HD Training

HD Training

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HD Training, Education, No 37, Floor 2,/, Jalan Chabang Tiga, Pusat Komersial Chabang Tiga, Kuala.

Photos from HD Training's post 11/10/2026

Dana yang berjaya dikumpul perlu disusuli dengan pengurusan yang tersusun.

Alhamdulillah, selesai Kursus Kepimpinan Strategik & Kelestarian Kewangan bersama team Maahad Darul Quran Rusila pada 8 Oktober 2026 di Kuala Terengganu.

Dari 8.30 pagi hingga 5.15 petang, sesi kendalian CEO kami, Ustaz Ahmad Asyraf, merangkumi kepimpinan, strategi kutipan dana, asas pengurusan kewangan dan perancangan strategik.

Apabila belanjawan jelas, aliran tunai dipantau dan dana rizab dirancang, institusi lebih bersedia untuk meneruskan operasi serta menghadapi keperluan yang mendatang.

Training sehari ini menjadi titik mula. Langkah seterusnya ialah membawa ilmu tersebut ke dalam pengurusan harian.

Terima kasih kepada pihak MDQ Rusila atas kepercayaan kepada HD Training. Semoga pengisian ini membantu team menyusun tindakan yang lebih jelas demi kelangsungan pendidikan anak-anak. Insya-Allah.

Nak bantu team organisasi anda mengukuhkan kepimpinan dan pengurusan kewangan?

PM kami untuk bincangkan sesi yang sesuai.

Photos from HD Training's post 08/10/2026

8 Oktober 2026 | Chabang Tiga, Kuala Terengganu

Insya-Allah, hari ni HD Training Centre terima peserta dari Maahad Darul Quran Rusila untuk sesi training Basic Accounting.

Sesi ini akan dikendalikan oleh Ustaz Asyraf sendiri.

Hari ini kita bawa balik ke asas. Simple je, tapi yang simple nilah yang ramai skip.

Semoga sesi kali ini berjalan lancar dan jadi langkah pertama ke arah pengurusan kewangan maahad yang lebih cekap dan tersusun.

06/10/2026

“Benda ni pun tak faham lagi?”

Kadang-kadang ayat tu terlepas bila dah penat ulang benda yang sama. Kita nak staf cepat pandai, sampai terlupa kita pun dulu pernah terkial-kial belajar.

Cuba perlahankan sikit. Tunjuk satu-satu, guna bahasa mudah dan beri ruang dia bertanya.

Bila dia kata, “Ohh, baru saya faham,”

kita pun sedar… rupanya cara kita terangkan tu yang perlu diubah.

Photos from HD Training's post 06/10/2026

Jadi founder ni, ada masalah yang kita tak tahu nak tanya siapa.

Nak cerita kat staff, tak sesuai.
Nak cerita kat kawan, dia pun tak faham bisnes kita.

Akhirnya simpan sorang-sorang, google sendiri, cuba sendiri, penat sendiri.

Kadang masalah duit, sales nampak besar tapi untung tak tahu pergi mana. Kadang marketing, dah penat buat content tapi leads tak masuk-masuk. Kadang team, orang ada tapi hujung-hujung semua kerja balik kat kita juga.

Kalau anda ada masalah berkaitan salah satu ni, simpan dulu soalan tu.

Selasa, 13 Oktober ni HD Training Centre buat coffee session bersama trainers kami, Ustaz Asyraf, Ustaz Amin dan En. Isz.

Trainers kami bukan calang-calang orangnya.

Santai je sambil kopi, dan anda boleh duduk one to one dengan mereka, tanya terus apa yang anda nak tahu.

Tak janji semua selesai dalam secawan kopi. Tapi sekurang-kurangnya anda balik dengan sedikit ilmu dan arah yang lebih jelas.

TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA.

05/10/2026

Anda seorang founder dan buntu nak fikir semua strategi company seorang diri ?

Jom sembang dan dengar pandangan bersama trainers HD Training.

Kadang-kadang kita dah cuba macam-macam, tapi masih berdepan cabaran yang sama. Nak urus team, nak susun kerja atau nak kembangkan bisnes ada perkara yang lebih mudah dibincangkan bila dapat duduk semeja.

Sebab itu kami bawakan Coffee Session bersama En. Isz, Ustaz Asyraf dan Ustaz Amin.

Dalam suasana santai, kita kongsi pengalaman, bertukar pandangan dan bincangkan persoalan yang anda sedang hadapi. Mungkin dari perbualan itu, anda nampak langkah seterusnya yang boleh dicuba.

📅 13 Oktober 2026
📍 ZUS Lembah Sireh, Kota Bharu

Jom duduk semeja, kongsi cabaran dan cari idea untuk langkah seterusnya. Jumpa anda di ZUS Lembah Sireh pada 13 Oktober ini! ☕️

04/10/2026

“Eh, dah Oktober dah? Banyak lagi benda aku nak buat ni!” 😅

Rasa macam baru je tulis azam awal tahun. Sekali tengok kalendar, tinggal beberapa bulan je lagi.

Senarai kerja? Ada yang belum terusik.
Target tahun ni? Ada yang masih separuh jalan.

Tarik nafas dulu. Jangan tengok semua sekali, nanti makin pening. 😂

Pilih satu yang nak selesaikan yang mana dulu. Buat sikit-sikit, asalkan bergerak. Kalau cara sebelum ni tak menjadi, kita cuba cara lain.

Macam dalam gambar ni.

Stay focused, never give up, one step at a time. 💪

Tak yah tunggu tahun baru nak sambung usaha. Hari ni pun boleh!

Korang tengah kejar target apa sebelum habis tahun ni? Cuba kongsi sikit. 🔥

28/09/2026

Kalau leader cuti tiga hari je dan operasi dah mula perlahan, itu tanda team terlalu bergantung pada seorang.

Kerja mungkin dah diagihkan, tapi team masih tak pasti sejauh mana diorang boleh bertindak sendiri. Keputusan mana yang boleh terus buat, bila kena rujuk leader, siapa ambil alih bila leader takde.

Semua ni kena jelas. Delegate bukan setakat cakap "awak handle ya". Kena ada standard kerja, had kuasa dan tanggungjawab yang semua orang faham.

Leader yang kuat bukan yang kena ada setiap masa. Bila dia takde pun, operasi tetap jalan macam biasa.

Kalau owner cuti seminggu, bisnes korang boleh jalan tak? 👇

24/09/2026

23 September 2026 | Chabang Tiga, Kuala Terengganu,

PERTEMUAN STRATEGI MARKETING & FB ADS

Alhamdulillah, berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pihak Al Fateh Mumtaz bagi membincangkan strategi marketing dan Facebook Ads untuk 4 buah cawangan.

📍 Dungun
📍 KP Perdana, Kuala Terengganu
📍 Gong Badak
📍 Bukit Payong

Al Fateh Mumtaz menawarkan kelas pengajian untuk pelajar dalam beberapa bidang utama:
📖 Al-Quran
✍️ Jawi
🌙 Bahasa Arab
📚 UPKK

Perbincangan kali ini lebih kepada bagaimana kita boleh menyusun strategi pemasaran mengikut lokasi, sasaran ibu bapa dan keperluan setiap cawangan, khususnya melalui kempen Facebook Ads.

🎯 Fokusnya bukan sekadar mendapatkan reach atau likes, tetapi bagaimana iklan dapat membawa prospek yang berkualiti → pertanyaan → pendaftaran pelajar.

Marketing yang baik bukan sekadar “buat iklan”.

Ia perlu ada strategi, sasaran, mesej yang tepat, kandungan yang menarik dan sistem follow-up yang konsisten.

Insya-Allah, semoga usaha ini membantu Al Fateh Mumtaz memperkenalkan program mereka kepada lebih ramai ibu bapa dan membuka lebih banyak peluang pendidikan buat anak-anak.

Bina ilmu. Bina generasi. Bina masa depan. 🌱

23/09/2026

Siapa yang mencari tempat untuk kursus, bengkel atau mesyuarat kecil sekitar Kuala Terengganu?

Dewan HDTC di Chabang Tiga boleh muat sampai 35 orang. Dewan berhawa dingin, dan whiteboard serta mic dah disediakan. Harga yang kami beri tu harga penuh, tak ada caj lain yang dikenakan.

Sesuai untuk latihan guru, program sekolah atau tadika, mesyuarat dan sesi brainstorming.

Nak tanya tarikh atau datang tengok dewan dulu, boleh sahaja hubungi nombor dibawah.

📲WhatsApp Cik Aqilah di 010-981 9585.

23/09/2026

22 September 2026 | Chabang Tiga, Kuala Terengganu

Alhamdulillah, selesai dah sesi training Basic Accounting semalam di HD Training Centre

Sesi yang dikendalikan oleh Ustaz Asyraf sendiri berkaitan basic accounting.

Ramai sebenarnya yang buat bisnes ni dah lama tahu kena susun akaun, tapi tak tahu nak mula dari mana. Duit masuk keluar semua campur, last-last tak tahu untung ke rugi.

Semalam kita bawa balik ke asas. Simple je, tapi yang simple nilah yang ramai skip.

Semoga sesi ini memberi manfaat serta menjadi langkah ke arah pengurusan kewangan yang lebih cekap dan tersusun. 🤝📊

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

No 37, Floor 2,/, Jalan Chabang Tiga, Pusat Komersial Chabang Tiga
Kuala
21000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HD Training posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuala.