Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
Malaysia Madani
27/07/2026
TINDAKAN SEGERA, BUKAN SEKADAR BERBICARA.
Isu lambakan sampah di kawasan ini telah mendapat perhatian kami. Atas rasa tanggungjawab terhadap kebajikan penduduk dan kebersihan kawasan, Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas bersama KEADILAN Cabang Padang Rengas telah mengambil inisiatif untuk membantu dalam usaha penyelesaian sementara sementara menunggu tindakan pihak berkuasa berkaitan.
Kami percaya setiap masalah perlu ditangani dengan tindakan, bukan sekadar saling menyalahkan.
Dalam masa yang sama, kami akan berbincang semula dengan pihak Majlis bagi mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berpanjangan agar masalah ini tidak terus berulang.
Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat sementara penyelesaian jangka panjang dilaksanakan.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
22/07/2026
17 Julai 2026
4.15 Petang
Surau As-Sobirrin RPA Datoβ Mior Aris
Penyerahan Sumbangan Kerusi & Meja untuk Surau As-Sobirrin RPA Datoβ Mior Aris
Alhamdulillah, Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kerusi dan meja kepada Surau As-Sobirrin, RPA Datoβ Mior Aris sebagai usaha membantu menambah baik kemudahan surau demi keselesaan para jemaah dan penduduk setempat.
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan oleh pihak surau.
Semoga Surau As-Sobirrin terus menjadi pusat penyatuan ummah serta medan penyebaran ilmu dan amal kebajikan buat seluruh komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama dalam usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan masyarakat.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
21/07/2026
Alhamdulillah, Peneraju Muda Parlimen Padang Rengas telah diberi penghormatan untuk mewakili Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim menghadiri Dinner Reception in Conjunction with the 8th World Conference on Islamic Thought 2026 (WCIT2026).
Majlis makan malam yang menghimpunkan para akademik, pemimpin, cendekiawan serta tetamu dari dalam dan luar negara ini telah berlangsung pada:
π
20 Julai 2026 (Isnin)
π£ 8.30 malam
π Casuarina@Meru Hotel, Ipoh
Semoga penyertaan ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada perkongsian idea dan pemikiran yang memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat, khususnya generasi muda di Parlimen Padang Rengas.
20/07/2026
20 Julai 2026
12.30 Tengahari
Kg Padang Asam
Alhamdulillah, kerja-kerja penggantian bumbung telah berjaya dilaksanakan.
Susulan lawatan Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim ke kediaman En. Abu Johan di Batu 17, Kampung Padang Asam selepas rumah beliau ditimpa musibah pokok tumbang akibat angin kencang, hari ini kerja-kerja penggantian zink baharu telah dilaksanakan bagi membaiki kerosakan pada bahagian bumbung rumah.
Kerja-kerja pembaikan ini turut disertai melalui gotong-royong bersama anggota RELA serta Pejabat Penghulu Mukim Kampung Buaia yang berganding bahu membantu memastikan kediaman En. Abu Johan kembali selamat dan selesa untuk didiami.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir menghulurkan tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Semangat kebersamaan dan keprihatinan seperti inilah yang menjadi kekuatan masyarakat dalam menghadapi setiap ujian.
Semoga En. Abu Johan dan seisi keluarga terus diberikan ketabahan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
19/07/2026
PENDAFTARAN DIBUKA!
π KEJOHANAN TERTUTUP PADANG RENGAS E-SUKAN MOBILE LEGEND: BANG BANG
Adakah pasukan anda bersedia untuk membuktikan siapa yang terbaik? Sertai kejohanan ini bersempena Karnival Komunikasi dan Digital Belia Perak 2026 dan rebut hadiah wang tunai!
π
Tarikh: 22 Julai 2026 (Hari Rabu)
π Masa: 8.00 pagi β 12.00 tengahari
π
Hadiah Wang Tunai
π₯ Johan β RM500
π₯ Naib Johan β RM300
π₯ Tempat Ketiga β RM200
ποΈTempat Keampat -RM100
π₯ Terhad kepada 16 pasukan sahaja!
π² Daftar sekarang:
Hanya imbas kod QR pendaftaran yang tertera di poster!
β οΈ Slot sangat terhad!
Siapa cepat, dia dapat. Kumpulkan squad anda dan daftar sekarang!
18/07/2026
16 Julai 2026
6.00 Petang
Kg Bendang Ujib
Salam Takziah
Dengan penuh rasa dukacita, kami menerima perkhabaran pemergian Allahyarham M.S. Azman Bin Mohamed Zain, Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Padang Rengas.
Sempat menziarahi kediaman Allahyarham bagi memberikan penghormatan terakhir serta menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga kehadiran ini sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan dan kekuatan kepada keluarga yang sedang berduka.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan husnul khatimah serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
16/07/2026
30 Jun 2026
4.30 Petang
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
π
Sumbangan Tunai bagi Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Kangsar 2026 π
Alhamdulillah, sebelum berlangsungnya Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Kangsar 2026, sedikit sumbangan tunai daripada Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim selaku Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri telah disalurkan sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran kejohanan tersebut.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak telah membantu melancarkan perjalanan program serta memberi manfaat kepada pihak penganjur dan para peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Kangsar 2026. Semoga usaha murni dalam membangunkan bakat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar akan terus diperkasakan pada masa akan datang.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
15/07/2026
24 Jun 2026
10.00 Pagi
Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Kg Buaia
Pegawai Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas berkesempatan menghadiri Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang berlangsung di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Kampung Buaia.
Program ini merupakan anjuran bersama PAWE, PERKIM, KRT, KEMAS Paya Panjang, PKPKM, Pejabat Pegawai Khas MB DUN Lubuk Merbau, Pejabat Penghulu Mukim Kampung Buaia serta WI (Perkumpulan Wanita Padang Rengas).
Suasana cukup meriah dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat.
Sebelum beredar, sedikit sumbangan turut disampaikan sebagai tanda sokongan kepada usaha murni yang dijalankan.
Semoga semangat gotong-royong dan silaturahim dalam komuniti terus diperkukuhkan.
Muhammad Kamil bin Abdul Munim
Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas
13/07/2026
Moh Komer, Meriahkan Program BBQ Santai!
Ayuh warga sekitar Sauk dan Padang Rengas, luangkan masa bersama dalam suasana santai sambil menikmati hidangan BBQ yang istimewa.
π
17 Julai 2026 (Jumaat)
π 9.00 malam
π Kg Seterus, Sauk
Turut bersama memeriahkan program ialah Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan.
Program ini merupakan medan untuk mengeratkan silaturahim, bertukar pandangan serta beramah mesra bersama komuniti dalam suasana yang santai dan mesra.
π’ BBQ disediakan
Semua dijemput hadir
Jumpa komer di sana !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
86, Persiaran Prima 1, Bougainvillea Utama
Kuala Kangsar
33010
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |