Cyber Vision

Cyber Vision

Share

"YOUR DIGITAL SOLUTION"

We're an IT training provider that specializes on Digital Innovation as well as consultants for agencies and entrepreneurs.

We also offer a wide range of IT training courses that uses tools such as PREZI, E-Commerce and many more.

Photos from Cyber Vision's post 11/05/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‚๐‘๐Ž๐–๐ ๐’๐“๐”๐ƒ๐ˆ๐Ž

Pada 8 Mei 2026, telah berlangsung ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‚๐ซ๐จ๐ฐ๐ง ๐’๐ญ๐ฎ๐๐ข๐จ bertempat di Ground Floor, Shop No.1, Lorong Haji Yakub, Kg Air, Kota Kinabalu. Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dan turut dihadiri oleh Coach Azhar serta Ts. Azizzudin bin A Aziz, Pengarah GIATMARA Negeri Sabah, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan ekosistem industri kreatif, pendigitalan perniagaan serta pembangunan bakat tempatan di Sabah.

Inisiatif ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara industri kreatif, latihan kemahiran dan pembangunan teknologi digital. Usaha ini diharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir serta usahawan digital yang berdaya saing di Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak GIATMARA Negeri Sabah atas kesudian hadir memeriahkan majlis perasmian ini. Semoga hubungan strategik seperti ini terus memperkukuh pembangunan bakat, inovasi dan transformasi digital di negeri Sabah.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar bagi program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan serta pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui:

๐Ÿ“ฒ WhatsApp: +601170761220

๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง & ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ

Photos from Cyber Vision's post 11/05/2026

KURSUS DIGITAL MARKETING PROGRAM START RIGHT 2.0 @ KKDW ZON SABAH ๐Ÿ’ป

Telah berlangsungnya Kursus Digital Program Start Right 2.0 @ KKDW Zon Sabah selama 3 hari iaitu pada 5 hingga 7 Mei di Grand Inhotel Kota Kinabalu, turut hadir Coach Mohd Azhar Ramali bin Ramali selaku pengasas Cyber Vision Enterprise untuk memberikan sesi ceramah yang dibantu oleh Coach Sylvia Lee Aesy sebagai penceramah yang dijemput oleh pihak Cyber Vision untuk memberikan ilmu yang bermanfaat kepada peserta. Kursus ini juga telah disertai seramai 7 orang peserta yang tekad untuk mendapatkan ilmu.

Kursus ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat daripada Coach Azhar yang mengajar berkaitan Digital Marketing menggunakan Artificial Intelligence (AI), yang dapat membantu peserta meluaskan dan melancarkan lagi perniagaan mereka. Hal ini memberikan peluang kepada peserta untuk mendapatkan ilmu dan teknik yang baru berkenaan dengan Artificial Intelligence (AI) dalam generasi yang serba moden ini agar dapat berniaga dengan mudah dan menaikkan lagi jualan mereka. Justeru, berharap agar peserta yang mengikuti kursus ini dapat memanfaatkan dan gunakan sebaik mungkin agar tidak rugi dalam menghadiri kursus ini. Juga ingin berterima kasih kepada pihak Giatmara Negeri Sabah yang telah berkolaborasi bersama Cyber Vision Enterprise atas kelancaran kursus ini yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar untuk program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan dan pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui
๐Ÿ‘‰ wa.me/601170761220

๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง & ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! ๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธโœจ

Hari ini kita raikan setiap usaha, pengorbanan dan kerja keras yang sering tidak terlihat, namun memberi makna besar dalam kehidupan seharian. Dari awal pagi hingga lewat petang, setiap langkah, setiap penat lelah adalah bukti semangat dan dedikasi yang tak pernah padam. Mungkin tidak semua usaha dihargai dengan kata-kata, tapi percayalah setiap titik peluh itu membawa kita lebih dekat dengan impian. Hari ini, ambil masa untuk hargai diri sendiri, rehat seketika dan bangga dengan apa yang telah dicapai kerana tanpa anda, dunia ini takkan bergerak seperti hari ini. ๐Ÿ’ผ๐Ÿ”ฅ

Photos from Cyber Vision's post 30/04/2026

SESI LAWATAN KE BENGKEL MAZRIN PESERTA PROGRAM START RIGHT 2.0 GIATMARA NEGERI SABAH ๐Ÿ’ฅ

Pada 27 April 2026 bersamaan dengan hari Isnin Coach Azhar telah melakukan sesi lawatan ke bengkel Encik Mazrin iaitu peserta Program Start Right 2.0 Giatmara Negeri Sabah yang bertempat di Lot Kedai 308, TB10819, Taman Wawasan, Jalan Utara Baru, Tawau, Sabah. Bengkel yang bernama Bike Land yang dimiliki oleh Encik Mazrin merupakan bengkel yang menyediakan servis untuk baiki motor dan yang berkaitan. Hal yang demikian, sesi lawatan ini dilakukan untuk melihat kemajuan yang dilaksanakan oleh beliau dan juga memastikan sentiasa dapat kekal memberikan nasihat yang diperlukan agar sentiasa berjaya dalam melaksanakan bisnes.

Photos from Cyber Vision's post 30/04/2026

RANGKUMAN BENGKEL PENCIPTAAN VIDEO DIGITAL BERASASKAN AI ๐Ÿค–

Pada 28 & 29 April 2026 bersamaan dengan hari Selasa dan Rabu telah berlangsungnya Bengkel Penciptaan Video Digital Berasaskan AI yang bertempat di King Park Hotel, Tawau. Bengkel ini dijalankan selama 2 hari memberi peluang kepada peserta yang tidak dapat hadir pada hari pertama dapat menghadiri hari yang kedua. Bengkel ini dilancarkan oleh Sabah Economic Development Corporation - SEDCO turut berterima kasih kerana telah menjemput Coach Azhar selaku pengurus Cyber Vision sebagai ceramah jemputan di bengkel tersebut. Seramai 27 peserta yang menghadiri bengkel ini untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Hal yang demikian, bengkel ini mengajar para peserta cara untuk menghasilkan video menggunakan Artificial Intelligence (AI) dengan menggunakan beberapa aplikasi dan laman web yang berkaitan dengan AI. Coach Azhar memberikan ilmu berkenaan AI bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat dalam menghasilkan video menggunakan AI. Pihak kami berharap agar apa yang disampaikan oleh Coach Azhar dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar untuk program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan dan pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui๐Ÿ‘‰ wa.me/601170761220

24/04/2026

SALAM JUMAAT MUBARAK โœจ๐ŸŒ™

Allah tak pernah salah atur rezeki, cuma kita yang perlu sabar menunggu waktunya. ๐Ÿค

Allah dah tetapkan semua rezeki dan perjalanan hidup kita dengan sebaik-baiknya. Kadang kita rasa lambat atau tak jadi macam yang kita harap, tapi sebenarnya Allah sedang susun sesuatu yang lebih sesuai untuk kita. ๐Ÿฅฐ

Photos from Cyber Vision's post 22/04/2026

MEETING BERSAMA GREEN COTTAGE โœจ

Pada 20 April 2026 bersamaan hari Isnin Coach Azhar dengan staff Cyber Vision sekali lagi melakukan meeting tetapi bersama dengan pihak Green Cottage. Meeting ini dilaksanakan di tempat Green Cottage iaitu di Green Cottage, Jalan Wong Thau Yong, Bukit Bendera Upper Off Jalan Kubur, Signal Hill, Kota Kinabalu, Sabah. Meeting ini bertujuan untuk membantu pihak Green Cottage untuk memohon geran Pendigitalan Sabah dan juga memberikan consultation berkenaan dengan geran yang lain mengikut kesesuaian bisnes yang dijalankan. Hal ini membantu pihak Green Cottage untuk terus maju ke hadapan dalam menjayalan bisnes mereka. Semoga apa yang disampaikan oleh Coach Azhar dapat memanfaatkan pihak Green Cottage dan seterusnya berjaya dalam bisnes yang dijalankan.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar untuk program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan dan pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui๐Ÿ‘‰ wa.me/601170761220

๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง & ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ.

Photos from Cyber Vision's post 22/04/2026

MEETING BERSAMA PUAN LEEZA TAILOR โœจ

Pada 20 April bersamaan dengan hari Isnin, Coach Azhar bersama dengan staff Cyber Vision datang ke Kampung Petagas, Jalan Simpangan SRK Petagas untuk berjumpa dengan Puan Liza yang menjalankan bisnes seni kraftangan & menjahit. Perjumpaan ini diadakan untuk membantu Puan Liza memohon geran Department of Industrial Development & Research-DIDR dan juga geran Pendigitalan Sabah supaya dapat membantu Puan Liza untuk menguruskan bisnes dan dapat meluaskan lagi peluang bisnes agar lebih dikenali oleh orang ramai. Hal yang demikian, berharap agar Puan Liza sentiasa berjaya dan kekalkan bisnes yang ditubuhkan ini.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar untuk program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan dan pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui๐Ÿ‘‰ wa.me/601170761220

๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง & ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ.

Photos from Cyber Vision's post 22/04/2026

RINGKASAN PROGRAM USAHAWAN DIGITAL TM PAHANG ๐Ÿ“ฒ

Pada 8 April 2026 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsungnya Program Usahawan Digital TM bagi negeri Pahang, yang dianjurkan oleh TM Unifi Business. Program yang dianjurkan di Pahang bertempat di Dewan Orkid, BCIC LODGE Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor 2, Jln Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Turut bersama dengan pengasas Cyber Vision iaitu Coach Azhar sebagai ceramah jemputan bagi negeri Pahang untuk memberikan ilmu yang bermanfaat kepada usahawan di negeri Pahang.

Hal yang demikian, program ini dilaksanakan bagi membantu usahawan dalam fasa era digital ini supaya dapat kekal untuk meluaskan lagi bisnes yang dijalankan dan tidak tersekat di era yang sama. Program ini juga membantu para usahawan untuk meniaga secara digital supaya dapat terus mengikut dengan era moden yang kini. Kami berharap agar semua peserta yang ikut program tersebut dapat mempelajari ilmu yang baharu dan bermanfaat yang disampaikan oleh Coach Azhar dan juga daripada penceramah jemputan yang lain.

Sekiranya organisasi, institusi atau komuniti anda berminat untuk bekerjasama atau menjemput Coach Azhar untuk program latihan, coaching atau konsultasi berkaitan AI, keselamatan siber, pendigitalan dan pembangunan perniagaan digital, sila hubungi kami melalui๐Ÿ‘‰ wa.me/601170761220

๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ณ๐ž ๐Œ๐จ๐ซ๐ž ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง & ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ.

21/04/2026

P๐‘๐Ž๐‰๐„๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐–๐€

โ€ผHarga sewaan serendah RM50 sahajaโ€ผ
โœ… Projector
โœ… HDMI cable
โœ… VGA cable

Kami menyediakan perkhidmatan penyewaan Projector untuk pengunaan pelbagai syarikat serta orang perseorangan bagi menjalankan program kursus, seminar atau lain-lain.

Kadar penyewaan:
โฑ RM50 / Jam
โฑ RM150 / Hari

Sebarang pertanyaan bole hubungi kami di:

๐Ÿ“ฒ https://wasap.my/601170761220
๐Ÿ“ž 088 - 437 477

๐Ÿ“ Pusat Latihan Digital Ekonomi Digital Sabah (PLEDS), Lot 7, 2nd Floor, Block A, Alamesra Plaza Permai Utama, Lorong Plaza Utama, Jalan UMS/Sulaman, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot 7, 2nd Floor, Block A, Alamesra Plaza Permai Utama, Lorong Plaza Utama 3, Jalan UMS/Sulaman
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00