Dynamic Climbing Club
Dynamic Climbing Club merupakan Club yang bergerak untuk sukan mendaki seperti wall climbing dan rock climbing di Terengganu..
18/10/2025
π§ββ Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025
17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU)
Majlis Perasmian Penutup Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamed, Pegawai Rakan Muda yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang diiringi oleh Encik Zamri Noor bin Moh Daud , Presiden Dynamic Climbing Club serta Cik Nur Zulaikha binti Roszelni, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari 1 malam oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Dynamic Climbing Club telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk mengasah skill, bakat dan teknik kemahiran mendaki asas dan aplikasi tali tinggi dalam kalangan peserta. Di samping, mengembangkan aktiviti mendaki tembok tiruan secara teori dan praktikal dengan mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti,
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
26/06/2025
π KEJOHANAN SUKAN MENDAKI TEMBOK TIRUAN TERENGGANU - TERTUTUP 2025 π
ποΈ Tarikh: 18-19 Julai 2025
π Lokasi: Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu
π₯ Adakah anda seorang peminat sukan mendaki? Ini peluang anda untuk mencabar kehebatan dan ketangkasan di dinding tiruan!
πΉ Acara yang dipertandingkan:
πββοΈ SPEED (Lelaki & Wanita)
π§ββοΈ TOP ROPE (Lelaki & Wanita)
πΈ Yuran penyertaan: Hanya RM25.00 seorang!
- Sijil penyertaan
- β T-shirt pertandingan
- β Makan tengah hari
π Hadiah Wang Tunai Menanti!
π₯ Tempat Pertama: RM200
π₯ Tempat Kedua: RM150
π₯ Tempat Ketiga: RM100
π² Daftar Sekarang!
Imbas kod QR di poster ATAU klik pautan pendaftaran untuk rebut tempat anda sebelum terlambat!
https://forms.gle/UUZ8GxhgAxCJTKp37
π Untuk maklumat lanjut, hubungi:
π± 011-1061 7499 (Abam Chir) β WhatsApp tersedia!
---
π₯ Siapa juara sebenar mendaki Terengganu? Ayuh buktikan kehebatan anda!
Jangan lepaskan peluang! Sertai sekarang dan panjat ke puncak kemenangan!
18/06/2025
ONE REGION. ONE WALL.
Weβre proud to present the official launch of the ASEAN Climbing Championship 2025 β Malaysia Series! π§ββοΈπ
Mark your calendars:
π Putrajaya Challenge Park
π
4β6 July 2025
π₯ Experience the thrill, unity, and strength of Southeast Asiaβs finest climbers.
Follow us and stay tuned β something BIG is coming.
SATU RANTAU. SATU TEMBOK.
Kami dengan bangganya memperkenalkan pelancaran rasmi ASEAN Climbing Championship 2025 β Siri Malaysia! π§ββοΈπ
Tanda di kalendar anda:
π Putrajaya Challenge Park
π
4β6 Julai 2025
π₯ Rasai semangat, kekuatan dan kesatuan pendaki terbaik dari seluruh Asia Tenggara.
Ikuti kami dan nantikan β sesuatu yang HEBAT bakal tiba.
26/05/2025
Alhamdulillah..
Selesai sudah program Hari Belia Negara yang berlansung 22,23,24/5/2025 dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang terlibat.. kite jumpa lagi di program seterusnya..
Jutaan terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada dynamic climbing club untuk mengendalikan wall climbing dalam program tersebut..
Jom semua πͺπͺ
18/05/2025
Jom semua πͺπͺ
EMPAT HARI LAGI!
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU!
22 - 24 MEI 2025
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
π£ Ayuh SEMUA!!!Terbuka kepada SEMUA!
Ayuh hadir beramai-ramai & rasai sendiri kehangatan sambutan ini!
Jom jadi sebahagian dari detik luar biasa untuk belia Terengganu!
YAKIN BOLEH!!
15/05/2025
Jom ramai2 pakat mari..jangan lepaskan peluang yang ada..hok mane nk try panjat bleh mari cabar diri anda..yakin bolehβ¦
Dynamic Climbing Club
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Dynamic climbing club
Dynamic Climbing Club merupakan Club yang bergerak untuk sukan mendaki seperti wall climbing dan rock climbing di Terengganu..
Click here to claim your Sponsored Listing.