SFTEABorneo

SFTEABorneo

Share

Solusi untuk kencing manis

07/10/2021

Ini adalah antara makanan yang selalu kita ingat masih sihat dan boleh diamalkan terutama bagi mereka yang menghidap diabetes.

Biskut Marie, Biskut Crackers & Roti adalah antara makanan yang mengandungi:

❗️ Trans-Fat
❗️ Tinggi Glisemik Indeks
❗️ Mengandungi Gluten

Jika boleh dielakkan lebih baik dalam proses pemulihan diabetes.

Biasakan yang betul

01/10/2021

DOA KEGEMARAN RASULULLAH

Menurut Saidina Anas, antara doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah ialah:

‏رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا فِی ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣰ وَفِی ٱلۡأخِرَةِ حَسَنَةࣰ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Ini kerana, dalam doa ini, kita menghimpunkan segala permohonan kebaikan (hasanah) didunia (seperti kebaikan untuk keluarga yang baik, pasangan yang baik, anak yang soleh, rezeki yang halal) dan segala kebaikan (hasanah) akhirat (diselamatkan dari azab dan dikurniakan syurga) dalam doa ini

Didiklah diri berdoa menggunakan lafaz yang diungkapkan sendiri oleh para Nabi

Semoga Allah membimbing kita

20/09/2021

Assalamualaikum semua!

18/09/2021

As Malaysia is expected to move from COVID-19 pandemic into the endemic phase by the end of October, here's what you need to prepare in facing this situation
We bring to you the "SOLUTION IN ENDEMIC SITUATION".We aim to bring health for you throughout the days.

Will be available on our website starting from 25th September 2021.

Don’t forget to grab it right after the launching.

𝐃𝐨𝐧’𝐭 𝐦𝐢𝐬𝐬 𝐢𝐭!

-royalty2021

07/09/2021

KETAHUI JENIS-JENIS TEH

Tahukah anda apa jenis teh dan yang mana satu yang paling sesuai untuk anda?

TEH PUTIH
Teh putih melalui pemprosesan paling mudah berbanding dengan jenis teh lain. Teh putih selalunya mempunyai rasa dan aroma yang lembut. Aroma teh ini juga lebih cenderung ke arah bauan jambangan bunga.

TEH HIJAU
Teh hijau mengekalkan warna pentingnya kerana ianya tidak teroksida. Daun teh akan dipanaskan dengan suhu terkawal untuk menjamin aromanya, ia juga bertujuan untuk mengekalkan kualiti teh dan warna hijau pada daun teh yang diproses.

TEH OOLONG
Teh Oolong merupakan teh yang diproses separuh teroksida. Daun teh yang lebih besar dan matang akan dipetik kemudian dilayukan, digulung, dioksida dan kemudian dibakar. Teh Oolong mempunyai rasa dan aroma yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang berbeza, dimana iklim dan jenis tanah memainkan peranan dalam membezakan aroma teh ini.

TEH HITAM
Untuk kebanyakan teh hitam, pucuk teh muda dipetik sebelum dilayukan, digulung, melalui proses pengoksidaan sepenuhnya kemudian dibakar. Antara teh hitam yang terkenal datangnya dari rantau India seperti Assam, Darjeeling, Nilgiri dan Sri Lanka.
Teh hitam yang dikisar cenderung untuk mempunyai kandungan kafein lebih tinggi, menjadikan ia minuman pagi paling ideal jika ditambah dengan susu dan gula

Sumber: aia health wellness

03/09/2021

LOCK YOUR DATE❗

Nantikan Majlis Gilang Gemilang E-Royalty Convention RICHWEALTH EMPIRE yang akan berlangsung secara ‘VIRTUAL’ melalui Facebook Live di Official Page Richwealth Empire HQ pada ketetapan berikut:
Tarikh: 25 September 2021, Sabtu
Masa: 2:30 petang

Nak tahu apa yang best sepanjang program ini?

Stay Tuned untuk dapatkan lebih lagi updates mengenai event daripada kami tidak lama lagi. JANGAN lupa janji temu kita di FB Live Richwealth Empire HQ pada 25 Sept ini!
‘TAG’ dan ‘SHARE’ posting ini!

-royalty

03/09/2021

SALAM JUMAAT

Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir p**a menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

02/09/2021

STRATEGI MENCEGAH KANSER

1. Mengurangkan pengambilan GULA dalam makanan dan minuman
Gula adalah sumber makanan kepada sel2 kanser. Ia mempunyai GI yang tinggi dan akan menyebabkan paras insulin dalam badan meningkat. Insulin sendiri menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan kita perlu kawal parasnya dalam darah. Oleh kerana itu, kita perlu mengambil lebih banyak minyak sihat sebagai sumber utama kalori dan pengambilan protin secara sederhana. Jika kita mengambil terlalu banyak protin ia akan menjadi gluconeogenik, iaitu ia menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil daripada protin.

2. Mengamalkan Ketogenik Diet
Dengan tidak mengambil gluttony dan karbohidrat proses dalam pemakanan seharian seseorang pesakit kanser perlu mengambil sumber tenaga alternatif untuk terus membekalkan tenaga kepada sel-sel normal. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan 'diet ketogenik' iaitu mengambil lebih lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, mentega, minyak ikan, minyak kelapa sawit, avocado dan sebagainya.

3. Berpuasa (wet/dry)
Kaedah ini adalah untuk mengawal paras insulin dan meningkatkan aktiviti AMP-K. Dalam masa yang sama berpuasa secara berkala juga akan meningkat imuniti tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih untuk memusnahkan sel-sel kanser. sistem metabolism tubuh untuk menjadikan sel-sel dalam keadaan ketosis yang lebih cepat. Dengan keadaan ini, ia akan memusnahkan sel-sel kanser dan menjadikan sel-sel normal terus kekal sihat.

4. Pengambilan Garam sihat
Kajian menunjukkan apabila seseorang memulakan pemakanan ketogenic, ia akan mengalami perkumuhan garam berlebihan kerana berlakunya penurunan paras insulin. Oleh kerana itu, seseorang yang mengamalkan pemakanan ketogenik akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh yang perlu di ganti semula. Jika tidak diganti semula mineral yang hilang maka seseorang itu akan mengalami simptom seperti selsema.

5. Mengambil lemak MCT
Untuk menghasilkan keadaan ketosis adalah sesuatu yang membebankan kepada tubuh terutamanya jika anda mempunyai masalah dysfungsi mitokondria. Oleh itu penggunaan minyak MCT (medium chain triglyceride) amat baik untuk ditukarkan menjadi ketone dan meningkatkan kadar ketosis tubuh. Kita boleh mengambil minyak kelapa dara yang tinggi asid lemak laurik iaitu sejenis MCT

6. Tidur secukupnya
Mengawal stres adalah kunci kepada mengekalkan tahap ketosis yang optimum. Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting dari aspek ini. Tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan paras glukosa darah dan risiko kanser yang lebih tinggi.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc (UCSI), FAGE
Doktor Perubatan Nutrisi

30/08/2021

Tahukah anda kesilapan dalam cara penyediaan teh menyebabkan khasiat yang terkandung dalam teh itu tidak dapat diperoleh secara 100 peratus? Dan, paling menyedihkan apabila amalan tidak betul itu menghapuskan atau menghilangkan terus khasiat tersebut!

Cara penyediaan teh yang diamalkan oleh masyarakat kini boleh menjejaskan khasiatnya dan ada p**a mendedahkan kepada risiko penyakit. Ini berlaku apabila bahan pemanis seperti susu dan gula dicampurkan dalam teh kerana mahukan rasa yang enak semata-mata.

Selain itu, hampir sebahagian besar daripada kita s**a merendam uncang teh terlalu lama dan hanya akan membuangnya setelah selesai menikmati minuman itu. Walhal, adalah sebaiknya uncang dicelup tidak lebih daripada lima minit. Dikhuatiri kertas uncang digunakan adalah berkualiti rendah yang mengandungi campuran lilin. Bagi mereka yang sistem badannya tidak kuat, mungkin boleh mendapat sembelit.

Tabiat menggunakan teh uncang sama berkali-kali sehinggalah langsung tidak dapat mengeluarkan warna harus dihentikan kerana bakteria akan berkumpul di dalam uncang ini setelah dibiarkan begitu lama. Ini kerana, terdapat sejenis bahan kimia tumbuhan dalam teh tersebut yang akan bertindak balas menjadi asid apabila ia dibiarkan terlalu lama.

Sumber: MARDI

27/08/2021

Hukum menolak pengambilan vaksin

Tatkala dunia sedang mendepani ancaman pandemic Covid-19 yang masih belum reda, vaksin dilihat sebagai penyelesaian terbaik ketika ini. Hukum pengambilan vaksin dari perspektif Islam bukanlah isu baharu.Ia berulang kali dibincangkan dalam kalangan agamawan dan ulama', seiring situasi dan tuntutan semasa.

Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain' seperti diriwayatkan Ibn Majah,"

Dalam berdepan musibah COVID-19 ini, kita perlu sentiasa menerapkan empat perkara ini dalam diri kita iaitu:
1) reda dengan ujian yang hadir
2) Islam menggalakkan kita bersabar.
3) sentiasa bertawakal
4) bersyukurlah kerana Allah SWT menurunkan penyakit ini bersama penawarnya.
'Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)' melalui Surah Al-Baqarah ayat 195.

# # # . .

24/08/2021

MANFAAT DAUN KELOR KEPADA KESIHATAN

Daun kelor atau nama lainya Moringa Oleifera sering diolah untuk dijadikan jamu, teh herbal, hinggalah suplemen. Ada juga yang menggunakan daun kelor sebagai bahan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional, daun kelor dipercaya berkhasiat untuk merawat diabetes, sakit sendi, jangkitan bacteria dan banyak lagi. Antara manfaat daun kelor kepada kesihatan antaranya:

1. Menurunkan kadar gula dalam darah
Sebuah kajian menemukan bahawa daun kelor dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan keberkesanan insulin dalam tubuh badan. Manfaat ini bagus untuk mencegah diabetes dan terjadinya rintangan insulin.

2. Merawat keradangan
Keradangan berpunca daripada respon tubuh terhadap infeksi atau kecederaan. Namun, Anda boleh mengamalkan daun kelor untuk meredakan keradangan yang dialami. Ekstrak daun kelor juga dipercaya mengandung zat yang dapat mengurangkan masalah keradangan.

3. Mengawal tekanan darah
Daun kelor tinggi dengan kalium dan antioksidan. Tanaman ini diketahui bermanfaat untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah supaya dapat mencegah masalah hipertensi.

4. Memelihara kesihatan dan fungsi otak
Kandungan antioksidan di dalam daun kelor juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan dan fungsi otak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson. Daun kelor juga dipercayai bagus untuk menyokong prestasi otak dan meningkatkan memori.

5. Meningkatkan daya tahan tubuh
Ekstrak daun kelor diketahui dapat melindungi tubuh dari berbagai jenis kuman, seperti Salmonella typhi penyebab tifus, Escherichia coli penyebab cirit birit, dan Staphylococcus aureus penyebab jangkitan kulit. Daun kelor juga diketahui dapat melawan virus, terutama jenis virus herpes simplex (HSV).

Selain daripada manfaat di atas, daun kelor juga dipercayai mampu untuk mengurangkan kadar kolesterol, mengatasi disfungsi ereksi, dan mencegah kambuhnya gejala asma. Amalkan Sftea untuk dapatkan manfaat daun Kelor seperti yang telah dinyatakan di atas.

Disemak oleh: Dr. Kevin Adrian

20/08/2021

SALAM JUMAAT

Rasulullah SAW bersabda: "Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) 'Bismillahi tawakkaltu 'alallahi, walaa haula wala quwata illa billah' yang bermaksud, 'Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya," maka, malaikat akan berkata kepadanya...'(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh ALLAH) dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (daripada semua keburukan)...sehingga syaitan-syaitan tidak akan menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain, 'Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT?'" (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Begitu besar hikmah membaca doa keluar rumah. Jadi Marilah sama-sama kita jadikan doa sebagai amalan ketika hendak keluar rumah agar agar terpelihara dari segala gangguan & bencana sepanjang hari tersebut InshaAllah

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


UNIT NO 6 1ST FLOOR FRONT BLOCK N SYNERGY Square Jalan MATANG
Kuching