Commerce Club PKS
Official FB acc for our Commerce Club, Commerce Department Politeknik Kuching Sarawak
12/04/2026
✨ JOM BERGEMA DI IRAMA PANTUN RAYA! ✨
“Berbaju Melayu cantik gayanya,
Bersamping songket tangan memegang,
Mari teka pantun bersama-sama,
Siapa yang menang dapat hadiah menang!” 🎁
Dengar cerita ramai jaguh pantun terpendam kat PKS ni? Haa, inilah masanya nak tunjuk bakat! Sempena Festival Semarak Madani Siswa PKS 2026, kami bawakan slot paling havoc: IRAMA PANTUN RAYA! 🎤🌙
Bukan sekadar berpantun kosong, kita nak cari siapa yang paling ‘sharp’, paling kreatif, dan paling berani beraksi di pentas!
📍 Lokasi: Dataran Jubli Perak, Politeknik Kuching
📅 Tarikh Program: 16 April 2026
📝 Tarikh Pendaftaran: 10 – 15 April 2026 (Jangan lambat, nanti menyesal!)
Jangan biarkan bakat anda terkubur macam ketupat tak laku. Mari bertarung kita ‘tuk menang! Ajak kawan-kawan datang bagi sokongan padu!
Anjuran Bersama:
🌿 Commerce Club (CC)
🤝 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
PantunRaya
18/02/2026
Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨
Pucuk selasih mula bertunas,
Angin petang membawa ketenangan,
Ramadhan hadir membawa keberkatan,
Moga hati terus dalam rahmat dan keampunan.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H / 2026
Semoga setiap amalan diterima dan dilipatgandakan ganjaran.
Salah dan silap, zahir dan batin,
kami mohon maaf setulus hati.
Ikhlas daripada,
Commerce Club
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak 🤍
13/02/2026
Commerce Week
Cc:
09/02/2026
🔥 PESTA NIAGA COMMERCE WEEK 2026: WALL STREET & JP STYLE KEMBALI LAGI! 🔥
Warga POLIKU, adakah anda bersedia untuk minggu yang paling meriah tahun ini?
Jom penuhkan kalendar anda dan hadirkan diri ke Pesta Niaga 2026! 🚀
📅 Tarikh: 10 - 13 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 Pagi - 4.00 Petang
📍 Lokasi: Dataran Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak
Apa yang MENARIK menanti anda? 🍔
Pesta Niaga: Nikmati pelbagai juadah makanan dan minuman pada harga paling berbaloi!
🏥 Kesihatan: Saringan & Ceramah Kesihatan khas daripada KKM.
💰 Kaunter ASNB: Urusan pelaburan dan konsultasi kewangan di depan mata anda.
🎓 IEEP & PSH: Perkongsian ilmu daripada pakar industri.
Saksikan Pertandingan Hebat!
🏆 Gerai Terindah: Transformasi gerai mengikut tema “Wall Street Style”!
🎤 Product Pitching: Bakat usahawan muda meyakinkan juri.
🥊 Biz-Battle: Persaingan sengit pengurusan perniagaan terbaik!
Mari kita bersama-sama menyokong usahawan muda kita. Berbelanjalah sambil memeriahkan suasana Commerce Week 2026.
Memang rugi kalau tak datang! 🤩
”Pesta Luar Biasa, JP Style!!” ✨
05/02/2026
PESTA NIAGA 2026
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Commerce Club dengan kerjasama Jabatan Perdagangan akan menganjurkan Pesta Niaga (Commerce Week) 2026 yang merangkumi tiga 3 pertandingan utama iaitu Stall Deco Battle, Business Pitch Competition dan Business Battle Competition. Program ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, pemikiran kritikal serta kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.
📌 Maklumat Program:
🗓 Tarikh: Februari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dataran Jubli Perak
📢 Maklumat Penyertaan Pertandingan :
🔹 Stall Deco Battle
➡️ Terbuka kepada pelajar Semester 2 hingga Semester 4
🔹 Business Pitch Competition
➡️ Terbuka kepada pelajar semester 2 hingga Semester 4
🔹Business Battle Competition
➡️ Terbuka kepada pelajar semester 2 hingga Semester 4
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan idea perniagaan, strategi serta kebolehan berfikir secara kompetitif dalam suasana yang profesional dan mencabar.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan program ini serta memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding.
See you all there! 💚
|Like|Follow|Repost|
Instagram:
Facebook: Commerce Club JP
TikTok:
CommerceClub
PoliteknikKuchingSarawak
Moments that motivate us to do better — throwback with KJP 🌟
27/01/2026
**🔥 PANGGILAN KERAMAT PESTANIAGA USAHAWAN JABATAN PERDAGANGAN! 🚀**
Pesta Niaga 2026 kembali lagi! Inilah masanya untuk setiap kelas membuktikan taring dalam dunia perniagaan, kreativiti, dan pengurusan kewangan.
📍 **TEMPAT:**
Dataran Jubli Perak, PKS
📅 **TARIKH PESTA:**
9 - 13 Februari 2026
⏰ **MASA:**
7.30 Pagi – 4.00 Petang
**⚠️ WAJIB UNTUK SETIAP KELAS! ⚠️**
Setiap kelas **DIWAJIBKAN** menghantar **SATU (1)** permohonan sahaja setelah berbincang dengan Penasihat Akademik (PA) masing-masing. Penyertaan hanya terbuka kepada semester 2,3 dan 4 sahaja (++ CC & CCC)
**📅 TARIKH PENTING:**
* **27 Jan - 4 Feb 2026:** Permohonan Gerai Dibuka.
* **6 Feb 2026:** Link Pendaftaran DITUTUP.
* **9 Feb 2026 (2.00 Petang):** Persediaan, Taklimat & Kutipan Deposit Kebersihan (RM20).
**🏆 3 PERTANDINGAN LUMAYAN MENANTI:**
1. **Gerai Tercantik** (Hias gerai anda sepadu mungkin!)
2. **Biz-Battle** (Pembentangan rekod kewangan & promosi)
3. **Business Pitching** (Asah bakat 'marketing' anda!)
**🔗 DAFTAR SEGERA DI SINI:**
[https://forms.gle/6kJKuct6orbKiGjo7 ]
**"Bukan Sekadar Jual, PESTA LUAR BIASA! JP STYLE!!"**
*Rujuk peraturan penuh yang telah disediakan sebelum mengisi borang. Pastikan menu anda unik untuk elakkan pertindihan!*
**ANJURAN:**
Commerce Club, Jabatan Perdagangan, PKS
27/01/2026
"Tahniah atas pelantikan sebagai pimpinan Commerce Club (CC) JP PKS 2026. Semoga amanah ini dijunjung dengan integriti demi memacu kecemerlangan profesional dan sahsiah holistik pelajar Jabatan Perdagangan "
Sama-sama kita, Strive to Excel, Lead the way
26/01/2026
Kenali Penasihat Commerce Club Sesi II 2025/2026......
semua segak belaka....
Ayuh...bersatu kita semua....
Strive to Excel, Lead the Way...
05/08/2025
Hello Warga PolikuSayang!! Jom sertai pertandingan pertandingan yang dianjurkan diatas dan daftar cepat cepat sebelum tutup tarikh daftar. Mari kita menyertai dan memeriahkan lagi suasana❤️🔥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Politeknik Kuching
Kuching
93050