every day.
❤️ Happy Mother’s Day ❤️
“Behind every great person is the love of a mother.”
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja Untuk Semua Wanita Hebat!
09/04/2026
🌸 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASNITA KE-24 🌸
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MASNITA Ke-24 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran ahli-ahli yang komited dan penuh semangat kebersamaan.
📅 Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Bilik Pembelajaran 2, CTF4/ Secara Online
Sepanjang mesyuarat, pelbagai agenda penting telah dibentangkan dan dibincangkan, antaranya:
✨ Pengesahan minit mesyuarat terdahulu
✨ Pembentangan laporan aktiviti dan kewangan
✨ Laporan audit
✨ Perbincangan usul dan hal-hal berbangkit
Sebagai penghargaan, turut diadakan penyampaian hadiah saguhati kepada anak-anak ahli MASNITA yang cemerlang dalam SPM. Tahniah diucapkan! 🎉
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir serta jawatankuasa yang telah menjayakan mesyuarat ini dengan lancar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
D/a Canselori UNIMAS
Kuching
94300,