UCYP University

UCYP University

Share

Established in 1992, UCYP University is committed to academic excellence, talent development, and meaningful societal impact.

🎖Ranked #163 in Asia
(AppliedHE Private University Ranking)
Creativity | Quality | Integrity

A full-fledged university in Pahang, Malaysia, formerly known as IKIP/KYP. Ranked #163 in Asia and #24 in Malaysia (AppliedHE Private University Ranking), UCYP University is a full-fledged higher learning institution in Pahang, Malaysia, formerly known as IKIP/KYP. UCYP University offers programmes from d

Photos from UCYP University's post 05/06/2026

Excel Intermediate: Level Up Your Skills
4 Jun 2026 | Kampus Taman Gelora, KYP

Pusat Kecemerlangan Digital (CoDEx), UCYP University dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia, KYP Education Sdn. Bhd. (KESB) telah menganjurkan latihan Excel Intermediate: Level Up Your Skills.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Excel dalam kalangan kakitangan Kumpulan KESB, di samping membantu peserta mengurus dan menganalisis data dengan lebih sistematik, efisien dan tepat.

Latihan telah dikendalikan oleh
Puan Ts. Suriyani Sulaiman,
Pengarah Pusat Kecemerlangan Digital (CoDEx), UCYP University

Inisiatif seperti ini menyokong usaha pembangunan kompetensi digital warga kerja ke arah peningkatan produktiviti dan kecemerlangan organisasi ✨

Photos from UCYP University's post 04/06/2026

Penghargaan Istimewa Buat Mahasiswa Prihatin UCYP University ✨

UCYP University merakamkan penghargaan istimewa kepada Saudara Tuan Nurhan Syafiy bin Tuan Nor Azham Shah, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Seni Visual (Kepujian) dalam Reka Bentuk Kreatif, UCYP University atas tindakan prihatin beliau membantu melancarkan perjalanan sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan baru-baru ini.

Sijil penghargaan telah disampaikan oleh
Prof. Madya Dr. Ahmad Fared bin Mohd Din,
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti), UCYP University

Tahniah atas teladan yang membanggakan ini. Semoga semangat keprihatinan beliau menjadi inspirasi kepada semua✨

Photos from UCYP University's post 04/06/2026

Congratulations to UCYP University Members on High-Impact Publications ✨

Heartiest congratulations to

• Mr. Dedi Sanjaya
• Mr. Khairul Firdaus bin Anuar

on their success in publishing articles in high-impact journals.

Photos from UCYP University's post 03/06/2026

WELCOME TO UCYP UNIVERSITY! ✨

Sekitar suasana pendaftaran hampir 130 orang pelajar baharu bagi Pengambilan Kedua Diploma/Asasi Tahun 2026 di Kampus Utama, UCYP University.

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga UCYP University. Semoga perjalanan akademik anda dipenuhi kejayaan dan pengalaman bermakna 🎓✨

Photos from UCYP University's post 03/06/2026

Sumber: Instagram Majlis Perwakilan Pelajar UCYP University []

KISAH INSPIRASI
Keprihatinan Mahasiswa UCYP University Dalam Situasi Kecemasan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UCYP University merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Tuan Nurhan Syafiy bin Tuan Nor Azham Shah, pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Visual (Kepujian) dalam Reka Bentuk Kreatif, atas tindakan prihatin dan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam membantu melancarkan perjalanan sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 2 Jun 2026.

Dalam keadaan trafik yang sesak, beliau telah mengambil inisiatif membantu mengarahkan pengguna jalan raya untuk mengetepikan kenderaan bagi membuka laluan kepada ambulans, sekali gus memudahkan urusan kecemasan dan mempercepatkan perjalanan pesakit mendapatkan rawatan.

Tindakan yang ditunjukkan oleh Saudara Tuan Nurhan membuktikan bahawa setiap individu mampu memberi impak positif kepada masyarakat melalui keprihatinan dan kesediaan untuk bertindak pada saat diperlukan. MPP UCYP University amat berbangga dengan contoh teladan yang telah ditunjukkan dan berharap kisah ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus mengamalkan nilai keprihatinan, kesukarelawanan dan semangat membantu sesama insan.

"Memperkasa Integriti, Siswa Berkualiti"

Majlis Perwakilan Pelajar
UCYP University
Sesi 2026/2027

02/06/2026

🎨✨ MAXIMUM X-POSURE 2026 ✨🎨

Saksikan ledakan kreativiti dan bakat seni menerusi Program Exhibition Gallery: Maximum X-Posure anjuran Kelab Artéka UCYP University! 🖌️🌈

Program ini menjadi platform buat para pelajar menampilkan hasil karya, idea kreatif serta ekspresi seni kepada umum. Pelbagai karya menarik dengan nilai estetika dan identiti tersendiri bakal dipamerkan khas untuk anda. 🎭🖼️

Jom hadir bagi menyokong bakat-bakat kreatif serta menghayati keunikan seni dalam suasana galeri yang penuh inspirasi. 💡✨

📅 03 June 2026
📍 Creative Gallery, Main Campus, UCYP University
⏰ 9:00 AM – 5:00 PM

“Where Creativity Meets Exposure.” 🔥

Creativity Beyond Imagination®️

01/06/2026

MINDA NC UCYP UNIVERSITY✨️

“Pilihan yang kita buat setiap hari sama ada untuk berdisiplin, menghormati orang lain, atau bekerja keras akan menentukan sejauh mana kita mampu pergi.”

01/06/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Dirgahayu Tuanku

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak.

Semoga sambutan ini memperkukuh nilai kemanusiaan dan membawa kebahagiaan kepada semua yang meraikannya✨

30/05/2026

✨️TAHNIAH✨️

Tahniah kepada Puteri Ayu Farishah Binti Megat Nazri, pelajar Semester 2, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kerana berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bagi Peraduan Watch, Like & Win with UCYPBuzz Podcast Episod 2! 🏆🎁

Peraduan ini merupakan anjuran Pejabat Penolong Naib Canselor (Penjenamaan, Komunikasi & Diplomasi Korporat), UCYP University.

Terima kasih kepada semua yang menonton, memberi like dan berkongsi jawapan kreatif anda. Terus ikuti platform media sosial rasmi UCYP University untuk pelbagai perkongsian dan aktiviti menarik! 🌟

Want your university to be the top-listed University in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Aras 2, Kompleks Yayasan
Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00