IPG Kampus Dato Razali Ismail - Rasmi
Link Media Sosial IPGKDRI
1. Laman Web Rasmi - LINK - http://www.ipgkdri.moe.edu.my
2. Facebook - LINK - https://www.facebook.com/ipgkdri/live/
3.
Institut Gemilang Pelajar Cemerlang
Tik Tok - LINK - https://www.tiktok.com/@ipg_kdri/
Instagram - LINK - https://www.instagram.com/ipg_kdri/
Youtube - LINK - http://bit.ly/channel_ipgkdri
Twitter - LINK - https://twitter.com/IPGKDRI Youtube - LINK - https://www.youtube.com/c/IPGKDRI-TV
4. Instagram - LINK - https://www.instagram.com/ipg_kdri/
5. Twitter - LINK - https://twitter.com/IPGKDRI
6. Tik Tok - LINK - https://www.tiktok.com/@ipg_kdri/
7. Telegram - LINK - https://t.me/ukomipgkdri
03/06/2026
📢 PERINGATAN INTEGRITI BUAT WARGA KPM
Setiap tindakan yang kita lakukan mencerminkan imej dan kredibiliti Kementerian Pendidikan.
Elakkan salah laku seperti ketidakhadiran bertugas, penyalahgunaan kuasa, tuntutan palsu, gangguan seksual, penerimaan hadiah tanpa kebenaran serta penyalahgunaan aset kerajaan.
Integriti bukan sekadar mematuhi peraturan apabila diperhatikan, tetapi melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
✅ Amanah dalam tugas
✅ Telus dalam tindakan
✅ Bertanggungjawab dalam keputusan
Bersama-sama kita memperkukuh budaya integriti dan menolak sebarang bentuk salah laku demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan masa depan pendidikan negara.
22/05/2026
[BULETIN] Sedikit pesanan PMX kepada para pendidik!
Kementerian Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek Anwar Ibrahim
14/05/2026
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 dengan tema “Guru Bitara, Nadi Negara” diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang terus komited dalam memperkasa agenda pendidikan negara serta melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.
Antara pengisian program Sambutan Hari Guru ialah:
🗓️ 15 Mei 2026 (Jumaat)
🤲 Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Khutbah dan Solat Jumaat
🏅 Majlis Anugerah Guru Peringkat Kebangsaan
✨ Kemuncak Sambutan Hari Guru 2026 ✨
🗓️ 16 Mei 2026 (Sabtu)
👑 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga sambutan ini terus menjadi simbol penghargaan terhadap peranan guru sebagai tunjang pembangunan bangsa dan negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”
11/05/2026
Setiap didikan yang disampaikan bukan sekadar ilmu di bilik darjah, tetapi satu amanah besar dalam membentuk insan berakhlak dan berwawasan.
“Guru Bitara, Nadi Negara” menggambarkan peranan guru sebagai pemacu kecemerlangan pendidikan yang menyemai ilmu dan membentuk insan demi masa depan negara.
Jasa dan pengorbanan guru merupakan tunjang utama dalam melestarikan kecemerlangan negara, melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing dalam mendepani cabaran global.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”
11/05/2026
Persekitaran kerja yang berteraskan budaya integriti mampu melahirkan warga organisasi yang beretika, berdisiplin serta saling menghormati dalam melaksanakan tanggungjawab.
Pengamalan integriti secara konsisten turut mewujudkan tadbir urus yang telus, sekali gus memperkukuh kepercayaan terhadap organisasi, sama ada dalam kalangan warga kerja mahupun masyarakat yang menerima perkhidmatannya.
11/05/2026
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan (KPM) berkuat kuasa pada 11 Mei 2026.
10/05/2026
Selamat Menduduki Peperiksaan Mei 2006
08/05/2026
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada
Dr. Hj. Ahamad bin Rahim atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail serta Ts. Dr. Pajuzi bin Awang atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Semoga kepimpinan yang dibawa terus memacu kecemerlangan institusi dan melahirkan pendidik berkualiti.
Follow IPGMKDRI [ Youtube | Facebook | Instagram | TikTok | X ]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Batu Rakit
Kuala
21030
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |