IKRAM Pahang
IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan masyarakat.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
31/05/2026
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku!
Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sembah takzim daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang.
30/05/2026
KORBAN KASIH IKRAM PAHANG 2026/1447H
Sabtu, 30 Mei 2026
Alhamdulillah, telah selesai pelaksanaan Program Korban Kasih IKRAM Pahang 2026/1447H dengan sempurna. Sebanyak 3 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah dikorbankan. Sebanyak 321 pek daging korban telah diagihkan kepada golongan sasar dan komuniti setempat.
Program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang, Yayasan IKRAM Malaysia Negeri Pahang, IKRAM Muda Pahang, Institusi Pendidikan Al-Amin Paya Besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Al-Amin Paya Besar serta Kelab Belia Harmoni Gambang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, peserta korban, sukarelawan serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala pengorbanan, sumbangan dan usaha yang dicurahkan diterima serta diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.
Semoga Program Korban Kasih terus menjadi medan menyebarkan kasih sayang, memperkukuhkan ukhuwah dan membawa manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah, kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
29/05/2026
BARISAN KEPIMPINAN IKRAM KUANTAN 2026-2028
- YDP : Khairul Ikhwan Bin Ruslan
- TYDP : Ustaz Ahmad Puaad bin Abd Rahman
- Ketua Wanita : Puan Norulhuda Binti Awang
- Ketua IKRAM Muda : Muhammad Nur Hafiz bin Shaidan
- Setiausaha : Syariful Bahri bin Ismail
- PSU : Dr. Hajar Fauzan bin Ahmad
- Bendahari : Dr. Mohd Nazir bin Mohd Nazori
Barisan AJK:
- Dakwah Akar Umbi : Mohd Amirul Arif bin Yaakub
- JKTMI : Khairul Ikhwan Bin Ruslan
- Media dan Dakwah Digital : Dr. Khairul Anam bin Mansor
- HEMA : Muhammad Firdaus bin Maarif
- Kebajikan dan Kekeluargaan : Puan Hajah Juliana binti Abdul Halim
- Institusi Yayasan IKRAM : Ustaz Muhammad Akmal bin Zamri
- Pengurusan Dana : Dr. Hidayah Bt Arifin
28/05/2026
๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก IKRAM ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐
27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H di Kampung Nelayan Beserah, Program Korban Kasih IKRAM Pahang 2026 telah berjaya dilaksanakan.
26/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
โTatkala anak itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: โWahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?โโ
(๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฌ-๐๐๐๐๐๐ญ: ๐๐๐)
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita erti ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan sebenar demi meraih keredaan Allah SWT.
Firman Allah:
โDaging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ
(๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ฃ๐ฃ: ๐๐)
Semoga Aidiladha kali ini menyuburkan rasa syukur, mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.
Selamat Hari Raya Aidiladha โจ
(ุชูููุจูููู ุงูููู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู)
โ๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ข๐๐๐๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฅ๐ข๐๐ง.โ
๐๐ค๐ก๐ฅ๐๐ฌ,
Dr. Azarisman Shah Mohd Shah
Yang Dipertua,
Pertubuhan IKRAM Malaysia,
Negeri Pahang
25/05/2026
Ganjaran Puasa Hari Arafah
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
ูููููููุฑู ุงูุณููููุฉู ุงููู
ูุงุถูููุฉู ููุงููุจูุงููููุฉู
Maksudnya: โPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ.
*[Riwayat Muslim (1977)]*
Ayuh kita bersama rebut peluang ini dengan berpuasa pada hari Selasa, 26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
A*5 Jalan IM 7/16, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200