PRN13

PRN13

Share

Sarawak Memilih | Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang Ke-19 akan tamat pada 14 Februari 2027.

11/08/2026

| ANYI JANA BERSEDIA DIPERTAHANKAN SEBAGAI CALON GPS/PRS N.49 NGEMAH

KANOWIT, 11 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.49 Ngemah, YB Anyi Jana, menegaskan kesediaannya untuk terus diberi kepercayaan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Beliau berkata, soal pertukaran calon merupakan hak dan keputusan parti, namun setakat ini belum ada keputusan rasmi yang mengesahkan bahawa beliau akan digantikan sebagai calon bagi DUN N.49 Ngemah.

Menurutnya, beliau tidak mahu membuat sebarang kesimpulan hanya berdasarkan video atau kenyataan yang tular di media sosial berhubung dakwaan terdapat calon baharu yang telah dipersetujui untuk menggantikannya.

“Saya baru diberikan amanah untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi DUN N.49 Ngemah untuk satu penggal.

“Dalam tempoh tersebut, saya telah berusaha sedaya upaya membawa pembangunan, menyelesaikan isu rakyat serta memperjuangkan kepentingan kawasan Ngemah,” katanya.

Anyi Jana berkata, berdasarkan rekod kerja serta pencapaian ‘Key Performance Indicator’ (KPI) sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau percaya telah memberikan komitmen terbaik kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak agenda pembangunan yang perlu diteruskan dan beliau masih mempunyai perancangan serta perkara yang ingin diperjuangkan untuk manfaat rakyat Ngemah pada penggal akan datang.

“Rakyat Ngemah masih memerlukan seorang wakil rakyat yang sentiasa berada bersama mereka, mendengar suara rakyat, memahami keperluan setiap kawasan dan terus membawa pembangunan ke seluruh DUN N.49 Ngemah,” katanya.

Dalam pada itu, Anyi Jana mendedahkan bahawa AJK PRS N.49 Ngemah dalam mesyuarat yang lalu telah menyatakan pendirian dan persetujuan untuk mempertahankannya sebagai calon GPS/PRS bagi DUN N.49 Ngemah pada PRN Sarawak akan datang.

Beliau berkata, perkara berkaitan dakwaan calon baharu berkenaan juga mungkin akan dibawa ke mesyuarat PRS N.49 Ngemah untuk dibincangkan secara rasmi dan, sekiranya perlu, diajukan kepada kepimpinan tertinggi parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan mengenai calon bukan dibuat oleh seseorang individu semata-mata, sebaliknya melalui proses dan pertimbangan kepimpinan parti serta GPS dan Premier Sarawak.

“Saya menghormati proses serta keputusan parti dan saya bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat melalui saluran rasmi parti,” katanya.

Pada masa sama, Anyi Jana menegaskan beliau sudah bersedia menghadapi PRN Sarawak akan datang, dengan fokus utama ketika ini adalah meneruskan khidmat kepada rakyat serta agenda pembangunan di DUN N.49 Ngemah.

Beliau turut menyeru semua ahli dan penyokong PRS supaya tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin, spekulasi atau kenyataan yang belum disahkan secara rasmi.

“Kita utamakan perpaduan. Jangan kita berpecah kerana soal calon.

“Kita mesti terus memperkukuhkan parti, menjaga perpaduan dalam GPS/PRS dan memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih penting, iaitu pembangunan serta kesejahteraan rakyat DUN N.49 Ngemah,” katanya.

Anyi Jana menegaskan bahawa beliau akan terus bekerja untuk rakyat dan menyerahkan soal pencalonan kepada proses serta keputusan rasmi parti.

“Utamakan perpaduan. Kekalkan kesatuan. Teruskan pembangunan Ngemah.” ujar nya.

‘82 or 99 Sarawak seats, no problem’: Abang Johari on next election 10/08/2026

‘82 or 99 Sarawak seats, no problem’: Abang Johari on next election By Shikin Louis KUCHING, Aug 10: Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg says he has no issue whether the Sarawak Legislative Assembly (DUS) has 82 or 99 seats, but stops shor…

18/07/2026

| GPS BERPOTENSI MENANG BESAR PADA PRN SARAWAK — PENGANALISIS POLITIK

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka sekali lagi mengekalkan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) akan datang dengan persaingan sebenar dijangka hanya tertumpu di beberapa kerusi bandar, kata penganalisis politik Profesor James Chin.

Profesor Pengajian Asia, Universiti Tasmania itu berkata sentimen keseluruhan dalam kalangan pengundi Sarawak menunjukkan keyakinan bahawa GPS akan memperoleh kemenangan meyakinkan.

“Berdasarkan perbualan saya dengan pengundi Sarawak, kebanyakan mereka berpandangan hanya sebilangan kecil kerusi yang benar-benar kompetitif khususnya di kawasan bandar majoriti Cina seperti Kuching dan Sibu.

“Perbincangan sekarang adalah sama ada GPS masih mampu mengekalkan sekitar 78 hingga 80 kerusi, pembangkang mungkin hanya memperoleh dua hingga empat kerusi,” katanya semasa temu bual eksklusif bersama Suara Sarawak dan Sarawak Tribune di sini, hari ini.

Tambahnya, antara perkara yang semakin mendapat perhatian orang ramai menjelang pilihan raya ialah kemungkinan muncul satu lagi gabungan parti pembangkang berpangkalan di Sarawak bagi mencabar kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, PRN yang lalu mencatat sejarah penting dalam landskap politik Sarawak apabila buat pertama kalinya dua gabungan pembangkang tempatan secara terbuka menawarkan diri sebagai alternatif untuk membentuk kerajaan negeri.

“Dalam pilihan raya sebelum ini, parti-parti pembangkang tempatan lazimnya hanya bertanding kurang daripada separuh jumlah kerusi yang dipertandingkan. Namun, pada pilihan raya lepas Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) pernah mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk kerajaan.

“Orang ramai kini juga ingin melihat sama ada akan muncul lagi sebuah parti atau gabungan berpangkalan di Sarawak yang bertanding di kerusi mencukupi bagi menawarkan diri sebagai kerajaan alternatif,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan, Chin bagaimanapun menegaskan minat orang ramai terhadap kemunculan pemain politik baharu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tanda ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran Kerajaan Sarawak ketika ini.

“Saya percaya pengundi di kawasan bandar masih memberi tumpuan kepada isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian mereka, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan dan prospek ekonomi pada masa hadapan.

“Ramai juga dalam kalangan pengundi masih menyokong agenda pembangunan yang dibawa GPS serta mengiktiraf peranan gabungan itu dalam memacu transformasi ekonomi Sarawak,” katanya.

Untuk rekod, GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak Ke-12 menyaksikan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk Kerajaan Sarawak dengan majoriti dua pertiga yang kukuh.

Ketika itu, DAP hanya memenangi dua kerusi DUN, iaitu Padungan yang disandang Chong Chieng Jen dan Pending yang disandang Violet Yong.

Artikel, photo | Suara Sarawak

12/07/2026

KEMENANGAN BN DI JOHOR JADI PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA PARTI POLITIK — GIRA

KUCHING, 12 Julai — Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi satu peringatan penting kepada semua parti politik bahawa keyakinan rakyat perlu dipertahankan melalui prestasi, kestabilan politik dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), YB Ir. Christopher Gira Sambang berkata, keputusan tersebut membuktikan bahawa rakyat terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan yang mampu membawa hasil nyata serta memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Beliau berkata, walaupun Johor dan Sarawak mempunyai landskap politik, budaya serta demografi yang berbeza, mesej utama daripada keputusan pilihan raya itu tetap sama, iaitu rakyat mengharapkan kerajaan yang stabil, berintegriti dan sentiasa mendekati mereka.

“Setiap pilihan raya membawa pengajaran yang bernilai. Rakyat akan terus menyokong kerajaan yang mampu memberikan hasil, menjamin kestabilan politik serta kekal dekat dengan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, perkembangan di Johor turut mengingatkan bahawa kekuatan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu terus diperkukuhkan melalui pendekatan berteraskan kestabilan politik, kepimpinan yang kukuh dan tadbir urus yang berkesan.

Katanya, faktor-faktor tersebut telah menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak, peningkatan pelaburan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan, khususnya yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kepercayaan rakyat bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, sebaliknya perlu dipelihara secara berterusan melalui prestasi, integriti dan sistem penyampaian yang cekap.

“Projek pembangunan perlu dilaksanakan mengikut jadual, perkhidmatan kepada rakyat mesti terus dipertingkatkan dan manfaat pembangunan hendaklah dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat, terutama mereka di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Dalam pada itu, YB Ir. Christopher berkata peranan Pemuda PRS semakin penting dalam memastikan suara dan aspirasi generasi muda terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan Sarawak.

Beliau berkata golongan muda hari ini memerlukan lebih daripada sekadar retorik politik, sebaliknya mahukan peluang pendidikan berkualiti, pekerjaan yang baik, sokongan terhadap keusahawanan, kemudahan digital serta ruang untuk terlibat secara bermakna dalam membentuk masa depan negeri.

“Pemuda PRS akan terus memperkukuh gerak kerja akar umbi, mendekati golongan muda, membangunkan kepimpinan masa hadapan serta menjadi penghubung antara aspirasi generasi muda dengan dasar kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, peranan parti bukan hanya tertumpu kepada persediaan menghadapi pilihan raya, tetapi juga memastikan khidmat kepada rakyat diteruskan secara konsisten sepanjang masa.

Dalam kerangka GPS, katanya, PRS akan terus memainkan peranan secara konstruktif dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat luar bandar, memperkukuh perwakilan Dayak serta menyokong usaha membangunkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang progresif, inklusif dan makmur.

“PRS kekal komited untuk bekerjasama dengan semua parti komponen GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak bagi memastikan kestabilan politik dan pembangunan mampan terus menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRN Johor perlu dijadikan inspirasi kepada semua parti politik untuk bekerja lebih gigih, mendengar suara rakyat dengan lebih dekat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian.

Katanya, kemenangan dalam pilihan raya bukan hanya bergantung kepada kempen, tetapi dibina melalui rekod perkhidmatan yang berterusan, kepimpinan yang diyakini serta kepercayaan rakyat terhadap hala tuju masa depan.

Menjelang PRN Sarawak akan datang, Pemuda PRS bersedia untuk terus bekerjasama dengan kepimpinan parti serta rakan-rakan dalam GPS bagi memperkukuh keyakinan rakyat, memperkasa generasi muda dan memastikan Sarawak terus berada di landasan menuju sebuah negeri maju, makmur dan bersatu.

“Prestasi, perpaduan dan khidmat bakti mesti kekal menjadi asas perjalanan politik kita.” ujar Gira.—SF

12/07/2026

Pemenang BN di Johor nyadika pengingat ti beguna ngagai semua parti politik — Gira

KUCHING, 12 Julai — Pemenang Barisan Nasional (BN) ba Pengawa Bepilih Besai (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 nyadi pengingat beguna ngagai semua parti politik iya nya pengandal rayat meseti ditanka nengah prestasi, penegap politik enggau meri servis ti ngasi.

Ketuai Nembiak Parti Rakyat Sarawak (PRS), YB Ir. Ku Christopher Gira Sambang, asil nya nyata ngayanka rayat terus arapka ketuai ti ulih ngenataika asil ti nyata sereta nentuka agenda pemansang ulih dipejalaika belama.

Ku iya, taja Johor enggau Sarawak ngembuan landskap politik, budaya enggau demografi ti bebida, tang batang pesan ari pemutus pengawa bepilih tetap sama iya nya rayat ngarapka perintah ti entap, ngembuan integriti sereta seruran semak enggau sida.

"Tetiap pengawa bepilih mai ajar ti berega. Rayat deka terus nyukung perintah ti ulih ngenataika asil, nyamin penegap politik sereta semampai semak enggau rayat," ku iya nengah penerang media.

Nitihku iya, pemansang ke nyadi di Johor mega ngingatka penegap perintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) begunaka penegap agi nengah chara bepelasarka penegap politik, ketuai ke tegap sereta merintah enggau efektif.

Ku iya, pekara tu udah nyadi pelasar ngagai penumbuh ekonomi Sarawak, nambahka puku sereta bejalaika mayuh macham inisiatif pemansang, kelebih agi ti meri pemaik ngagai komuniti menua pesisir enggau ulu entigis.

Taja pia, iya nyemetak madahka pengandal rayat ukai pekara ke tau diambi mudah, tang meseti seruran dijaga nengah prestasi, integriti enggau sistem penyampaian ti efisyen.

"Projek pemansang meseti dipejalai nitihka timpuh ke udah ditetapka, servis ngagai rayat meseti terus dikemanahka agi lalu penguntung ari pemansang meseti diasaika semua renggat mensia mayuh, kelebih agi sida di menua pesisir enggau ulu entigis," ku iya.

Berebak enggau nya, YB Ir. Christopher Gira pangku pengawa Raban Nembiak PRS majak beguna dalam nentuka sada enggau aspirasyen rebak baru terus diberi perati dalam agenda pemansang Sarawak.

Ku iya, raban nembiak kemaya hari tu begunaka lebih ari semina retorik politik aja, tang nganti nya dekaka peluang pelajar ti bekualiti, kereja ti manah, sukung ngagai pengawa dagang, perengka guna digital enggau ruang ngambika bisi reti ngaul diri dalam nempa kuing nengeri jemah ila.

"Raban Nembiak PRS deka terus ngenegapka pengawa renggat baruh, ngelawa raban nembiak, ngemansangka pengawa nyadi ketuai jemah ila sereta nyadi penyambung entara aspirasyen rebak baru enggau polisi perintah," ku iya.

Ku iya nambah, pangku pengawa parti ukai semina fokus ngagai pengawa nyikap diri napi pengawa bepilih aja, tang mega nentuka servis ngagai rayat terus konsisten ninting maya.

Dalam langkar GPS ku iya, PRS deka terus bejalaika tanggungpengawa ti konstruktif sereta bisi tanggungpengawa ngetanka pemerat komuniti menua pesisir, ngenegapka pengari Dayak sereta nyukung pengawa ngemansangka Sarawak nyadi sebuah nengeri ti progresif, inklusif sereta lantang.

"PRS tetap komited bekerejasama enggau semua parti komponen GPS ari baruh iring YAB Premier Sarawak dikena nentuka penegap politik enggau pemansang ti meruan terus nyadi pemerat," ku iya.

Ku iya, pemutus PRN Johor patut nyadika peransang ngagai semua parti politik bebendar agi gawa, mendingka enggau silik agi sada nyawa rayat sereta ngemanahka pemanah pengawa ngenataika jaku.

Gira madahka, pemenang ba pengawa bepilih ukai semina bepanggai ba kimpin aja, tang digaga nengah rikod servis ti enda ngetu, ketuai ti dikearap sereta pengarap rayat ba tuju jemah ila.

“Sebedau PRN Sarawak ti deka datai, Raban Nembiak PRS sedia terus bekerejasama enggau ketuai parti sereta kaling dalam GPS dikena ngenegapka pengandal rayat, ngenegapka rebak baru sereta nentuka Sarawak terus ba jalai ti betul nuju nengeri ti maju, lantang sereta beserakup.

"Penyulut, penyerakup enggau servis meseti meruan nyadi pelasar pejalai politik kitai," ku Gira. — RBI


| Ruai Berita Iban
Rinduka | Titihka | Kunsika

23/06/2026

| Abang Johari belum beri bayangan status calon Henry di Tasik Biru

BAU, 23 Jun — Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, enggan mengulas sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, akan dikekalkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau yang juga Premier Sarawak menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan soal pencalonan memandangkan tarikh PRN belum ditetapkan.

“Saya tidak tahu bila pilihan raya, jadi saya tidak boleh menjawab soalan itu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Budaya Bidayuh (BCC) dan majlis penyerahan surat hak milik tanah di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, ketika berucap pada majlis sama memuji kepimpinan Henry dan menyuarakan harapan agar beliau terus diberi mandat untuk berkhidmat di kawasan Tasik Biru.

Menurut Sagah, Henry telah menunjukkan prestasi sebagai wakil rakyat yang banyak berjasa kepada komuniti Bidayuh serta memainkan peranan penting dalam membawa pembangunan di kawasan Bau dan Tasik Biru.

Beliau turut menggesa rakyat kawasan berkenaan agar terus memberi sokongan kepada Henry bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Masih banyak perancangan pembangunan yang perlu dilaksanakan di kawasan ini dan kesinambungan kepimpinan amat penting supaya manfaat pembangunan dapat terus dinikmati rakyat,” katanya.

Sagah turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha Henry dalam merealisasikan beberapa projek utama termasuk pembinaan Pusat Budaya Bidayuh (BCC), pelaksanaan program penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) serta pembangunan infrastruktur setempat.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS tidak memberi sebarang petunjuk mengenai senarai calon yang bakal diketengahkan gabungan itu pada PRN akan datang.

Sebaliknya beliau menegaskan fokus kerajaan negeri ketika ini adalah untuk memastikan kesinambungan agenda pembangunan yang telah dirancang sejak 2020 terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Sarawak.

Menurut beliau, kejayaan Sarawak mempelbagaikan sumber ekonomi telah meningkatkan pendapatan negeri, sekali gus membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk pendidikan tinggi percuma, pembangunan ekonomi digital serta pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Yang penting sekarang ialah kita meneruskan pembangunan dan memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang kita rancangkan,” katanya.

22/06/2026

| Pengundi Tasik Biru disaran terus sokong Henry

BAU, 22 Jun — Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru disarankan agar terus memberikan sokongan kepada Datuk Henry Harry Jinep pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata bahawa sepanjang dua penggal mewakili DUN Tasik Biru, Henry telah membawa pelbagai pembangunan dan perubahan yang memberi manfaat kepada penduduk di daerah berkenaan.

Menurut beliau, tempoh 10 tahun sebagai wakil rakyat masih dianggap muda dalam dunia politik, namun Henry telah membuktikan keupayaannya melalui hasil kerja yang dilaksanakan.

“Berapa ramai dalam kalangan mereka yang dalam tempoh 10 tahun sudah pandai bekerja? Beliau ini dapat membantu rakyat, bukan sahaja dalam urusan mendapatkan surat tanah tetapi pembangunan di Bau juga begitu pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Bidayuh (BCC) serta Penyerahan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN (SALCRA) bagi kawasan DUN Tasik Biru di BCC di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, Sagah berkata sokongan padu perlu diberikan kepada Henry menjelang PRN akan datang bagi memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan. — Suara Sarawak

10/06/2026

| UGGAH BERI BAYANGAN JOHN ILUS KEKAL PERTAHAN BUKIT SEMUJA

SERIAN: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, memberi bayangan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, berkemungkinan akan mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Premier berkata John merupakan wakil rakyat muda yang aktif dan rajin bekerja di konstituensinya.

“Dan anda juga mempunyai seorang wakil rakyat yang masih muda dan sangat aktif. Tetapi orang muda ini jangan main-main, sangat rajin bekerja. Anda sangat bertuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Dayak DUN Bukit Semuja di Dewan Babuk Salog, Kampung Riih Daso, di sini, kelmarin.

Uggah turut mengingatkan para pengundi supaya terus memberi sokongan kepada wakil rakyat berkenaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

Uggah turut menekankan kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak yang menurutnya menjadi asas kepada kestabilan dan pembangunan negeri.

“Malam ini kita ada kaum Cina, Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, kita sama-sama celebrating Gawai untuk mengeratkan perpaduan kita. Di sini kita tenang dan tenteram, kita menyambut Gawai dengan hati yang cukup senang,” katanya.

Beliau turut membandingkan keadaan di Sarawak dengan situasi di Semenanjung yang menurutnya berdepan perpecahan politik.

“Jangan takut, jangan risau, tiada orang kacau. Kerana Sarawak telah menjadi negeri contoh keharmonian kaum dan agama.

“Teruskanlah perkara ini. Binalah ia. Kerana dengan kita bersatu padu, itulah yang membolehkan kita terus maju, membolehkan pemimpin-pemimpin kita, YAB Premier kita merancang dan mencari lebih banyak lagi dana.

“Jika lebih banyak dana, lebih banyak dana akan diberi kepada rakyat dan kita semua akan mendapat manfaat,” katanya — Suara Sarawak

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuching