N9 RADAR

N9 RADAR

Share

SELAMAT DATANG KE N9RADAR COMMUNITY . SEBUAH KUMPULAN YG MENYALURKAN INFO TERKINI TRAFIK N9๐Ÿ˜Ž

01/06/2026

๐ŸŽญ N9RADAR UPDATE

๐Ÿ•™ 2011PM | 1 JUN 2026

๐Ÿš— KEMALANGAN KERETA

Dilaporkan berlaku kemalangan selepas Palong 3 menghala ke Palong 4.

โš ๏ธ Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi arahan di lokasi dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

01/06/2026

Bomba usung pendaki 100 kilogram patah kaki di Air Terjun Jeram Perlus

Hulu Langat: Bomba menyelamatkan seorang lelaki berusia 32 tahun seberat 100 kilogram yang cedera dipercayai patah kaki kiri ketika mendaki Air Terjun Jeram Perlus di Hulu Langat, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.58 tengah hari semalam dan tiba di lokasi 1.31 tengah hari.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Ampang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba rakan mangsa menyatakan seorang lelaki cedera pada bahagian kaki dan tidak boleh berjalan ketika melakukan aktiviti mendaki.

"Mangsa anggaran berat 100 hingga 110 kilogram kemudian dibawa turun menggunakan pengusung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun jam 9 pagi ini seterusnya diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Ampang untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: Jun 1, 2026 @ 11:02am
Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]
Kredit โžก๏ธ Harian Metro

01/06/2026

โค๏ธโœ…

Photos from N9 RADAR's post 01/06/2026

Empat maut nahas lima kenderaan

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.16 petang.

Foto JBPM Johor

01/06/2026

๐Ÿ˜†tiber naturelover๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

01/06/2026

Rakaman "dashcam" menunjukkan dua buah kereta yang sedang belumba serta menjadi punca kemalangan maut di Simpang Renggam hati ini 01/06/26.

01/06/2026

Kemalangan melibatkan beberapa buah kereta dilaporkan berlaku di kawasan Jalan Simpang Renggam. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian. Keadaan trafik dijangka bergerak perlahan di laluan terlibat

01/06/2026

๐ŸŽญ N9RADAR REDCODE ACTIVATED ๐Ÿšจ

๐Ÿ“ FELDA PALONG 3

Orang ramai dimohon membantu mengesan seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam di kawasan kebun sawit Felda Palong 3.

๐Ÿง“ Nama: Abdullah Alias (Cik Dollah)
๐Ÿ“ Lokasi terakhir dilihat: Kebun Sawit Felda Palong 3
๐Ÿ๏ธ Maklumat terkini: Motosikal mangsa telah ditemui, namun mangsa masih belum ditemui sehingga kini dan usaha pencarian masih giat dijalankan.

๐Ÿ“ž Jika ternampak atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, sila hubungi:
โ˜Ž๏ธ 010-244 5852 (Keluarga)
โ˜Ž๏ธ 011-243 65286 (Admin N9RADAR)

โš ๏ธ Mohon penduduk sekitar Felda Palong, kawasan kebun, ladang serta orang ramai yang melalui kawasan berhampiran agar lebih peka dan segera menyalurkan maklumat jika terlihat individu ini.

๐Ÿค Tolong sebarkan hebahan ini bagi membantu usaha pencarian.







๐Ÿšจ

01/06/2026

PENGALAMAN 20TAHUN bukan alasan!!

JELEBU - 30/5/2026 Bertindak atas maklumat orang awam, Sepasukan Anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jelebu telah bertindak pantas mengesan serta menahan seorang individu berumur lingkungan 40an yang melakukan aktiviti sukan papan luncur di jalan yang tidak dibenarkan dimana boleh mendatangkan kecederaan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Hasil pemeriksaan lanjut telah membuat rampasan terhadap peralatan yang digunakan untuk meluncur di bawah (SEK 112(3) APJ 1987) dan saman ke atas individu tersebut, dalam hal sesuatu sabitan dibawah Seksyen 41,42,44,45A,45B atau 45c APJ 1987 denda tidak kurang lima ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta Undang-undang yang ditetapkan.

Salurkan maklumat anda..

01/06/2026

lokasi tak diketahui

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur