PSB FC

PSB FC

Share

PSB SEHATI SEJIWA

28/08/2020

Assalamualaikum... PSB FC kembali beraksi liga SLFG week15... Perlawanan tumpuan PSB FC vs PJ Hiliran... Ayuh warga PSB kami memerlukan suara sokongan dari anda untuk menamatkan liga di kedudukan top3...

Tarikh : 5 September 2020 (Sabtu)
Masa : 5.30 ptg kick off
Tempat : Padang Tanamera

23/02/2020

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pasukan SELANGOR B (PSBFC/PKPA) baru sahaja bertolak pulang ke bumi Selangor selepas selesai majlis penutupan Kejohanan PTSMA kali ke 37. Tahniah diucapkan buat pasukan Selangor A (Kajang) yg telah dinobatkan sebagai juara bagi edisi kali ini. Difahamkan juga kebanyakan pasukan dari negeri lain turut bertolak pulang ke negeri masing2. Semoga perjalanan semua selamat tiba ke destinasi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga bertemu lagi di edisi yg lain pd tahun hadapan.

Photos from PSB FC's post 23/02/2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah walaupun sudah tidak lagi bertugas di PSB namun ikatan persaudaraan serta persahabatan yg sgt erat yg menjadi rukun di PSB tak dpt diputuskan sampai bila2. Terima kasih Sjn Zariman 10665 kerana sudi menjamu kami satu pasukan PSB FC di kediamannya pd pagi tadi. Semoga Sjn Zariman sentiasa dilimpahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan.

21/02/2020

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat petang.

Dukacita dimaklumkan Pasukan Selangor B gabungan PSB/PKPA telah pun menamatkan perjalanan mereka sebentar tdi. Berikut merupakan keputusan yg diraih pasukan Selangor B

Pahang A 2-1 Selangor B
Selangor 1-1 Terangganu
Perak B 3-0 Selangor B

Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pasukan PSB FC masih lagi ada misi selepas pulang ke Sg. Buloh nanti. Terima kasih dan terima kasih

20/02/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Perlawanan pertama pasukan Selangor B menentang Pahang A berkesudahan tewas dengan jaringan 2-1

Walau bagaimana pun perjuangan masih lagi diteruskan. Ayuh anak muda bangkit kembali. Terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen sepanjang perlawanan pertama ini.

19/02/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan jadual kejohanan bola sepak Tan Sri Murad Ahmad Ke 37 Kelantan 2020. Pasukan Selangor B diundi di kumpulan B bersama Pahang A (penor), Perak B(tapah) & Terengganu di padang PGA. Pasukan Selangor B akan bertemu Pahang A pada perlawanan pertama pada jam 8 pagi. Ayuh PSB FC, misi sudah bermula.

Photos from PSB FC's post 19/02/2020

Assalamualaikum dan selamat petang.

Persiapan terakhir pasukan PSB FC di Taman Tengku Anis (TTA) baru shj selesai sebentar tadi. Tiada rehat, tiada makan angin selagi perjuangan belum berakhir. Itu lah ungkapan yg ditanam di jiwa setiap pemain. Ayuh PSB FC lakukan yg terbaik. Doa dan semangat dari warga PSB sentiasa mengiringi walaupun jauh dipandangan.

Photos from PSB FC's post 19/02/2020

Alhamdulillah lebih kurang jam 3 petang tadi pasukan PSB FC selamat mendarat di homestay D'EMBUN berdekatan dgn lapangan terbang pengkalan chepa. Jarak antara homestay dengan padang bolasepak yg digunakan untuk perlawanan esk juga tidak terlalu jauh. Terima kasih yg mendoakan pasukan PSB FC selamat tiba di Bumi Kelantan.

Photos from PSB FC's post 18/02/2020

Keputusan game&table minggu ke10...PSB FC berjaya melompat tangga ke2 liga setelah menewaskan BOKD yg mana tangga ke2 sebelum ini...

Photos from PSB FC's post 18/02/2020

Alhamdulillah...selesai pasukan Selangor B sesi mandi kolam sebelum bertolak ke bumi Cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim...Mengikut jadual akan bertolak pukul9 malam...Kami mengharapkan iringan doa dari warga PSB selamat pergi dan pulang dan insyaAllah pulang dgn kejayaan jika rezeki tertulis...difahamkan mental dan fizikal pemain berada ditahap sgt memuaskan dalam liga SLFG untuk dibawa ke Piala Tan Sri Murad kali ini...

Photos from PSB FC's post 16/02/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini pasukan PSB FC berjaya mengutip 3 mata penuh dari pasukan BOKD dengan jaringan 4-2 sekali gus berjaya melonjak naik satu anak tangga di kedudukan kedua liga. Perlawanan hari ini turut dihadiri Presiden Pasukan PSB FC iaitu PENGARAH PENJARA SG BULOH TKP ROSOMAN B ABU BAKAR serta warga PSB yg tidak pernah jemu memberi sokongan yang amat padu. Terima kasih

FT: PSB FC 4-2 BOKD
⚽⚽ Dino
⚽ Sainan
⚽ Shamsul

🏅MOTM
Dino

Want your business to be the top-listed Event/venue in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Penjara Sungai Buloh
Kuala