Hishamuddin Hashim

Hishamuddin Hashim

Share

Peguambela & Peguamcara | Setiausaha Agong MHO. Memberikan nasihat undang-undang & akses kepada keadilan dengan memastikan kesamarataan di sisi undang-undang.

18/06/2026

Agreement dengan ahlong adalah tidak sah di sisi undang-undang

→→→→→→
Hubungi kami ditalian : 019 538 0000 atau whatsapp ke https://wa.me/60195380000

Group MHO Friendship : https://chat.whatsapp.com/KrpqqUxaewY8AkOxhkPpLw
Group Stop Bayar Ahlong : https://chat.whatsapp.com/H4y3x7yw75NHpjrNXUGmPs
Group Mangsa Penipuan Permit : https://chat.whatsapp.com/JSDUcVOFNUe44GFtzdrxoS
Group untuk Join MHO Family : https://chat.whatsapp.com/HQyBcFUvW9HFXtleg3ngMD
Group Jana Pendapatan Bersama MHO : https://chat.whatsapp.com/HF2yPgB57daIenqqNWd090

Follow social media ☞☛☞☛
➾ tiktok : https://www.tiktok.com/
➾ instagram : https://www.instagram.com/ihishamuddinhashim


Disclaimer / Penafian:
Dengan Ini Dinyatakan Secara Rasmi Iaitu Apa-Apa Perkara Berkaitan Penafian Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) Bahawa Apa-Apa Penyataan Atau Apa-Apa Material Rasmi Lagi Sah Yang Rasmi Hanya Daripada Penyataan Atau Material Yang Dibuat Atau Dikeluarkan Oleh Setiausaha Agong MHO Sahaja, Mana-Mana Penyataan Yang Dibuat Oleh Mana-Mana Orang Termasuk Mana-Mana Ahli MHO Adalah Bukan Dibawah Tanggungjawab MHO.

17/06/2026

Mengapa Isu STATELESS semakin panas???

17/06/2026

Kami amat menghargai inisiatif pantas ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Lim Jit Huey, Ketua Polis Daerah Klang Selatan dan semua Pegawai Penyiasat yang terlibat kerana telah bertindak proaktif memulakan siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Terima kasih kami ucapkan kerana telah memberikan kerjasama penuh dalam melancarkan urusan laporan pengadu.

→→→→→→

Hubungi kami ditalian : 019 538 0000 atau whatsapp ke https://wa.me/60195380000

Group MHO Friendship : https://chat.whatsapp.com/KrpqqUxaewY8AkOxhkPpLw
Group Stop Bayar Ahlong : https://chat.whatsapp.com/H4y3x7yw75NHpjrNXUGmPs
Group Mangsa Penipuan Permit : https://chat.whatsapp.com/JSDUcVOFNUe44GFtzdrxoS
Group untuk Join MHO Family : https://chat.whatsapp.com/HQyBcFUvW9HFXtleg3ngMD
Group Jana Pendapatan Bersama MHO : https://chat.whatsapp.com/HF2yPgB57daIenqqNWd090

Follow social media ☞☛☞☛
➾ tiktok : https://www.tiktok.com/
➾ instagram : https://www.instagram.com/ihishamuddinhashim


Disclaimer / Penafian:
Dengan Ini Dinyatakan Secara Rasmi Iaitu Apa-Apa Perkara Berkaitan Penafian Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) Bahawa Apa-Apa Penyataan Atau Apa-Apa Material Rasmi Lagi Sah Yang Rasmi Hanya Daripada Penyataan Atau Material Yang Dibuat Atau Dikeluarkan Oleh Setiausaha Agong MHO Sahaja, Mana-Mana Penyataan Yang Dibuat Oleh Mana-Mana Orang Termasuk Mana-Mana Ahli MHO Adalah Bukan Dibawah Tanggungjawab MHO.

16/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H.

Semoga tahun baru ini membawa rahmat, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

16/06/2026

Kelas Pengurusan Kes Ahlong oleh Bekas Pegawai PDRM dan Pegawai Pendakwa

Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Osmar, Bekas Pegawai PDRM dan Pegawai Pendakwa sebagai speaker jemputan dan disertai oleh pengurus kes MHO berkaitan kes ahlong.

Program ini turut memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan kes dan siasatan polis supaya pengurus kes dapat menguruskan kes mangsa ahlong melalui pengalaman siasatan polis.

Diharapkan program ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kes ahlong, seterusnya dapat memudahkan semua agensi siasatan melalui report yang lebih bersistematik dan teratur.

→→→→→→

Hubungi kami ditalian : 019 538 0000 atau whatsapp ke https://wa.me/60195380000

Follow social media ☞☛☞☛
➾ tiktok : https://www.tiktok.com/
➾ instagram : https://www.instagram.com/ihishamuddinhashim


Disclaimer / Penafian:
Dengan Ini Dinyatakan Secara Rasmi Iaitu Apa-Apa Perkara Berkaitan Penafian Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) Bahawa Apa-Apa Penyataan Atau Apa-Apa Material Rasmi Lagi Sah Yang Rasmi Hanya Daripada Penyataan Atau Material Yang Dibuat Atau Dikeluarkan Oleh Setiausaha Agong MHO Sahaja, Mana-Mana Penyataan Yang Dibuat Oleh Mana-Mana Orang Termasuk Mana-Mana Ahli MHO Adalah Bukan Dibawah Tanggungjawab MHO.

16/06/2026

MHO hadir memohon maklum balas permohonan NCR

"Kami bayar habis, tapi tanah tak pernah jadi milik kami" – Kak Siti - Harapan Daily 16/06/2026

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Siti (bukan nama sebenar) tampil berkongsi pengalaman pahit apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam urusan pembelian lot tanah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang yang telah berlanjutan lebih sedekad tanpa penyelesaian.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Siti (bukan nama sebenar) tampil berkongsi pengalaman pahit apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam urusan pembelian lot tanah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang yang telah berlanjutan lebih sedekad tanpa penyelesaian. Ketika sidang media yang dianjurkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Kak Siti menunjukkan dokumen berkaitan pembelian tanah sambil memegang kunci yang pernah diberikan oleh individu yang didakwa menjual lot tanah tersebut sebagai simbol harapan yang tidak kesampaian.

Ketika sidang media yang dianjurkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Kak Siti menunjukkan dokumen berkaitan pembelian tanah sambil memegang kunci yang pernah diberikan oleh individu yang didakwa menjual lot tanah tersebut sebagai simbol harapan yang tidak kesampaian. Menurut beliau, urusan pembelian tanah itu bermula pada tahun 2015 selepas diperkenalkan kepada seorang individu yang mengaku sebagai pemilik tanah dan menawarkan beberapa lot tanah pada harga yang dianggap berpatutan.

“Kami memang sedang mencari tanah untuk dibeli. Seorang kawan memperkenalkan kami kepada individu itu yang mendakwa dia pemilik tanah berkenaan. Kami pergi melihat sendiri lokasi tanah di Tasik Gelugor dan tertarik dengan tawaran yang diberikan,” katanya. Beliau berkata, penjual tersebut membenarkan bayaran dibuat secara ansuran selama dua tahun dan sering meminta bayaran tambahan atas alasan memerlukan wang segera, malah menawarkan diskaun tertentu kepada pembeli yang membuat bayaran lebih awal.

“Walaupun belum cukup tempoh dua tahun, kami sudah habis menjelaskan bayaran. Selepas itu kami mahu melihat sempadan tanah dan menggunakan tanah yang dibeli, tetapi pelbagai alasan diberikan. Dia berjanji akan membersihkan kawasan tanah dan menunjukkan lot masing-masing, namun janji itu tidak pernah ditunaikan,” katanya. Kak Siti berkata, titik perubahan berlaku apabila beliau bersama beberapa pembeli lain pergi ke kawasan tanah berkenaan dan bertemu dengan sepasang suami isteri yang memaklumkan bahawa tanah tersebut sebenarnya telah mempunyai pemilik.

“Mereka bertanya kami datang untuk apa. Bila kami tunjuk kawasan tanah yang kami beli, mereka kata semua tanah di situ sudah ada tuan dan tiada lot yang belum dijual. Dari situlah kami mula sedar ada sesuatu yang tidak kena,” katanya. Lebih mengejutkan, beliau kemudiannya bertemu dengan individu lain yang turut mendakwa sebagai pemilik sah tanah berkenaan.

“Dari situlah kami tahu ramai orang sudah mencari individu tersebut kerana menghadapi masalah yang sama. Kami percaya kami telah ditipu,” katanya. Menurut Kak Siti, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada penjual terbabit juga gagal apabila individu berkenaan sering menukar nombor telefon, mengelak pertemuan dan gagal menunaikan janji untuk memulangkan wang pembeli. Beliau turut mendakwa pernah diminta menarik balik laporan polis yang dibuat pada tahun 2018 dengan janji wang akan dipulangkan.

“Dia minta saya tarik balik laporan polis terlebih dahulu. Saya kata kalau benar mahu pulangkan wang, mari ke balai polis dan selesaikan di sana. Tetapi janji itu juga tidak ditunaikan,” katanya. Kak Siti menjelaskan bahawa hasil semakan mendapati tanah tersebut merupakan tanah geran kongsi dan individu yang menjual lot berkenaan hanya memiliki sebahagian kecil pegangan dalam geran tersebut. “Dalam geran itu ada ramai pemilik lain. Individu tersebut hanya salah seorang daripada pemilik bersama, tetapi dia didakwa menjual lot-lot tanah tanpa persetujuan pemilik lain,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan siasatan selepas laporan polis dibuat pada 31 Ogos 2018. “Hampir lapan tahun berlalu tetapi jawapan yang kami terima masih sama, iaitu kes masih dalam siasatan. Kami sudah berkali-kali hadir mendapatkan maklumat, namun tiada perkembangan yang meyakinkan,” katanya. Menurut beliau, kali terakhir berjaya berhubung dengan individu terbabit adalah sekitar tahun 2021 selepas pandemik COVID-19 sebelum suspek terus menghilangkan diri.

Sehubungan itu, Kak Siti berharap pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan memberikan penyelesaian kepada mangsa-mangsa yang terlibat. “Kami bukan menunggu setahun dua, tetapi sudah lebih sedekad sejak membeli tanah ini dan hampir lapan tahun sejak laporan polis dibuat. Kami hanya mahu keadilan dan kepastian tentang nasib wang serta tanah yang kami beli,” katanya.

"Kami bayar habis, tapi tanah tak pernah jadi milik kami" – Kak Siti - Harapan Daily FOTO BERITA: Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Siti (bukan nama sebenar) tampil berkongsi pengalaman pahit apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam urusan pembelian lot tanah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang yang telah berlanjutan lebih sedekad tanpa penyelesaian. Seorang mangs...

Lima mangsa dakwa ditipu, rugi lebih RM100,000 dalam urusan jual beli tanah | Berita Harian 16/06/2026

Lima individu mendakwa menjadi mangsa penipuan urusan jual beli tanah membabitkan kerugian keseluruhan melebihi RM100,000.

Mangsa dipercayai diperdaya seorang individu yang menawarkan beberapa bidang tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pada harga murah menerusi bayaran secara ansuran.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 55, berkata, kegiatan itu terbongkar selepas dia dan suaminya meminta individu berkenaan membawa mereka melihat tanah yang dibeli sebaik sahaja pembayaran penuh dibuat.

Menurutnya, individu itu bagaimanapun memberikan pelbagai alasan tidak munasabah dan sukar dihubungi apabila mereka mengajaknya meneruskan proses pertukaran hak milik di Pejabat Tanah.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dan suami kemudian mengambil keputusan untuk meninjau sendiri lokasi tanah berkenaan sebelum dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa tanah itu sudah dimiliki pihak lain.

"Saya pergi sendiri ke kawasan tanah berkenaan bersama suami saya. Di situ kami bertemu sepasang suami isteri yang memaklumkan bahawa tanah tersebut sebenarnya sudah mempunyai pemilik dan tiada lot seperti yang dijanjikan kepada kami.

"Mereka kemudian mempertemukan kami dengan individu yang mendakwa sebagai pemilik tanah sebenar.

"Ketika itulah kami mula menyedari kemungkinan kami telah ditipu," katanya dalam sidang media di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini.

Menurut Siti yang juga seorang peniaga, dia diperkenalkan kepada individu terbabit oleh seorang kenalan pada 2015.

Katanya, individu tersebut didakwa menawarkan bidang tanah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang dengan keluasan sekitar 2,000 kaki hingga 3,000 kaki persegi, selain membenarkan bayaran dibuat secara ansuran.

Siti berkata, kadangkala individu itu turut meminta bayaran dipercepatkan dengan alasan memerlukan wang dan sebagai galakan, dia juga menawarkan potongan harga.

"Saya dengan suami membayar sekitar RM20,000 secara ansuran dalam tempoh dua tahun dan selesai lebih awal dari yang dijanjikan.

"Selepas pembayaran selesai, kita ingin melihat dan menggunakan tanah tersebut. Namun pelbagai alasan diberikan apabila kita minta sempadan tanah ditunjukkan dan kawasan dibersihkan," katanya.

Menurut Siti, susulan kejadian itu, mereka bertindak membuat laporan polis pada 31 Ogos 2018 namun sehingga kini masih tiada perkembangan lanjut daripada pihak polis.

"Kita sudah berulang kali pergi ke balai polis dan jawapan yang diterima hanyalah bahawa kes masih dalam siasatan.

"Kita hanya ingin mengetahui sejauh mana perkembangan kes ini dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Harapan kami kepada Ketua Polis Daerah supaya kes ini dapat diberi perhatian dan diselesaikan secepat mungkin kerana kami telah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan keadilan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan sewajarnya dan menjalankan satu siasatan menyeluruh terhadap individu berkenaan dengan segera.

Menurut beliau, permasalahan itu bermula sejak 2016 dan mangsa hanya membuat laporan polis pada 2018 selepas tempoh pembayaran ansuran selama dua tahun tamat.

Katanya, sehingga kini mangsa mendakwa masih belum menerima sebarang perkembangan memuaskan berhubung laporan yang dibuat.

"Mangsa terkilan dan kecewa kerana tiada tindakan yang sewajarnya diambil walaupun laporan polis telah dibuat sejak beberapa tahun lalu.

"Malah, peguam yang dilantik mangsa turut mengemukakan surat di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak polis, namun tiada maklum balas diterima berhubung aduan berkenaan," katanya.

Menurut Hishamuddin, tanah berkenaan juga didakwa dikongsi oleh beberapa nama pemilik lain, bukan dimiliki sepenuhnya oleh individu tersebut.

Lima mangsa dakwa ditipu, rugi lebih RM100,000 dalam urusan jual beli tanah | Berita Harian KUALA LUMPUR: Lima individu mendakwa menjadi mangsa penipuan urusan jual beli tanah membabitkan kerugian keseluruhan melebihi RM100,000.

Lima mangsa ditipu lebih RM100,000 urusan jual tanah 16/06/2026

MHO menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan penipuan urusan jual beli tanah yang menyebabkan lima individu mengalami kerugian keseluruhan melebihi RM100,000.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa mendakwa diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan beberapa bidang tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada harga murah menerusi skim bayaran secara ansuran.

Beliau berkata, kes berkenaan dipercayai bermula sekitar 2016 dan mangsa hanya membuat laporan polis pada 2018 selepas menyelesaikan tempoh pembayaran ansuran selama dua tahun.

Menurutnya, mangsa mula menyedari berlaku penipuan selepas meminta individu berkenaan membawa mereka melihat tanah yang dibeli bagi tujuan urusan pertukaran hak milik.

“Bagaimanapun, pelbagai alasan diberikan dan mangsa kemudiannya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke lokasi tanah tersebut.

“Hasil semakan yang dibuat, mangsa dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa tanah berkenaan sebenarnya sudah dimiliki pihak lain dan lot yang dijanjikan kepada mereka tidak wujud,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas sidang media di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata, salah seorang mangsa mendakwa telah diperkenalkan kepada individu terbabit oleh seorang kenalan pada 2015 sebelum ditawarkan lot tanah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang dengan keluasan antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi.

Katanya, mangsa turut mendakwa membuat bayaran secara ansuran dan menyelesaikan pembayaran lebih awal daripada tempoh yang dijanjikan.

“Mangsa terkilan dan kecewa kerana tiada tindakan yang sewajarnya diambil walaupun laporan polis telah dibuat sejak beberapa tahun lalu.

“Malah, peguam yang dilantik mangsa turut mengemukakan surat di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak polis, namun tiada maklum balas diterima berhubung aduan berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hishamuddin menggesa PDRM menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang didakwa terlibat bagi memastikan mangsa memperoleh keadilan.

Beliau turut mendakwa tanah yang ditawarkan itu dikongsi oleh beberapa nama pemilik lain dan bukannya dimiliki sepenuhnya oleh individu yang menawarkan urusan jual beli berkenaan.

Lima mangsa ditipu lebih RM100,000 urusan jual tanah Menurutnya, mangsa mula menyedari berlaku penipuan selepas meminta individu berkenaan membawa mereka melihat tanah yang dibeli bagi tujuan urusan pertukaran hak milik.

'Tanah itu sudah mempunyai pemilik dan pemilik sebenar adalah individu lain' | Harian Metro 16/06/2026

Lima individu mendakwa kerugian keseluruhan RM100,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan urusan pembelian lot tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang didakwa dijual kepada lebih daripada seorang pembeli.

Salah seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Siti, 55, berkata, dia diperkenalkan kepada individu terbabit oleh rakannya ketika sedang mencari tanah untuk dibeli pada 2015.

Menurut peniaga itu, individu berkenaan menawarkan tanah berkeluasan kira-kira 2,800 kaki persegi pada harga RM20,000 dengan alasan memerlukan wang.

"Disebabkan harga ditawarkan berpatutan, saya bersetuju membeli tanah itu dan pembayaran dibuat secara ansuran selama dua tahun seperti dipersetujui.

"Bagaimanapun, dalam tempoh itu dia sering menghubungi saya untuk meminta wang lebih awal dengan alasan memerlukan wang segera," katanya pada sidang media di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini, hari ini.

Siti yang berasal dari Bukit Mertajam berkata, setiap kali meminta bayaran, individu terbabit turut menawarkan potongan harga tertentu sehingga mendorongnya menyelesaikan pembayaran lebih awal.

Menurut Siti, dia tidak mengesyaki sebarang penipuan ketika urusan pembelian tanah itu dibuat kerana transaksi jual beli berkenaan disaksikan dan dokumen perjanjian turut ditandatangani di hadapan seorang peguam.

Katanya, selepas pembayaran selesai, dia beberapa kali meminta individu berkenaan menunjukkan sempadan tanah dan membersihkan kawasan berkenaan, namun pelbagai alasan diberikan.

Menurutnya, segalanya terbongkar pada 2017 apabila dia mengunjungi kawasan tanah berkenaan sebelum ditegur sepasang suami isteri yang tinggal berhampiran.

"Mereka memaklumkan tanah itu sudah mempunyai pemilik dan pemilik sebenar adalah individu lain.

"Selepas itu, kami bertemu individu yang mendakwa sebagai pemilik tanah terbabit dan dari situlah kami mengetahui kami dipercayai ditipu," katanya.

Mengulas lanjut, Siti berkata, dia kemudian cuba mendapatkan penjelasan daripada penjual berkenaan, namun individu itu sering mengelak untuk berjumpa selain kerap menukar nombor telefon.

Menurutnya, selepas laporan polis dibuat pada 2018, individu terbabit pernah menghubunginya dan meminta laporan itu ditarik balik dengan janji akan memulangkan wang yang dibayar.

"Dia minta saya tarik laporan dahulu sebelum wang dipulangkan tetapi saya tidak bersetuju dan memintanya datang ke balai polis jika benar mahu menyelesaikan perkara itu.

"Namun sehingga kini janji untuk memulangkan wang tidak pernah ditunaikan dan hubungan terakhir dengannya adalah pada Mac 2021," katanya.

Katanya, dia bersama empat lagi mangsa yang kerugian keseluruhan RM100,000 berharap siasatan kes berkenaan dapat diselesaikan selepas laporan polis dibuat sejak 2018 kerana sehingga kini masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya serta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap individu yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, mangsa sudah membuat laporan berhubung perkara itu dan berharap siasatan dapat dipercepatkan bagi merungkai dakwaan yang dibangkitkan.

"Sebagai agensi penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan melindungi hak rakyat, mangsa percaya PDRM tidak akan memandang enteng perkara ini dan akan memberi perhatian sewajarnya terhadap aduan yang dikemukakan," katanya.

'Tanah itu sudah mempunyai pemilik dan pemilik sebenar adalah individu lain' | Harian Metro Kuala Lumpur: Lima individu mendakwa kerugian keseluruhan RM100,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan urusan pembelian lot tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang didakwa dijual kepada lebih daripada seorang pembeli.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Suite C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00