HIUS

HIUS

Share

🔴 Kesatuan Inspektor Kesihatan yang mewakili profesyen PKP & PPKP Negeri Sarawak. 🔴

04/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

𝑩𝑬𝑳𝑨𝑺𝑼𝑵𝑮𝑲𝑨𝑾𝑨

Dengan penuh dukacita, seluruh warga Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang 𝙍𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝘿𝙚𝙬𝙞𝙣𝙜, 𝙋𝙚𝙣𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙜𝙖𝙬𝙖𝙞 𝙆𝙚𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙐6 (𝙏𝘽𝙆1), yang meninggal pada 3 Mei 2026 (Ahad).

𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙧𝙤𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙢𝙖𝙙𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜

Seluruh warga Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu turut mendoakan semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

01/05/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

20/04/2026

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

Sumbangan Ikhlas kepada keluarga Mendiang PPKP Francis Flint Anak Patrick daripada Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak yang disampaikan oleh Presiden Kesatuan En. Sabri Hj Sahari .

Turut hadir En. Jurizam bin Hj Saili Timbalan Presiden HIUS, En. Simon Emang Ketua Sub Unit Penguatkuasaan & Pn. Natalie Fenellia Anak Salleh Ketua Sub Unit Risikan Seksyen Inspektorat & Perundangan JKN Sarawak.

20/04/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Francis Flint Anak Patrick,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U6, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching telah meninggal dunia pada 19/04/2026.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada organisasi dan rakan-rakan sekerja.

Jasa serta dedikasi beliau akan sentiasa dikenang.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga.

Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini

Photos from Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)'s post 21/03/2026
20/03/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak yang saya hormati sekalian.

Syawal yang mulia ini hadir sebagai tanda kemenangan setelah kita menempuh bulan Ramadan yang penuh dengan kesabaran, keinsafan dan pengorbanan. Ia juga menjadi ruang untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh nilai-nilai murni serta mempereratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Sebagai Presiden, saya amat menghargai segala komitmen, dedikasi dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalankan tugas sebagai Inspektor Kesihatan.

Tanggungjawab yang digalas bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi dalam memastikan kesejahteraan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

Saya sedar bahawa setiap daripada kita berhadapan dengan pelbagai cabaran di lapangan, namun semangat juang, keikhlasan serta profesionalisme yang ditunjukkan oleh semua ahli kesatuan adalah kekuatan utama kita dalam terus melangkah ke hadapan.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa serta menjadi titik penyatuan yang lebih utuh dalam kalangan kita. Marilah kita terus memperkukuhkan kesatuan, menjaga kebajikan bersama serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kepentingan masyarakat dan negara.

Di kesempatan ini juga, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kesilapan atau kekhilafan sepanjang saya memimpin kesatuan ini.

Akhir kata, semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
SABRI BIN HJ SAHARI
Presiden
Kesatuan Inspektor Kesihatan
Jabatan Kesihatan Sarawak

10/03/2026

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐊𝐌

TAHNIAH atas pelantikan YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia berkuatkuasa Mac 2026.

Ikhlas daripada seluruh warga Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak.

16/02/2026

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐞𝐬𝐞 𝐍𝐞𝐰 𝐘𝐞𝐚𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 🧧

Kepada semua ahli kesatuan yang diraikan, kami mengucapkan Gong Xi Fa Cai!

Semoga tahun ini membuka lebih banyak peluang, membawa rezeki yang melimpah dan kejayaan dalam setiap usaha.

Kesatuan ini kuat kerana ahli-ahlinya.
Bersama kita kekalkan perpaduan, saling menyokong dan terus mempertahankan kebajikan bersama.

12/02/2026

KEDAI SERBANEKA JUAL ROKOK RM3.30 SEPAKET DIDENDA RM20,000.00

06/02/2026

𝗣𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗣.𝗣.𝗖)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) oleh Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 5 Februari 2026.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK, Jalan DIPLOMATIK OFF JALAN BAKO, KUCHING
Kuching
93050