Multiracial Reverted Muslims - MRM

Multiracial Reverted Muslims - MRM

Share

MRM is an Islamic NGO focusing on sharing the true teachings of Islam & guiding New Muslims.

11/06/2026

Mualaf ibarat bayi yang baru belajar merangkak. Bimbinglah mereka sebagaimana kita mendidik anak-anak kecil kita.

11/06/2026

Ada yang sedang mengejar impian.
Ada yang sedang mengejar cinta.
Ada yang sedang mengejar kejayaan.

Tetapi akhirnya semua manusia sedang mencari perkara yang sama:
Makna dan tujuan hidup.

Jika anda mempunyai persoalan tentang Tuhan, Islam atau tujuan kewujudan manusia, kami sedia mendengar.
πŸ“ Jumpa kami di lokasi tertera.

Kerana satu perbualan yang ikhlas boleh mengubah seluruh arah kehidupan seseorang.

10/06/2026

Basic Islamic Class 101

This FREE Islamic course is designed to teach you basic Islamic Knowledge and Muslim beliefs. Study Islam online/onsite to learn the true and beautiful teachings of Islam.

Learning Outcomes:

1. Understand how to seek religious knowledge

2. Learn the basics of Islamic beliefs: so you know what we believe about Allah, His Messengers, the Hereafter, etcβ€”and why

3. Learn how Muslims make their daily worshipβ€”purification and prayer

Non-Muslims and New Muslims who want to start their journey of gaining basic knowledge about Islam should start with this course.

Whatsapp us at +6010 355 6768 for registration.

Photos from Multiracial Reverted Muslims - MRM's post 09/06/2026

Adakah kepercayaan kepada Tuhan sekadar ikut warisan keluarga, atau perlu dinilai dengan akal dan bukti?

Jom ikuti perbualan Adam dan Mingze tentang mengapa konsep Tuhan perlu logik dan masuk akal.

09/06/2026

Iqra' - Quran Recitation

This FREE course will focus on mastering the letters of the Arabic Alphabet, including their sounds and shapes. We also cover the basic rules of Tajweed to improve your pronunciation and recitation of the Holy Quran.

Learning the proper way of reciting the Quran is one of the most important steps that must be taken initially to start the journey of learning the Quran.

Join this class and take the first step in the fulfilling and rewarding habit of lifelong reading of the Holy Qur’an, InsyaAllah.

Whatsapp us at +6010 355 6768 for registration.

Photos from Multiracial Reverted Muslims - MRM's post 08/06/2026

[β€œKeluarga Saya Ugut Saya Keluar Islam Jika Mahu Diterima Semula Sebagai Anak”]

β€œSaya mendapat tentangan yang teruk daripada keluarga. Sehinggakan diugut untuk keluar Islam semula hanya untuk diterima sebagai keluarga.”

2 tahun memeluk islam tetapi pelbagai ujian yang sedang ditanggung oleh beliau.

Lalu saya bertanya kepadanya,

"Jadi bagaimana sekarang? Kuat awak lalui semua ini"

Beliau membalas

"Haza min fadli rabbi. Semua dengan bantu Allah. Alhamdulillah. Saya bersyukur saya diberi kekuatan"

Allahu Akbar. Terdiam sejenak memuhasabah diri.

Semalam kami berpeluang membawa beberapa sahabat Belum Muslim dan juga Mualaf melawat Masjid Seri Sendayan.

Bagi sebahagian daripada kita yang lahir sebagai Muslim, mungkin lawatan ke masjid adalah perkara biasa.

Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang Mualaf yang merupakan satu-satunya Muslim dalam keluarganya?

Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang wanita yang dikelilingi ahli keluarga Belum Muslim tetapi perlu berjalan sendirian menuju masjid?

Atau bagaimana perasaan seorang wanita Belum Muslim yang selama ini hanya melihat masjid dari luar tetapi tidak pernah berpeluang melihat sendiri apa yang berlaku di dalamnya?

Salah seorang peserta berkata,

β€œKeliling saya adalah non-Muslim. Saya tidak ada rakan untuk melakukan ibadah solat bersama. Ini adalah kali pertama saya dapat ke masjid.”

Bayangkan.

Kita membesar dengan azan, surau dan masjid di sekeliling kita.

Tetapi ada saudara kita yang memeluk Islam tanpa mempunyai seorang pun ahli keluarga Muslim untuk menemani mereka ke masjid.

The pain is real.

Walaupun membesar di Malaysia, ada antara mereka yang tidak pernah melangkah masuk ke dalam masjid.

Bukan kerana mereka membenci Islam.

Tetapi kerana mereka tidak pernah mempunyai ruang yang selamat untuk bertanya, melihat dan memahami.

Antara yang menyentuh hati saya apabila seorang peserta berkata,

β€œSaya Kristian, tetapi hati saya dekat dengan Islam. Saya percaya Allah sebagai satu-satunya Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir.”

Sebagai seorang ibu, beliau teruskan pertanyaan,

β€œAnak saya seorang Kristian. Saya tidak memaksa dia menerima Islam. Tetapi bolehkah saya membawanya ke masjid selepas ini? Saya mahu dia sendiri merasai dan memahami Islam.”

Bukankah setiap manusia berhak mencari kebenaran?

Bukankah setiap manusia berhak bertanya tanpa dihukum?

Bukankah setiap manusia berhak memahami Islam daripada sumber yang betul, bukan daripada persepsi dan sangkaan?

Sebab itulah MRM berusaha menyediakan ruang yang selamat untuk Belum Muslim dan Mualaf.

Ruang untuk bertanya.

Ruang untuk berkongsi.

Ruang untuk belajar.

Ruang untuk tidak merasa keseorangan dalam perjalanan mengenali Islam.

Kerana kadangkala, seseorang tidak memerlukan seribu hujah.

Mereka hanya memerlukan seseorang yang sudi menemani mereka melangkah masuk ke dalam masjid buat kali pertama.

Bagi wanita Belum Muslim atau yang ingin mengenali Islam atau melawat masjid bersama kami, boleh WhatsApp Admin MRM di 010-355 6768.

Bagi para Mualaf wanita yang sedang berdepan cabaran, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Kami sentiasa bersedia untuk berjalan bersama anda.

Empowering Women, Changing Lives.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa
Kuala Lumpur & Selangor
5648 1052 0353

08/06/2026

Jodoh itu rahsia Allah β€” dipertemukan pada waktu yang tepat, dengan cara yang terbaik. Tidak ada yang datang terlalu cepat atau terlalu lambat, kerana setiap pertemuan telah diatur dengan penuh hikmah.

Photos from Multiracial Reverted Muslims - MRM's post 29/05/2026

Sebelum menuduh Islam kejam kerana mengamalkan penyembelihan, mari kita lihat terlebih dahulu: adakah agama-agama lain juga mengamalkan penyembelihan haiwan?

Dan antara semuanya, kaedah manakah yang sebenarnya lebih ihsan serta menjaga kebajikan haiwan?

29/05/2026

Allah SWT menghendaki kemudahan dan bukan kesukaran bagi hamba-Nya. Pentingnya mempelajari fiqh mualaf agar kita dapat membimbing mualaf yang baru mula belajar tentang Islam.

27/05/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban atau laungan takbir yang bergema di pagi raya.

Ia adalah tentang keikhlasan dalam memberi, keteguhan hati dalam berkorban, dan ketaatan penuh kepada Allah SWT.

Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi asbab rahmat serta keberkatan buat seluruh keluarga.

Buat para tetamu Allah yang sedang menunaikan ibadah Haji, kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

Buat semua yang melaksanakan ibadah korban, semoga setiap titisan pengorbanan membawa manfaat, menyuburkan kasih sayang sesama insan, dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Semoga Aidiladha tahun ini mengajar kita untuk terus bersabar, bersyukur, dan ikhlas dalam setiap ujian serta rezeki yang Allah kurniakan.

β€œDan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban… supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.”

(Surah Al-Hajj: 22:23)

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Multiracial Reverted Muslims, No 12-1, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Klang, Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30