PBB Ranting Kampung Quop
Bapa Ranting PBB KG. QUOP
Pemuda Ranting PBB KG. QUOP
Wanita Ranting PBB KG. QUOP
01/03/2026
👏👏👏
30/11/2025
Hari Ke-3, akhirnya pokok Krismas untuk Gereja St James Quop telah siap. Terima kasih kepada semua kru yang terlibat tidak kira hujan dan panas dalam persiapan ini.
27/11/2025
Giant Christmas Tree in the making, Day 1
15/08/2025
Baik pulih bumbung rumah Puan Timah di Lorong 2A Jalan Sebisak yang rosak teruk disebabkan kejadian pokok tumbang. Terima kasih kepada Ketua Pemuda, Fato Azicos, sebab membantu dalam memberi sumbangan untuk menyiapkan kerja baik pulih ini. Terima kasih.
09/08/2025
Tindakan pantas wakil PBB Ranting Quop Dayak, penduduk kampung dan Belia Kampung memotong dan mengemas jalan utama kampung disebabkan pokok buluh yang tumbang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang membantu. Semoga Tuhan memberkati.
24/07/2025
Wakil YB Datuk Hamzah Brahim (Adun N.17 Stakan) bersama Wakil Pemuda Encik John Ray & Encik Steven, dan Wanita, Cik Alessandra mewakili pihak AJK Dan Ahli Ranting PBB Kampung Quop menyerahkan kutipan sumbangan derma kilat kepada keluarga mendiang Puan Lorita Sing. Salam Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang. Semoga sumbangan ini dapat mempermudahkan segala urusan keluarga mereka.
Terima kasih.
15/07/2025
Lawatan ke rumah Aling anak Agin di Sebisak, Jalan Kimura berikutan bumbung rumah yang rosak disebabkan angin kencang ahad lepas.
13/07/2025
TB
Wakil YB Datuk Hamzah Brahim (Adun N.17 Stakan) bersama Cr. Wilarmy dan Wakil Pemuda Encik John Ray, Encik Pisley dan wakil Wanita Puan Irene mewakili pihak AJK Dan Ahli Ranting PBB Kampung Quop menyerahkan kutipan sumbangan derma kilat kepada keluarga mendiang Puan Dettie anak Mundam. Salam Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang. Semoga sumbangan ini dapat mempermudahkan segala urusan keluarga mereka.
Terima kasih.
13/07/2025
Aktiviti memotong rumput di padang bola sepak Kampung Quop oleh Belia Kampung dan dipimpin oleh wakil PBB Ranting Quop. Semoga padang kita sentiasa bersih, kemas dan dapat digunakan untuk sukan dan riadah.
13/07/2025
Tindakan segera pasukan PBB Ranting Kpg Quop memotong pokok buluh yang hampir tumbang ke jalan raya dan lawatan ke rumah Mr. Sibak berikutan awning dan bumbung rumah beliau rosak teruk di tuip angin kencang dan hujan lebat petang tadi.
07/06/2025
Berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha dengan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah melalui pengagihan Bubur Lambuk yang diwakil oleh Cr Norolhadi, Ketua Pemuda Ranting Quop Dayak, En. Fato dan wakil Belia Kampung Quop. Semoga budaya seperti ini terus dipupuk dalam masyarakat kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Quop, Batu 10, Jalan Kuching Serian
Kuching