Muzium Negara RASMI
Laman facebook rasmi Muzium Negara Malaysia
04/06/2026
𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗨: 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧
Kita selalu cakap tentang transformasi perkhidmatan awam tapi realitinya tanpa pembangunan bakat, itu semua menuju angan-anganku musnah akhirnya. The thing is, kita tak pernah kekurangan orang hebat, cuma kadang-kadang kita tak beri mereka ruang untuk mereka jadi hebat. Sayang, kan?
Hakikatnya, sistem boleh terpaling canggih, tapi kalau bakat tidak dibina dan diasah, hasilnya tetap sama. Mesyuarat akan jadi panjang dan meleret, idea banyak tapi tiada siapa berani buat keputusan, tindakan kurang kerana tidak jelas apa yang kita hendak. Pembangunan bakat ni bukan sekadar hantar kursus dan tandatangan kehadiran. Ia tentang membentuk cara berfikir, keberanian membuat keputusan, dan budaya yang tidak takut untuk berubah dan mencabar keselesaan.
Jadi mungkin sudah tiba masanya kita jujur dengan diri sendiri. Adakah kita benar-benar membangunkan bakat, atau sekadar mengurus rutin. Sahabat, kalau kita serius mahu perkhidmatan awam yang tangkas dan dipercayai, cukup-cukuplah bazirkan potensi. Kita mula dengan bina manusia. Sebab akhirnya, bukan sistem yang gagal, kita yang belum cukup berani untuk berubah.
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara
04/06/2026
Kepada para pengunjung yang dihargai,
Dimaklumkan bahawa Galeri Muzik, Muzium Muzik, Jabatan Muzium Malaysia akan ditutup sementara mulai 08 hingga 14 Jun 2026 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja naiktaraf di galeri.
Galeri Muzik akan dibuka semula kepada orang awam pada 15 Jun 2026.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.
:PameranAlat-AlatMuzikTradisionalMalaysia
03/06/2026
03/06/2026
Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas pada 11hb Jun hingga 14hb Jun 2026 ini.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua seperti Pameran Rumah KAMI, 5 Perkampungan Etnik, Pertandingan Sabah Idol, FoodUnites,Jualan MADANI, Pertandingan E-Sports, Larian Negara Bangsa, Persembahan Artis terkenal tanah Air Awie, Estranged, Jaclyn Victor di Konsert Malam Unity Sama-Sama dan ramai lagi.
Bah! Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!!!
Masuk adalah percuma
Jumpa anda di sana!
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Sabah
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
02/06/2026
02 Jun 2026, Selasa - Sekitar program pendidikan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh, Perak di Muzium Negara. Program ini telah melibatkan seramai 41 orang pelajar sekolah berumur 10 hingga 12 tahun dan 4 orang guru pengiring. Para pelajar telah diberi peluang untuk membuat aktiviti kraf DIY STEM Solar Race Car 2 yang dapat merangsang daya imaginasi dan komunikasi dalam suasana yang menyeronokkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Jalan Damansara
Kuala Lumpur
50566
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Tuesday | 09:00 - 16:00 |
| Wednesday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 16:00 |
| Saturday | 09:00 - 16:00 |
| Sunday | 09:00 - 16:00 |