Kuala Perlis Titans
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kuala Perlis Titans, Amateur Sports Team, No 7 (1st Floor) , Jalan kangar jaya 14, kangar jaya, jalan tuanku syed putra kangar, Kuala.
NO PENDAFTARAN C-PLS-13801
-Naib Juara A3 Liga Super Perlis 2023
-Naib Juara A3 Liga Super Perlis & Piala Perlis 2024
-Piala emas Raja-Raja 2023 & 2024
-Juara A3 Liga Super Perlis 2025 ( collab with Juang )
-Semi Final Liga A2 Amateur Malaysia 2025/2026
31/05/2026
TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA
Seluruh warga Kuala Perlis Titan FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hairul Hazim atas segala jasa, komitmen, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama pasukan.
Walaupun langkah perjalanan selepas ini membawa saudara ke kerjaya baharu bersama Polis Diraja Malaysia, kenangan, semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan bersama Kuala Perlis Titan FC akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan.
Kami mendoakan agar Hairul Hazim terus cemerlang dalam menjalankan amanah sebagai anggota PDRM, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Sekali Titan, Tetap Titan.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Semoga terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan.
Daripada:
Keluarga Besar Kuala Perlis Titan FC πβ½οΈ
#21
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Kuala Perlis Titans FC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah dan menanam nilai keikhlasan dalam kehidupan kita semua.
Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, kesyukuran dan kasih sayang sesama insan.
π 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H
Ikhlas daripada
Kuala Perlis Titans FC
βSemoga setiap pengorbanan diterima Allah SWT dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta ketenangan buat semua.β ππ
17/05/2026
ππππππ ππππππ
Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis
sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-83
DYMM Tuanku Raja Perlis
pada
17 Mei 2026 (Sabtu)
bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijriah.
Sembah Takzim daripada :
Kuala Perlis Titan Football Club
"ππΌπ
πΌ π½πππΏπΌπππΌπ ππΌπππΌπ π½ππππππ
ππππππ πππ
πΌπππππΌ ππππππ ππΌπ
π"
16/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
βGuru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk masa depan generasi.β
Seluruh warga Kuala Perlis Titan FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas jasa, pengorbanan serta dedikasi mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat lelah.
Semoga segala ilmu dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan.
Ikhlas daripada
KUALA PERLIS TITAN FC
10/05/2026
TAMAT PERLAWANAN π₯
UiTM Perlis FC 1οΈβ£ - 2οΈβ£ Kuala Perlis Titan FC
Satu aksi persahabatan yang cukup baik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan permainan pantas serta aksi berbalas serangan sepanjang perlawanan. πͺβ½
Terima kasih kepada UITM PERLIS FC atas semangat kesukanan dan permainan yang kompetitif. Semoga terus maju jaya dalam Liga IPT akan datang π€
08/05/2026
ππ₯πππ‘πππ¬ π ππ§ππ
π
10/05/2026 (Ahad)
β½ UITM PERLIS FC π KUALA PERLIS TITAN FC
π Stadium UiTM Arau
β° 4.45 Petang
Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai medan menguji beberapa pemain baharu serta memperkemaskan keserasian pasukan menjelang saingan akan datang.
Teruskan memberi sokongan kepada Kuala Perlis Titan FC! π‘π΅
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 2026 π²πΎ
Penghargaan setinggi-tingginya buat semua pekerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.
Dedikasi, usaha dan pengorbanan anda adalah nadi pembangunan masa depan.
Terus maju, terus berjaya! πͺ
16/04/2026
SELAMAT MAJU JAYA AIDEL IMAN (MARCO) ππ
Anak muda berbakat yang berasal dari Langkawi, berusia 18 tahun, kini melangkah setapak lagi dalam karier bolasepak apabila akan bersama skuad Piala Presiden Kedah FA bagi musim 2026.
Seorang pemain yang penuh dengan semangat juang tinggi, disiplin dan komitmen, beliau telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang bersama Kuala Perlis Titan FC dalam saingan Liga A2 Amateur.
Perjalanan masih panjang, namun dengan usaha dan keazaman yang kuat, tiada yang mustahil untuk dikecapi.
Semoga terus berjaya dalam mengejar impian dan mengharumkan nama dalam arena bolasepak negara.
βBiar Jasa Jadi Kenanganβ
15/04/2026
Selamat maju jaya buat Coach Faizal Abu Bakar atas pelantikan bersama Kedah FA sebagai staf kejurulatihan Piala Presiden.
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang bersama Kuala Perlis Titan FC. Segala usaha dan dedikasi anda amat kami hargai.
Semoga terus cemerlang dalam memacu arena bola sepak negara dan melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkualiti.
βBiar Jasa Jadi Kenanganβ
All the best, Coach! πͺπ₯
05/04/2026
Goodluck IFC Corp Migthy Tigers
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 7 (1st Floor) , Jalan Kangar Jaya 14, Kangar Jaya, Jalan Tuanku Syed Putra Kangar
Kuala
01000