KAYZ CAR RENTAL
Our Services including transportation with or with out driver for vip event, wedding day & accomodation Car Rental Services
01/05/2026
๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ | ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ, ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ณ ๐ญ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ & ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป
Dengan berakhirnya Ramadhan hari ini, esok Aidilfitri hadir sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menahan diri dari lapar dan dahaga. Ramadan juga mendidik jiwa agar lebih sabar, menundukkan nafsu serta memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Di hari yang mulia ini, marilah kita membuka lembaran baharu dengan hati yang bersih, saling memaafkan serta mengeratkan kembali silaturahim yang mungkin terlerai. Setiap kesilapan menjadi pengajaran, setiap kemaafan menjadi penawar kepada sebuah kehidupan yang lebih damai.
Semoga Syawal yang menjelma membawa keberkatan, kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadikanlah Aidilfitri ini sebagai permulaan untuk terus menyemai nilai kebaikan, menjauhi segala perkara yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.
Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya di pagi hari,
Syawal menjelang menyucikan hati,
Maaf dipohon ikhlas diberi.
06/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran
Al-Quran merupakan mukjizat teragung Rasulullah SAW, diturunkan dalam bulan mulia Ramadan. Wahyu pertama merupakan ayat 1 surah Al-'Alaq yang menyeru umat manusia untuk membaca. Ilmu ditekankan atas umat Islam untuk dicari tanpa henti agar hidup lebih bermanfaat kepada diri sendiri dan juga ummah.
18/02/2026
Selamat datang Ramadhan Al Mubarak 2026M/1447H
16/02/2026
Happy Chinese New Year
_โNikmat Allah tidak selalu besar di mata manusia, tetapi kehilangannya mampu membuat kita rebah.โ_
ยป *Allah berfirman*
*โDan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.โ*
((๐ Surah Ibrahim: 34))
_Nikmat kecil seperti nafas, waktu, kesihatan, dan ketenangan hati sering dipandang biasa, sedangkan nilainya tidak ternilai. Bahkan jika kamu meminta nikmat itu dari manusia hebat pun, nescaya tiada seorang pun manusia yang mampu._
๐๏ธโจ
31/12/2025
2026๐ฅฐ๐ฅฐ๐ฅฐ
19/12/2025
Cuti sekolah bermula dalam beberapa minit sahaja lg. Mode cuti2 Malaysia diaktifkan. Boleh hubungi team kami utk tempahan kereta sewa. Kami menawarkan pelbagai jenis model blh risik2 ye ๐
www.wasap.my/60179220619/KayzCarRental
20/10/2025
Happy Deepavali โค๏ธ
03/10/2025
Duit RM1 dan RM100 sama-sama dicetak oleh Bank Negara tetapi berpisah selepas keluar dari bank. Beberapa bulan kemudian, mereka bertemu semula dalam dompet seorang pemuda.
RM100 hairan kenapa RM1 lusuh dan kotor dan bertanya kepadanya. RM1 menjawab kerana sering berpusing di tangan buruh, penjaja, pengemis dan orang susah. Sebaliknya, RM100 p**a berbangga kerana dirinya sentiasa 'bersih' kerana hanya berada di restoran mewah, kompleks membeli-belah dan hotel bertaraf tinggi.
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau brada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Eh...Belum pernah"
RM1 pun berkata... "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kerana aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi aku dipandang sebagai sebuah manfaat.
Akhirnya RM100 tersentuh, sedar walaupun dirinya bernilai tinggi tetapi kurang memberi manfaat.
Pengajarannya, kita jangan sombong dengan pangkat atau kedudukan. Kadangkala sesuatu yang kecil dan dipandang rendah lebih banyak memberi kebaikan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Jalan Cengal 4/1 Taman Malawati Jaya
Kuala Selangor