Orion Rigel Stars Security
A quality-based and results-oriented security company with stationary or patrol guard, armed guards, cash-in-transit (CIT) and armed goods escort.
SSM Reg No: 200901009975 (852990-V)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026:
ORION RIGEL STARS SECURITY SDN BHD
Selaras dengan komitmen tahunan syarikat, Orion Rigel Stars Security Sdn Bhd telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi menilai prestasi serta membincangkan segala isu yang timbul sepanjang tahun 2025. Seiring dengan perkembangan pesat syarikat dalam industri keselamatan, kami tekad untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memperbaiki setiap kelemahan demi menjamin kepuasan pelanggan.
Antara agenda utama yang diberi penekanan termasuklah pemantapan kursus dan latihan efisien bagi memastikan setiap anggota kami adalah pengawal yang kompeten dan terlatih. Selain itu, aspek kebajikan anggota turut menjadi keutamaan dalam perbincangan ini bagi memastikan moral pasukan sentiasa di tahap tertinggi.
Kami akan terus berusaha tanpa henti demi memberikan yang terbaik.
"KESELAMATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI"
ORION RIGEL STARS SECURITY
Tahun 2025 akan berakhir, namun azam kami untuk memperbaiki diri terus membara. Kami komited menerapkan nilai murni dalam tugasan demi merealisasikan slogan Pengawal Terlatih. Demi keselamatan, demi kualiti.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026
Daripada kami
ORION RIGEL STARS SECURITY
ORION RIGEL STARS SECURITY
Kami pengawal terlatih. Kami siap sedia dalam menghadapi setiap cabaran dalam pelbagai aspek dan kemungkinan yanh bakal berlaku. 🫡
30/08/2025
Hari ini kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 dengan penuh rasa syukur.
Kemerdekaan yang kita kecapi bukanlah hasil yang mudah, tetapi lahir daripada pengorbanan, perjuangan dan semangat juang para pejuang tanah air.
Marilah kita terus mengekalkan perpaduan, meningkatkan semangat cintakan negara serta berusaha memajukan Malaysia agar lebih gemilang di mata dunia.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-68!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
🚑ARMED💨GUARD💨ESCORT💨SERVICE💨
__________________________________________
Perkhidmatan Kawalan Iring Bersenjata adalah salah satu perkhidmatan yang asing pada masa ini walau pun ianya telah lama disediakan di Syarikat kami. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman disamping peralatan yang lengkap, perkhidmatan ini tersedia di seluruh Malaysia khususnya di Sabah.
Kami antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang terlengkap didalam bidang Keselamatan. Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan DM kami segera.
[email protected]
https://wa.me/60178909213
https://wa.me/601118966112
゚viralシ
Persaingan Semakin sengit di dalam industri ini dan pertumbuhan Syarikat dalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Semakin rancak. kami kembali dengan Mesyuarat Agung siri pertama 2025! 💪 Setiap masalah dari akar umbi kami bedah dan perbaiki. Ini cara kami hargai kepercayaan anda yang tak pernah goyah. Demi perkhidmatan keselamatan bertaraf dunia!
Orion Rigel Stars Security
Semoga Allah Menerima Amal Kebaikan yang kita kerjakan.
Semoga Mendapat Haji Mabrur Kepada Jemaah Haji Pada Tahun Ini
Semoga ibadah Qurban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025
30/05/2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN KEPADA YANG MERAYAKANYA DAN SELAMAT BERCUTI 🫡
ORION RIGEL STARS SECURITY
💥💥💥💥💥TUGASAN KHAS💥💥💥💥💥
PENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATA
__________________________________________
Alhamdulillah, Orion Rigel Stars Security diPilih untuk tugasan Khas Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata bagi mengawal gate utama laluan keluar masuk pelabuhan yang menjadi destinasi lawatan Kapal Perang Tentera Laut USA. Ini adalah satu pengalaman baru dimana berinteraksi secara terus dengan pelawat dari luar Negara. Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, perbezaan bahasa tidak menghalang kami untuk menjalankan sekatan dan kawalan.
Terima Kasih Kerana Memilih Kami
ORION RIGEL STARS SECURITY
💥💥💥sentiasa bersedia💥💥💥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 2, Jalan SRK Petagas
Kota Kinabalu
88200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |