Team Panjut Ribu Official

Team Panjut Ribu Official

Share

Halaman Rasmi Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu. Ditubuhkan pada 2014.

15/03/2026

Sedikit video teaser untuk acara nyalaan panjut Kampung Ribu. Diingatkan kepada para pengunjung yang ingin hadir supaya hadir awal ke lokasi panjut untuk mengelakkan kesesakan. Nyalaan akan bermula pada jam 8.15 malam. Nyalaan hanya akan dilakukan SEKALI sahaja iaitu pada malam ini.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 13/03/2026

KEMASKINI 14/3/26

Setelah bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja pembuatan panjut, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 04/03/2026

KEMASKINI 5/3/26

Alhamdulillah setelah lebih seminggu, proses pembinaan struktur utama telah selesai dibina. Selepas ini, proses pembuatan pelita panjut gergasi akan tertumpu kepada frame dan persiapan pelita.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 28/02/2026

KEMASKINI 1/3/26

Setelah seminggu, perkembangan pembinaan struktur pentas berada pada tahap 50% dengan pemasangan palang, pagar, tetupai dan tongkat berjalan dengan lancar.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 25/02/2026

KEMASKINI 25/2/26

Perkembangan semasa pembuatan panjut Kampung Ribu giat dijalankan seperti biasa iaitu selepas solat Tarawih. Kerja-kerja pembinaan struktur utama sudahpun dimulakan.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 09/02/2026

Alhamdulillah, kami telah selesai mengambil buluh panjut pada Sabtu, 7 Februari 2026. Yang bermakna, proses pembuatan panjut masih akan dilaksanakan pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli Team Panjut Ribu yang meluangkan masa bergotong-royong untuk menebang buluh.

Ini juga untuk memberi klarifikasi dari pihak kami bahawa sejak dari awal penubuhan dan pembuatan panjut pada 2015 hingga kini, proses mengambil buluh sentiasa dilakukan sebelum menjelang bulan Ramadan.

Nantikan perkembangan pembuatan panjut di page ini dari semasa ke semasa.

23/03/2025

Untuk makluman tuan puan, panjut gergasi Kampung Ribu cuma akan dinyalakan SEKALI SAHAJA. Dan bagi pengunjung yang ada hasrat dan keinginan untuk datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan susah nak cari parking, digalakkan untuk berbuka di lokasi. Bawalah tikar, kerusi, dan yang berkenaan untuk berbuka puasa sambil melihat ahli panjut menyalakan pelita.

Rider, tram buggey juga disediakan sepanjang nyalaan untuk memudahkan para pengunjung hadir ke lokasi. Ikut arahan yang telah diberikan pihak keselamatan yang bertugas.

Sekali lagi ingin kami maklumkan, tarikh nyalaan panjut gergasi hanya akan dinyalakan SEKALI SAHAJA pada 27 Mac ini. Jemput datang beramai-ramai!




#

18/03/2025

Berikut merupakan laluan utama untuk masuk ke lokasi panjut gergasi Kampung Ribu.

Photos from Team Panjut Ribu Official's post 17/03/2025

Update pelita panjut gergasi Kampung Ribu.

03/03/2025

Salam 2 Ramadhan.

25/02/2025

Jangan tanya bentuk apa lagi. Ni cuma teaser je 🤣

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Kangsar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Ribu
Kuala Kangsar