Key 2B happy
Nearby non profit organizations
8-A, Lorong Chow Kit, 4, Jalan Raja Laut
Matching Hobby/interest to career share knowledge on how to find a job which you enjoy doing at the same time generate income thus make us happy
18/04/2026
Bismillah...Yg paling Penting...
Tinggal ahli keluarga yg kenal Allah, ingat Allah, beramal kerana Allah
Insya Allah kita akan berjaya berkumpul di syurga yg kekal abadi
Terima kasih atas perkongsian
Kita selalu fikir tentang diri kita.
Tentang amal kita.
Tentang dosa kita.
Tentang apa yang kita akan bawa bila kita mati nanti.
Kita risau… cukup ke semua tu?
Tapi ada satu benda… yang jarang kita betul-betul fikir.
Kalau kita pergi dulu…
apa yang tinggal untuk keluarga kita?
Kita sibuk cari rezeki.
Kita pastikan rumah cukup, makan cukup, pakaian cukup.
Tapi kita lupa satu perkara…
cukup ke agama dalam rumah kita?
Anak kita tahu dunia…
tapi kenal ke Rabb dia?
Pasangan kita hidup selesa…
tapi kuat ke hubungan dia dengan Allah?
Kita ajar mereka macam-macam untuk hidup…
tapi kita ajar tak mereka… untuk mati?
Sebab satu hari nanti…
kita pasti akan pergi. Pasti. Samda kita s**a, ataupun tidak s**a… kita pasti akan pergi..
Dan waktu tu… kita tak boleh dah pegang tangan mereka..
Tak boleh dah nasihat.
Tak boleh dah betulkan arah.
Kalau selama ini kita tak tinggalkan agama dalam hidup mereka…
mungkin bukan kita saja yang hilang arah,
tapi seluruh keluarga kita akan terhuyung-hayang.
Dan itu yang paling menakutkan.
Bukan kita mati dalam keadaan kosong…
tapi kita tinggalkan orang yang kita sayang,
tanpa pegangan.
Sebab itu sebenarnya tanggungjawab kita bukan sekadar pada diri sendiri.
Tapi pada setiap jiwa yang Allah amanahkan di bawah jagaan kita.
Rezeki… boleh kita tinggalkan.
Harta… boleh kita wariskan.
Tapi kalau agama kita tak sempat tanam dalam hati mereka…
apa yang akan selamatkan mereka nanti?
Kadang-kadang…
yang perlu kita betulkan bukan dunia di luar sana.
Tapi arah dalam rumah kita sendiri.
Sebelum satu hari nanti…
kita pergi…
dan semua yang kita tinggal…
tak cukup untuk membawa mereka kembali kepada Allah.
Dan kalau ada satu harapan dalam hati kita…
bukanlah supaya keluarga kita jadi sempurna.
Tapi cukuplah…
bila kita dah tak ada nanti,
mereka masih tahu jalan pulang.
Masih tahu sujud.
Masih tahu bergantung.
Walaupun kita tiada…
mereka tetap ada Allah.
Dan mungkin…
itulah warisan paling besar
yang kita boleh tinggalkan.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
18/04/2026
Bismillah...muhasabah diri
Kita tahu, Ujian setiap dari kita semua berbeza..
Apa yg bergolak dalam diri kita semua juga berbeza
Apa yg mengganggu fikiran kita juga berbeza
Semua orang tak boleh lari dari keadaan ni..
Kita juga insan yg penuh dgn dosa yg dulu, yg sekarang Dan yg akan datang
Hanya Allah yg Maha mengetahui segala nya
Cuma... Kita berharap agar Allah SWT tidak tinggalkan saya dalam keadaan berdosa
Saya berdoa....
Agar Allah ampunkan dosa dan sentiasa tunjukkan saya jalan yg benar
Jika saya berada di persimpangan, dgn penuh harapan, says bermohon agar di pimpin saya ke arah yg Allah redho
Saya sedar, diri ini tersangat lemah, tanpa bantuan Allah yg Maha kuat, saya tak mampu berbuat apa2
Yaa Allah
Yaa Rahman
Yaa Rahim
bantu lah kami dalam menjalani hidup ini agar sentiasa berada dalam rahmat mu
Jangan lah kau tinggal kan kami berbuat apa2 keputusan tanpa petunjuk dari mu
Semoga kita semua sentiasa mengingati dan muhasabah diri, merenung setiap peristiwa yg terjadi, mengambil iktibar, Ibrah dan hikmah dari nya, insya Allah
Semoga kita termasuk dalam golongan orang bersyukur dgn segala nikmat Dan bersabar atas segala ujian
Aameen yaa rabbal aalameen
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
50, Jalan Setiawangsa 2
Kuala Lumpur
54200
18/12/2025