iLead Strategy

iLead Strategy

Share

Strategist | Entrepreneur | Essential First Aid & Safety Instructor telefon yang telah disertakan.

Training Provider Pantai Timur
(Pahang, Terengganu, Kelantan)

Team Building Pahang | Motivational Speaker | Soft Skills & Digital Trainer | Canva Pro Specialist | A.I. Our Uniqueness

iLead Strategy telah diilhamkan oleh tenaga kerja yang terdiri daripada mahasiswa IPT Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan kursus dan latihan serta menganjurkan projek-projek tertentu. Walaupun Ia b

Photos from iLead Strategy's post 30/04/2026

MEMBINA PASUKAN. MEMPERKUKUH PRESTASI.

Team Building Bahagian Khidmat Pengurusan, Istana Budaya bukan sekadar aktiviti luar dewan—
ia adalah satu proses membina keserasian, komunikasi dan kepercayaan dalam pasukan.

Sepanjang 3 hari program:
✔ Peserta diuji dalam situasi sebenar berpasukan
✔ Cabaran yang menuntut strategi & kepimpinan
✔ Aktiviti yang menghubungkan individu menjadi satu pasukan yang solid

📍 Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating
🗓 22 – 24 April 2026

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada iLead Strategy.

Kerana kami percaya—
pasukan yang kuat bukan terbina secara kebetulan,
tetapi melalui pengalaman yang dirancang dengan tepat.

iLead Strategy
Guide to a First-Class Mentality

iLead Strategy 30/04/2026

Montaj Program Kepimpinan Akademik Politeknik dan Kolej Komuniti SeMalaysia 2026
28-30 April 2026 | Kuala Terengganu

iLead Strategy Montaj Kepimpinan Akademik PolyCC 2026

Photos from iLead Strategy's post 30/04/2026

DARIPADA DEWAN… KE MEDAN AKSI 🔥

Program Kepimpinan Akademik 2026 bukan sekadar duduk dengar ceramah.

Ia adalah tentang:
✔ Bergerak bersama
✔ Berfikir sebagai satu pasukan
✔ Membina kepercayaan dalam tekanan
✔ Dan belajar melalui pengalaman sebenar

Daripada sesi perkongsian di dalam dewan…
kepada aktiviti lapangan yang menguji komunikasi, strategi dan kepimpinan—

setiap peserta bukan sahaja belajar…
tetapi mengalami sendiri proses menjadi seorang pemimpin.

📍 Hotel Permai, Kuala Terengganu
🗓 28 – 30 April 2026

Terima kasih kepada semua peserta Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia atas komitmen, tenaga dan semangat luar biasa sepanjang program ini.

Di iLead Strategy, kami tidak hanya melatih…
kami membina pengalaman yang memberi impak.

iLead Strategy
Guide to a First-Class Mentality

Photos from iLead Strategy's post 06/04/2026

Selesai dengan jayanya pelaksanaan Program Team Retreat Hospital Bintulu yang telah berlangsung pada 3 April 2026 bertempat di Silka Hotel Cheras.

Program ini dikendalikan oleh Associate Trainer iLead
dengan objektif untuk memperkukuhkan elemen penting dalam organisasi seperti kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan serta pembangunan kepimpinan dalam kalangan peserta.

Sepanjang program dijalankan bermula jam 3:30 petang hingga 10:00 malam, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi, disiplin serta semangat kerjasama yang amat memberangsangkan dalam setiap aktiviti yang dirangka.

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterjemahkan dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecekapan, integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

Pihak iLead Strategy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Bintulu atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan organisasi yang lebih dinamik, progresif dan berprestasi tinggi.

17/03/2026

Notis penutupan sempena Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Kami akan tutup sementara dari 19 March hingga 23 March.
Operasi akan dibuka semula pada 24 March (Selasa).

Terima kasih atas sokongan anda semua. Maaf zahir & batin! 💚

Photos from iLead Strategy's post 26/02/2026

Petang semalam, Siaran khas Istimewa Ramadan: Bangkit di Pahang FM telah berlangsung dengan lancar 📺

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Coach Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab bersama DJ Anna dan DJ Harun atas pengisian yang inspiratif, serta terima kasih kepada para pendengar dan semua pihak yang menjayakannya 😊

Photos from iLead Strategy's post 26/02/2026

Program Ihya’ Ramadhan 1447H SMK Jengka 2 yang berlangsung pagi semalam telah berjalan dengan jayanya. Pengisian ceramah khas oleh Coach Muhammad Zul Syafiq bin Abdul Wahab diharap dapat membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat 🤲🏻

Photos from iLead Strategy's post 12/01/2026

Selesai dengan jayanya untuk Program Team Building KAFA Sekolah Azizah yang telah berlangsung pada 8 Januari 2026 bertempat di Teratak Umi & Abah Permatang Badak, Kuantan

Semoga segala ilmu, nilai dan pengalaman yang diperoleh hari ini dapat dibawa pulang ke tempat kerja
dan diterjemahkan dalam tindakan, sikap serta prestasi harian.

Photos from iLead Strategy's post 15/12/2025

15/11/2025, Sabtu (Day 3)

Pada hari ketiga, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah diadakan bagi semua yang terlibat. Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang luar biasa daripada semua peserta. 👍✨

Photos from iLead Strategy's post 15/12/2025

14/11/2025, Jumaat (Day 2)

Hari kedua dimeriahkan dengan outdoor activity bersama para peserta. Semangat berpasukan diterapkan dalam diri masing- masing dapat dilihat pada hari kedua ini. Penat yang membuahkan hasil! 🔥

Photos from iLead Strategy's post 15/12/2025

13/11/2025, Khamis (Day 1)

Kenangan indah bersama peserta dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan sesi ice-breaking dan aktiviti waktu malam, unggun api pada hari pertama team building di Royale Chulan, Cherating 🤝🔥

Want your business to be the top-listed Business in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


A 119, First Floor, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan Bussiness Centre
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00