Koperat
KONSORTIUM PERUMAHAN RAKYAT TERENGGANU SDN. BHD. 199601017571(389922-T) KOPERAT juga diberi kebenaran untuk membina Rumah Bercampur (Commercial)
Syarikat diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan perumahan memandangkan keperluan terhadap perumahan kian memuncak khususnya untuk memenuhi keperluan golongan yang berpendapatan rendah.
10/06/2026
SELAMAT ULANG TAHUN PENUBUHAN KOPERAT KE-30
Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja KOPERAT merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Penubuhan KOPERAT Ke-30 yang disambut pada 10 Jun 2026.
Sejak penubuhannya pada tahun 1996, KOPERAT telah memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangunan perumahan rakyat di Negeri Terengganu. Sepanjang tiga dekad ini, pelbagai projek perumahan telah berjaya dibangunkan dan sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat serta menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam menyediakan kediaman yang berkualiti, selesa dan mampu dimiliki.
Selain memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan, KOPERAT turut komited melaksanakan pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan (ESG) yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Negeri Terengganu.
Sempena ulang tahun yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghargai segala pencapaian yang telah diraih serta memperkukuhkan iltizam untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Dengan semangat kerja berpasukan, komitmen dan kerjasama erat seluruh warga KOPERAT, semoga syarikat terus maju, berdaya saing dan kekal menjadi antara pemaju perumahan yang disegani di Negeri Terengganu.
“30 Tahun Membina Kediaman Selesa, Komuniti Bahagia"
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku Yang Di-pertuan Agong
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan semua warga kerja Koperat merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1hb Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Menjunjung kasih Tuanku.
27/05/2026
SALAM AIDILADHA | 27 MEI 2026 / 10 ZULHIJJAH 1447H
Ahli Lembaga Pengarah dan Warga kerja Koperat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.
Ibadah qurban merupakan tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita dan dikongsikan melalui pengagihan daging qurban tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi inspirasi kepada kita untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan dalam hidup kita.
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan semua warga kerja Koperat mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia.
"Guru Bitara Nadi Negara" adalah slogan sambutan Hari Guru 2026 yang membawa maksud guru yang unggul, istimewa dan berintergriti tinggi (Bitara) adalah pengerak utama (Nadi Negara) dalam mencorak generasi MADANI yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing sekaligus memacu kecemerlangan pendidikan negara.
Tema tersebut sangat tepat bagi menggambarkan institusi pendidikan yang semakin mencabar tidak kira peringkat rendah atau menengah mahupun institusi pengajian tinggi dalam melahirkan generasi masa depan yang berkualiti dan mempunyai nilai sahsiah yang baik dari segi rohani dan jasmani.
Terima kasih semua guru. Kami tidak melupakan jasa anda semua dalam mendidik kami.
Ingatan tulus ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan semua warga kerja KOPERAT.
10/05/2026
Selamat Hari Ibu
Pihak Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja KOPERAT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu, Ummi, Bonda dan apa jua gelaran oleh anak-anak.
Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu dari peringkat mengandung dan membesarkan anak-anak tidak dapat dibalas dengan nilai wang ringgit.
Semoga pengorbanan semua ibu dihargai dan disanjung sehingga bila-bila.
06/05/2026
SEKALUNG TAHNIAH
Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja KOPERAT mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar di atas perlantikan sebagai Dato' M***i Negeri Terengganu berkuatkuasa pada 04hb. Mei 2026.
Pihak KOPERAT mendukung penuh perlantikan baharu ini dan semoga dipermudahkan segala urusan serta menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh amanah.
'muftiterengganu
02/05/2026
LAWATAN TAPAK PROJEK PERUMAHAN TAMAN KOPERAT ALUR LIMBAT
30hb APRIL 2026, MARANG - Pengerusi KOPERAT, YB LSr. Haji Zaharudin Zahid dan diiringi oleh Tuan Sayed Abdul Rahman bin Engku Sulong, Pengurus Besar dan Ketua Bahagian Koperat telah membuat lawatan tapak projek perumahan Taman Koperat Alur Limbat, Marang untuk meninjau perkembangan projek serta persiapan program Perasmian Rumah Contoh dan Sambutan 30 Tahun Penubuhan Koperat yang akan diadakan nanti.
Di samping itu juga, YB Pengerusi dan rombongan turut melawat projek ECRL di Durian Guling, Marang yang terletak 5 minit sahaja dari tapak projek Taman Alur Limbat. Projek ini akan memberi kelebihan kepada bakal-bakal pembeli rumah taman berkenaan dengan kemudahan yang ada apabila projek ECRL ini siap sepenuhnya.
Jom lawat projek Koperat dan berhubung dengan Bahagian Pemasaran kami untuk maklumat lanjut berkenaan projek Taman Koperat Alur Limbat dengan segera.
30/04/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026
Pihak Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja KOPERAT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tema sambutan "Pekerja Madani KESUMA Bangsa".
Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan golongan pekerja sebagai tulang belakang dalam kemajuan ekonomi serta pembangunan negara dan syarikat tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Semoga segala usaha dan pengorbanan mereka dihargai dan menjadi inspirasi dalam melahirkan masyarakat berdaya saing, progresif, berintergriti dan sejahtera. Terima kasih semua pekerja.
SELAMAT HARI PEKERJA !
25/04/2026
DAULAT TUANKU
Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja KOPERAT merafak sembah serta mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.
Dirgahayu Tuanku!
14/04/2026
🎓 PELUANG LATIHAN INDUSTRI DIBUKA!
Anda sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri (internship)? Inilah peluang anda!
Kami di Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. membuka peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang:
✨ Pencipta Kandungan (Content Creator)
✨ Jualan & Pemasaran (Sales & Marketing)
💼 Tingkatkan kemahiran
📈 Tambah pengalaman kerja sebenar
🚀 Buka peluang kerjaya masa depan
💰 Elaun turut disediakan
📍 Lokasi: Chendering, Kuala Terengganu
Jika anda seorang yang ceria, komited dan bersedia untuk belajar, kami ingin anda bersama kami!
📞 Hubungi sekarang: 09-617 3405
📧 [email protected]
👉 Jangan lepaskan peluang ini — mohon sekarang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Wisma GPQ Lot 4564, Tingkat 1 & 2 Desa MPKT
Kuala
21080
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:45 |
| Tuesday | 08:00 - 16:45 |
| Wednesday | 08:00 - 16:45 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Sunday | 08:00 - 16:45 |