KRT PR1MA ALAM DAMAI

KRT PR1MA ALAM DAMAI

Share

Kawasan Rukun Tetangga PR1MA Alam Damai | membudayakan perpaduan, meraikan kepelbagaian

26/05/2026

*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026*

“Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang ketaatan dan pengorbanan. Pengorbanan hari ini, keberkatan untuk selamanya.”

Ikhlas dari :
KRT PR1MA ALAM DAMAI

20/05/2026

Rehat bukan tanda kelemahan, tetapi ruang untuk mengisi semula kekuatan diri. Dalam kesibukan mengejar tanggungjawab dan prestasi, jangan lupa memberi waktu untuk tubuh dan minda berehat. Keseimbangan antara kerja, kesihatan dan kehidupan mampu melahirkan individu yang lebih fokus, produktif serta positif dalam menjalani amanah setiap hari. 🌿

20/05/2026

Satu kata-kata yang lembut mampu menyembuhkan hati yang luka, manakala satu kata-kata yang kesat mampu merobek jiwa yang paling kuat. Mesej 'Cakap Baik-Baik' mengajarkan kita bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga medium untuk menyemai kasih sayang dan empati.

Dalam setiap interaksi, sama ada di rumah atau di tempat kerja, pilihlah untuk menggunakan perkataan yang membina, bukan meruntuhkan. Bahasa yang lembut, kuat di jiwa. Jom amalkan .

Mesej ikhlas daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Photos from KRT PR1MA ALAM DAMAI's post 16/05/2026
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

"Di sebalik kejayaan seorang murid, ada guru yang sabar membimbing tanpa mengenal penat."

Guru Bitara,Nadi Negara

Ikhlas dari :
KRT Residensi PR1MA Alam Damai

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

"Semoga setiap titik peluh jadi keberkatan & rezeki yang melimpah. Teruskan usaha supaya kita sentiasa kuat pada masa akan datang!"

Ikhlas dari :
KRT PR1MA Alam Damai

Photos from KRT PR1MA ALAM DAMAI's post 19/04/2026

𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 & 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat serta Majlis Perlantikan Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2026-2029.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Semoga barisan kepimpinan yang baharu ini dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi, komited serta semangat kerjasama demi kebaikan dan kesejahteraan komuniti kita bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua yang hadir dan memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan diberkati.

19/04/2026

✨𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐑𝐓 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝟐𝟎𝟐𝟗 ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa KRT bagi sesi 2026 – 2029.

Semoga dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan yang baharu dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi, komited serta berintegriti demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti kita bersama.

Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam memimpin serta berkhidmat untuk penduduk setempat. 🤝🌟

Photos from KRT PR1MA ALAM DAMAI's post 12/04/2026

Tiada kata selain ucapan jutaan terima kasih buat mereka..

Team baikk dan terbaikkk selamanya...♥️

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Persiaran Bistari, Cheras
Kuala Lumpur
56000