SHOAW 7's Rugby Tournament

SHOAW 7's Rugby Tournament

Share

:: KEJOHANAN RAGBI SHOAW SEVEN 2019 ::
14 - 15 SEPTEMBER 2019
KATEGORI U14 & U16
STADIUM SARAWAK, KUCHING

Photos from SHOAW 7's Rugby Tournament's post 15/09/2019

[SHOAW SEVENS 2019]
TOGETHER WE ARE BROTHERSπŸ’ͺ🏻
WE ALL ARE THE CHAMPIONπŸ†
RUGBY FOR LIFEπŸ”₯

15/09/2019

βœ¨πŸ†[UPDATE: TERIMA KASIH]πŸ†βœ¨

Berikutan cuaca yang tidak mengizinkan, tambahan bacaan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih tinggi, maka dengan ini, kami daripada Pihak Jawatankuasa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 mengumumkan bahawa kejohanan adalah ditangguhkan sepenuhnya.

Pihak Jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kejohanan pada kali ini samada secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada seluruh ahli jawatankuasa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019. Segala kebaikan anda, hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan-pasukan ragbi yang telah menyertai kejohanan pada tahun ini yang datang dari seluruh Malaysia.

Seterusnya, Pihak Jawatankuasa ingin meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku, dan juga kami mohon doa daripada semua semoga kejohanan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pihak Jawatankuasa akan terus komited untuk menganjurkan lagi kejohanan ini pada masa akan datang. πŸ”₯

TERIMA KASIH. ✨

P/s: Majlis penyampaian cenderahati dan sijil akan diadakan pada pukul 3 petang ini bertempat di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching.

14/09/2019

πŸ†[UPDATE]πŸ†

Berikutan Mesyuarat Pengelola bersama Pengurus Pasukan, telah menetapkan bahawa bacaan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) seterusnya adalah pada jam 6.00 pagi bertarikh 15.9.2019 (Ahad).

Kejohanan akan diteruskan sekiranya bacaan nilai IPU di bawah paras 120.

Jom sama-sama kita doakan semoga cuaca bertambah baik. 🀲🏻

14/09/2019

πŸ†[UPDATE TERKINI]πŸ†

Memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan nilai 224, maka Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 terpaksa ditangguhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengelola bersama Pengurus Pasukan pada pagi hari ini.

Oleh itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) seterusnya akan dilihat pada jam 6.00 pagi esok, sekiranya nilai mencatatkan di bawah paras 120, maka kejohanan akan diteruskan. Pastinya, jadual baru akan diolah semula dan akan diwar-warkan kelak.

Mari sama-sama kita doakan semoga cuaca bertambah baik seterusnya dapat merealisasikan impian anak-anak kita untuk bermain di gelanggang kebangsaan SHOAW SEVENS 2019 ini. Kita mengharapkan semangat juang kesemua peserta tidak luntur malah kian membara. πŸ”₯πŸ†

Keep pray 🀲🏻

14/09/2019

πŸ†[UPDATE TERKINI]πŸ†

Mesyuarat Bersama Pengelola dan Pengurus Pasukan telah memutuskan bahawa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang ini.

Kejohanan akan diteruskan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah di bawah paras 120.

Kami bagi pihak penganjur memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku ini serta kami mendoakan semoga cuaca bertambah baik demi keselamatan dan kesihatan semua.

14/09/2019

πŸ†[PENGUMUMAN PENTING]πŸ†

Berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu yang semakin meningkat, pihak jawatankuasa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 telah memutuskan bahawa kejohanan terpaksa ditangguhkan buat masa ini. Hal ini adalah selaras dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

Kejohanan ini akan diteruskan pada masa dan keadaan yang akan diberitahu kelak. βœ…

Admin selaku wakil jawatankuasa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 mengharapkan doa dan sokongan daripada semua agar kejohanan ini dapat mendatangkan kebaikan pada semua pihak. 🀲🏻

Ikuti perkembangan seterusnya...✨

Photos from SHOAW 7's Rugby Tournament's post 13/09/2019

πŸ†[UPDATE: MESYUARAT BERSAMA PENGURUS PASUKAN]πŸ†

Pada malam ini telah berlangsungnya satu mesyuarat khas bersama kesemua pengurus pasukan ragbi bagi melicinkan lagi gerak kerja dan perjalanan program serta menyampaikan maklumat penting yang berkaitan. βœ…

Mari sama-sama kita mendoakan semoga Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan tersusun. 🀲🏻

AYUH ! Teruskan sokongan anda buat pasukan ragbi kegemaran anda !! πŸ”₯

Jangan lupa untuk sharekan informasi terkini kepada kenalan yang lain. ✨

Facebook: SHOAW 7's Rugby Tournament
Instagram:

13/09/2019

πŸ†[SHOAW7S2019]πŸ†

PLAY HARD.

STUDY HARD.

PRAY HARD.

13/09/2019

πŸ†[UPDATE]πŸ†

WELCOME TO KUCHING πŸ”₯πŸ”₯

Pasukan daripada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU, MIRI (MERBAU) sudah selamat mendarat di Kuching !!!

Gambar diambil di padang SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Kuching.

Photos from SHOAW 7's Rugby Tournament's post 13/09/2019

πŸ†[UPDATE]πŸ†

WELCOME TO KUCHING πŸ”₯πŸ”₯

Pasukan daripada MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU (MRSM KK) sudah selamat mendarat di Kuching !!!

Photos from SHOAW 7's Rugby Tournament's post 13/09/2019

πŸ†[UPDATE: SENARAI PASUKAN SEKOLAH]πŸ†

Berikut merupakan senarai pasukan sekolah yang bertanding dalam pertempuran gelanggang SHOAW SEVENS 2019.

Berikan sokongan yang padu buat pasukan kegemaran dan pilihan anda !

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
Kuching
93050