KSSCM USAS
Page Kelab Seni Silat Cekak Malaysia USAS adalah untuk memberi maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KSSCM USAS.
16/09/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Kami daripada Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sultan Azlan Shah KSSCM USAS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga mahasiswa dan mahasiswi.
Semoga sambutan Hari Malaysia ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air dalam diri kita.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
14/09/2026
*SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER III SESI 2025/2026*
Assalamualaikum w.b.t
Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sultan Azlan Shah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester III 2025/2026 kepada semua mahasiswa USAS.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
30/08/2026
Assalamualaikum w.b.t
Kami daripada Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sultan Azlan Shah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali ke-69 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
24/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Assalamualaikum w.b.t
Kami dari Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sultan Azlan Shah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terus mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
24/08/2026
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada seluruh warga PSSCM.
Marilah kita bersama-sama menyemai rasa cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ο·Ί, dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati dan meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί, memperbaiki akhlak serta meningkatkan amalan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Salam Maulidur Rasul 1448H.
22/08/2026
KARNIVAL SISWA AKTIF 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 telah berlangsungnya Karnival Siswa Aktif 2026 bertempat di Pekarangan Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Karnival ini merupakan salah satu platform bagi menggalakkan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum, kepimpinan serta pembangunan kemahiran insaniah, di samping membentuk mahasiswa yang seimbang dari aspek akademik dan sahsiah.
Turut hadir memberikan sokongan serta menyantuni penglibatan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia (KSSCM) USAS ialah:
*Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, selaku Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan, Universiti Sultan Azlan Shah.*
*Ts. Anis Suria binti Mohd Zainudin, selaku Penyelia dan Penasihat Kelab Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Sultan Azlan Shah.*
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian hadir serta memberikan sokongan kepada penglibatan KSSCM USAS dalam Karnival Siswa Aktif 2026.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli baharu yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli KSSCM USAS. Semoga penglibatan ini menjadi langkah awal dalam membentuk mahasiswa yang aktif, berdisiplin dan berjati diri.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
11/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kelab Seni Silat Cekak Malaysia USAS atas kejayaan cemerlang mendominasi Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT dan Jemputan Kali Ke-11 Tahun 2026! ππ₯
Satu pencapaian yang sungguh membanggakan apabila berjaya dinobatkan sebagai:
π JUARA KESELURUHAN IPT PUTERI
Berikut merupakan liputan keputusan penuh yang dilakar oleh Pasukan USAS:
π₯ Kategori 1
β’ Pingat Emas β USAS Puteri
β’ Tempat Keempat β USAS Putera
π₯ Kategori 2
β’ Pingat Gangsa β USAS Puteri
π₯ Kategori 3
β’ Pingat Emas β USAS Puteri
π₯ Video Teaser Pasukan
β’ π₯ Tempat Ketiga β USAS
Terima kasih atas perjuangan, semangat pantang menyerah, dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh para pesilat, pengurus dan jurulatih.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus mencetak lebih banyak kejayaan pada masa hadapan! π₯π
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH I INTEGRITI
09/08/2026
08/08/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Kangsar