Arena Simanggang
Info berkaitan sukan
30/03/2025
24/11/2024
Aqib X Kampung Boy ditabal juara
SKUAD pilihan, Aqib X Kampung Boy muncul juara pertama Pertandingan Bola Sepak bersempena Karnival DUN N.28 Lingga 2024 selepas menumpaskan DLS FC 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman petang tadi.
Berita penuh:
https://www.arenasarawak.net/2024/11/24/aqib-x-kampung-boy-ditabal-juara/
Arena Simanggang
19/11/2024
Simanggang Legacy juara Dart Karnival DUN Lingga 2024
SIMANGGANG: Gandingan Morris Omar dan Malcom Duhim daripada Simanggang Legacy muncul juara Pertandingan Souble Dart sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati, petang Ahad lalu.
Dalam perlawanan akhir yang sengit itu, Morris dan Malcom menewaskan pasangan daripada Kuching, War'15 Empire, Mohd Rathaludin dan Mohd Nizam dengan kiraan mata 4-3 pada perlawanan akhir yang mempertemukan antara kedua-dua pasukan.
Berita penuh;
https://www.arenasarawak.net/2024/11/18/simanggang-legacy-juara-dart-karnival-dun-lingga-2024/
Arena Simanggang
Simanggang Legacy juara Dart Karnival DUN Lingga 2024 SIMANGGANG: Gandingan Morris Omar dan Malcom Duhim daripada Simanggang Legacy muncul juara Pertandingan Souble Dart sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati, petang Ahad lalu. Dalam perlawanan akhir yang sengit itu, Morris dan Malcom menewaskan pasangan daripada Kuc...
16/11/2024
Pasukan manakah bergelar ‘Raja Libas Simanggang’ 2024?
: Pemburuan Raja Libas Simanggang 2024 Edisi 3 telah bermula pada petang semalam (Jumaat) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.
Sebanyak 25 buah regu terbuka dan sembilan regu veteran telah turun mempamerkan aksi mereka dalam misi memburu kejuaraan.
Ia dilangsungkan selama tiga hari melibatkan 61 perlawanan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
Berita penuh;
https://www.arenasarawak.net/2024/11/17/pasukan-manakah-bergelar-raja-libas-simanggang-2024/
Arena Simanggang
Pasukan manakah bergelar 'Raja Libas Simanggang' 2024? SIMANGGANG: Pemburuan Raja Libas Simanggang 2024 Edisi 3 telah bermula pada petang semalam (Jumaat) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman. Sebanyak 25 buah regu terbuka dan sembilan regu veteran telah turun mempamerkan aksi mereka dalam misi memburu kejuaraan. Ia dilangsungkan selama tiga hari...
16/11/2024
48 pasukan sertai Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga
SIMANGGANG: Sebanyak 48 pasukan telah berentap menyertai Pertandingan Dart Double sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati bermula hari ini.
Menurut jurucakap penganjur, pertandingan ini telah melibatkan penyertaan daripada Lingga, Pantu, Sri Aman, Saratok, Sarikei serta Kuching.
PERTANDINGAN DART KARNIVAL BELIA DUN N.28 LINGGA TAHUN 2024
TARIKH PERTANDINGAN : 16 – 17 NOVEMBER 2024
MASA : 9.00 PAGI HINGGA SELESAI
TEMPAT : DEWAN ANJUNG MERPATI, SRI AMAN
JUMLAH PENYERTAAN : 48 PASUKAN
1. LINGGA – 12 PASUKAN
2. PANTU – 3 PASUKAN
3. SRI AMAN – 8 PASUKAN
4. SARATOK – 5 PASUKAN
5. SARIKEI – 2 PASUKAN
6. KUCHING – 18 PASUKAN
Arena Sarawak
07/11/2024
SERIAN MUNCUL JUARA PIALA EMAS REBUTAN YAYASAN SARAWAK 2024 U16
SERIAN MUNCUL JUARA PIALA EMAS REBUTAN YAYASAN SARAWAK 2024 U16
PASUKAN Serian muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Rebutan Yayasan Sarawak Bawah 16 Tahun 2024 di Stadium Miri, petang tadi.
Dalam perlawanan akhir itu, skuad Serian yang bermain dengan penuh cemerlang berjaya menundukkan pasukan Sri Aman dengan jaringan 3-0.
Syabas & Tahniah kepada ubi muda pasukan Serian dan Sri Aman 👍👍
Arena Sarawak
06/11/2024
PASUKAN SRI AMAN KE FINAL PIALA EMAS YAYASAN SARAWAK
PASUKAN Sri Aman berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Yayasan Sarawak 2024 selepas menewaskan Bintulu dengan jaringan 2-0 dalam aksi separuh akhir di Padang IKBN Miri petang tadi.
Perlawanan akhir Piala Emas Yayasan Sarawak bakal menyaksikan pasukan Sri Aman akan menentang Serian pada petang esok (Khamis), jam 2 petang di Stadium Miri.
Arena Simanggang
21/09/2024
TBBC tuai 7 emas, 9 perak
KELAB Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman berjaya membolot tujuh pingat emas dan sembilan pingat perak pada Kejohanan Persahabatan Tinju sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan 2024 yang diadakan di Dewan Pekan Lama Batu Kawa yang berakhir 18 September lalu.
Berita selanjutnya;
https://www.arenasarawak.com/2024/09/20/tbbc-tuai-7-emas-9-gangsa/
Arena Simanggang
TBBC tuai 7 emas, 9 perak
KELAB Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman berjaya membolot tujuh pingat emas dan sembilan pingat perak pada Kejohanan Persahabatan Tinju sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan 2024 yang diadakan di Dewan Pekan Lama Batu Kawa yang berakhir 18 September lalu.
Berita selanjutnya;
https://www.arenasarawak.com/2024/09/20/tbbc-tuai-7-emas-9-gangsa/
Arena Sarawak
10/09/2024
HABUAN RM25,000 UNTUK RAJA SUNGAI REGATA BENAK BATANG LUPAR 2024
HABUAN RM25,000 UNTUK RAJA SUNGAI REGATA BENAK BATANG LUPAR 2024
PENGANJURAN Regata Benak Batang Lupar yang berlangsung pada 15 hingga 17 November nanti bakal menawarkan habuan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM147,770 kepada pemenang acara tersebut.
Daripada jumlah itu, hadiah wang tunai RM25,000 disediakan untuk pasukan yang berjaya mendominasi kategori utama iaitu perahu bidar 30 pekayuh akhir bagi penentu gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Benak Batang Lupar.
Arena Sarawak
06/09/2024
Bonnie hadiahkan emas kedua buat Malaysia!!!
Bonnie hadiahkan emas kedua buat Malaysia!!!
Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengungguli aksi di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Beraksi dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki, apa yang lebih mengagumkan adalah kemenangan turut Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232 kg yang dilakukannya pada cubaan ketiga.
SYABAS & TAHNIAH KEPADA ANAK SARAWAK!!!
Arena Sarawak
31/08/2024
40 buah perahu berhias yang akan dihiasi jalur gemilang akan menyelusuri Sungai Batang Lupar di Waterfront Sri Aman, pagi esok.
SEJUMLAH 40 buah perahu berhias yang dihiasi Jalur Gemilang akan menyelurusi sepanjang Sungai Batang Lupar sejauh kira- kira 5 kilometer (km) di Waterfront Sri Aman adalah antara aktiviti menarik bersempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bahagian Sri Aman, pada pagi esok.
Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata pelbagai aktiviti yang telah diatur dan dirancang sepanjang hari itu yang akan menemui pengunjung bermula jam 7 pagi.
Berita selanjutnya;
https://www.arenasarawak.com/2024/08/30/40-buah-perahu-berhias-bersempena-sambutan-hari-kebangsaan-di-waterfront-sri-aman-ahad-ini/
Arena Sarawak
26/08/2024
Well said 💪
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Carpenter Street
Kuching
93250