ZonBaca
membantu ibubapa menjadi pendidik yang berilmu dalam memimpin anak-anak menggilap potensi menjadi generasi Ulul Albab di masa hadapan
�𝟎 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑!
Buku 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀: 𝗠𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗔𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗕𝘂𝗺𝗶 ini menghimpunkan 70 kisah unik & luar biasa para ilmuwan Islam khususnya para ahli hadis (muhaddithin). Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.
Antara kisah yang menarik di dalam buku ini:
- Imam Al-Bukhari sentiasa bersedia untuk berperang?
- Imam Al-Syafie sudah mampu memberikan fatwa seawal umur 18 tahun.
- Abu Hatim Al-Razi berjalan kaki lebih 7,000KM demi ilmu.
Jika kita soroti sejarah kehidupan para ulama terbilang, nescaya kita akan menemui pelbagai sumber tenaga ajaib yang mampu memberi kita kekuatan untuk terus beramal soleh dengan penuh konsisten.
Kisah-kisah hidup mereka bukanlah sesuatu yang di luar batas kemampuan normal manusia ataupun disebabkan karamah khas anugerah Allah. Namun, "keajaiban" tersebut adalah hasil daripada kesungguhan, tekad, keluhuran hati, sikap dan usaha luar biasa yang jarang dimiliki manusia.
29/06/2022
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐊𝐔!
Nallah menghempaskan beg sekolah ke lantai. Barulah bahunya terasa ringan. Dia memicit-micit bahu yang sedikit sengal membawa beg yang berat itu.
"Bawa buku berat-berat, tapi aku tak pandai-pandai juga! Macam mana nak beritahu mama dan papa keputusan ujian Mac aku ni? Confirm Mama mengamuk lagi! Macam mana nak jumpa Azriel dengan keputusan macam ni? Aku dah usaha, dah ulangkaji sampai lewat malam. Dah tanya mualim, mualimah kalau tak faham. Kenapa aku masih dapat keputusan yang teruk-teruk? Sampai bila nak hidup macam ni? Belajar macam nak mati, tapi kena marah juga. Orang pandang rendah juga! BENCINYA! Aku tak nak hidup yang macam ni!"
Rasa marah, benci dan kecewa bergabung dalam hati, membentuk suatu rasa yang tidak tertanggung dek jiwa rasa ingin mati! Nafasnya menjadi sesak. Badannya menggigil. Air mata tidak berhenti-henti membasahi p**i.
"ARRGGGHH!"
Nak tahu apa yang bakal terjadi? dapatkan sekarang
29/06/2022
𝐊𝐀𝐋𝐀𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐑, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐀
"Lombong!"
Berderau jantung Elyas. Merinding bulu romanya mengingatkan peristiwa yang berlaku semalam. "Salah aku ke?" getus Elyas ketakutan.
Faiz memandang ke satu arah. Matanya mencerlung tajam ke arah Elyas. Jantung Elyas berdegup kencang apabila Faiz mula meracau-racau dengan bahasa asing. Sementara itu, Ziyad semakin kuat membaca ayat-ayat suci yang dihafalnya.
"Sakit!!!"
Pelajar lain semua terdiam. Entah mana datang kekuatan, Elyas meluru mendapatkan Faiz. Dia meletakkan al-Quran yang dipegangnya dari tadi ke tengkuk Faiz.
Nak tahu apa hang akan terjadi?
29/06/2022
𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐑𝐄𝐌𝐀𝐉𝐀? 👀
Berita baik untuk anda!!!
Novel Remaja Bersiri daripada terbitan Al-Amin Edu Oasis boleh didapati sekarang!
Novel Remaja Bersiri ini mengisahkan tentang Kayla, Rania, Asiah, Sajidah, Nailah, April, Elyas, Hud, Farhan, Ziyad, Ali dan Borhan adalah pelajar-pelajar SMAT.
Pun begitu, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri yang pelbagai dan tidak kurang onak ranjaunya.
29/06/2022
𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇!
Siri Empayar Teme Abdullah ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan bacaan santai, namun sarat dengan ilmu.
Siri Empayar ini mengisahkan kehidupan para pelatih Madrasah Taming Sari. Bagi yang s**a dengan nombor, Siri ini sesuai dengan anda kerana para pelatih Madrasah Taming Sari diberi nama menggunakan nombor (bukan nama sebenar).
Jom dapatkan Siri Empayar Teme Abdullah yang sedang hangat dipasaran!
Siri ini merangkumi 3 buah buku iaitu:
1. Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama
2. Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
3. Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja
𝐄𝐌𝐏𝐀𝐘𝐀𝐑: 𝐇𝐈𝐊𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐌𝐀
Ilmu Agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
𝐄𝐌𝐏𝐀𝐘𝐀𝐑 𝟐: 𝐇𝐈𝐊𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐊𝐉𝐈𝐙𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐈𝐁𝐋𝐈𝐒
Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.
Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehinggadatang mereka yang mendakwa - kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
𝐄𝐌𝐏𝐀𝐘𝐀𝐑 𝟑: 𝐇𝐈𝐊𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀
Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.
Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.
Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.
“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!” Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan.
Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?
29/06/2022
29/06/2022
𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐇𝐀𝐋𝐈𝐅𝐀𝐇 #𝟐: 𝐃𝐈𝐋𝐄𝐌𝐀 𝐄𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐔𝐓𝐇𝐌𝐀𝐍𝐈𝐘𝐀𝐇
Penyamaran Asil sebagai tukang masak di istana telah menyebabkan Asil berada dalam dilema: memilih untuk mempercayai Sultan Abdul Hamid II, atau tetap dengan pendiriannya sebagai pengintip harapan CUP. Ini kerana, Asil melihat sendiri peribadi sultan yang berbeza daripada apa yang dididik oleh CUP.
Dalam keadaan Asil yang masih keliru, konco-konco CUP terus-menerus melaksanakan strategi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II, terutamanya menuntut agar Sultan melaksanakan kembali perlembagaan. Sehinggakan ke satu tahap, agenda licik CUP mengancam banyak nyawa, termasuklah kenalan Asil di istana.
Asil semakin meragui perjuangannya. Siapa yang perlu dia perjuangkan demi melindungi Uthmaniyah?
29/06/2022
𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗙: 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗕𝗨𝗥𝗨𝗡𝗚
Mari terokai dunia burung yang unik dan menarik di dunia. Kenali tabiat burung yang mudah ditemui hinggalah spesies burung eksotik yang s**ar ditemui menerusi buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah ayam yang paling berharga di dunia?
- Bagaimana Burung Enggang Membuat Sarang?
- Apakah yang Menyebabkan Burung Sekendi Berwarna Merah?
- Menyelam Bersama Penguin
- Meluncur Bersama Albatros
29/06/2022
𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗙: 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔
Mari terokai dunia serangga yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies serangga yang mendominasi dunia haiwan. Walaupun sering dianggap sebagai makhluk perosak, namun terdapat simbiosis antara serangga dengan hidupan lain.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Serangga manakah yang tidak menyerupai ibu bapanya?
- Apakah saling kaitan belalang treehopper dengan semut?
- Ketahui kehebatan sang lebah
- Kupu-kupu monarch, si penerbang terhandal
- Penyamaran belalang orkid
29/06/2022
𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗙: 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛-𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗟𝗔𝗧
Mari terokai dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat yang unik dan menarik. Tumbuhan dan kulat yang terdapat di sekeliling saling berkaitan dengan manusia. Daripada pokok baobab Afrika hingga trufel yang berbau harum, mari mengembara ke dunia tumbuh-tumbuhan dan kulat.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Bagaimanakah tumbuhan dan kulat memperoleh nutrien?
- Mengapakah sesetengah tumbuhan melakukan penyamaran?
- Apakah manfaat terbesar tumbuhan kepada manusia?
29/06/2022
𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗙: 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗨𝗧
Mari terokai dunia hidupan laut yang unik dan menarik. Kenali lebih daripada 20 spesies hidupan laut yang menghuni lautan di dunia. Daripada rumput laut hinggalah kepada hidupan laut yang terbesar di dunia dijelaskan dalam buku.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah kisah legenda ikan duyung?
- Apakah bintang yang popular di dasar laut?
- Mengapakah ikan buntal mengembang dan menguncup?
- Apakah keistimewaan ikan tuna sirip biru?
- Apakah unicorn yang hidup di dasar laut?
29/06/2022
𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗙: 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔
Mari terokai sistem tubuh badan manusia yang unik dan menarik. Pelajari sistem tubuh badan yang membuatkan kita mampu bergerak melakukan pelbagai aktiviti harian. Bermula daripada rahsia menjadikan akar rambut sihat hingga rahsia organ terbesar dalam tubuh badan manusia dijelaskan dalam buku ini.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Mengapa kita mempunyai tulang?
- Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat?
- Bagaimanakah tubuh badan kita memahami dunia melalui deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala
45000