Datappk
Datappk - Sistem pangkalan data bersepadu untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah.
Datappk adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk. Sistem ini juga mem
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
βMerafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
βSembah takzim daripada seluruh sekretariat DATAPPK.
βSemoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dipanjangkan umur, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan kekal bertakhta di atas singgahsana kebesaran dengan penuh kedaulatan, keadilan, serta rahmat-Nya.
βDaulat Tuanku! π²πΎβ¨
31/05/2026
πΎ SELAMAT MENYAMBUT KOTOBIAN TADAU DO KAAMATAN 2026 πΎ
Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang telah diwariskan kepada kita sejak turun-temurun.
Marilah kita terus memelihara keharmonian, memperkukuhkan semangat kebersamaan serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Negeri Sabah tercinta.
"Tadau Tagazo Do Kaamatan, Magavau Tagazo Do Kaamatan."
Ikhlas daripada,
Ramzih Ruzin
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK)
Ahli Majlis Perundingan Penjaja & Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN)
SU Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS)
30/05/2026
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan πΎβ¨
βSelamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah, rakan niaga, klien, dan komuniti usahawan yang meraikannya.
βSemoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, keharmonian yang berkekalan, dan semangat perpaduan yang erat sesama kita. Walau di mana pun kita berada, mari kita raikan warisan budaya kita dengan penuh rasa kesyukuran.
βKopiwosian tomod daripada kami di DATAPPK. ποΈβ€οΈ
27/05/2026
πππππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππ | πππππ
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya dan keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, para usahawan, penjaja, peniaga kecil serta seluruh rakyat Sabah.
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat kita semua. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima oleh Allah SWT, di samping mengurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik, keberkatan rezeki dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim bersama keluarga serta insan tersayang. Amin
Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. Salam Kosong-kosong
Ikhlas daripada,
Ramzih Ruzin
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK),
Ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN),
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS)
27/05/2026
π Salam Aidiladha 1447H πͺ
Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, DataPPK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh usahawan, penjaja, peniaga kecil, rakan strategik dan masyarakat umum.
Semoga Aidiladha menjadi medan untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam membina komuniti yang lebih maju, prihatin dan sejahtera.
Semoga segala amal ibadah diterima serta dikurniakan keberkatan, kesihatan dan rezeki yang berpanjangan buat anda sekeluarga.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
DataPPK
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 β¨
βHari Raya Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, keteguhan hati, dan semangat pengorbanan yang sebenar. Semoga hari yang penuh barakah ini membawa seribu rahmat, meluaskan pintu rezeki, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
βSelamat menjalankan ibadah korban dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta buat semua rakan niaga, klien, dan seluruh komuniti.
βTulus ikhlas daripada kami di DataPPK. πβ€οΈ
Alhamdulillah, harini team PUPPKKK selesai atur pemasangan Banner Baharu untuk Pasar Malam Sabah Trade Center.
Semoga dengan adanya Banner ini membantu menyampaikan mesej kepada para pengunjung yang melalui jalan istiadat Likas untuk berkunjung ke Pasar Malam Sabah Trade Center ini.
Kami masih membuka lot tapak berniaga sebanyak 5 buah lot kepada para Peniaga/Vendor yang sedang mencari tempat berniaga di Pasar Malam.
Yang berminat boleh hubungi kami menerusi talian dibawah ππ»
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra
Harini sebagai pihak pengurusan Pasar Malam Sabah Trade Center kita melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan rumput-rumput tebal yang berada di kawasan sekitar Lot Tapak Vendor/Peniaga yang berniaga kemas dan bersih.
Tujuan utama adalah yang pertama memang kita kena pastikan rumput tersebut tidak subur kerana kerisauan utama adalah apabila ada haiwan berbisa seperti Ular bersembunyi di kawasan tersebut, selain itu adalah untuk mengelak tikus bersarang juga di kawasan tersebut.
Pihak pengurusan akan memastikan kawasan sentiasa terjaga dan kemas yang mana kita mahu pengunjung-pengunjung juga happy kalau lepak santai dan makan di sini.
Good news ! kita masih open Lot dalam 5 buah lot, kepada usahawan/peniaga/vendor yang mencari tempat untuk berniaga boleh hubungi terus talian dibawah ππ»
wasap.my/60162692990
wasap.my/60108262990
Alhamdulillah syukur harini siap sudah sepenuhnya kita punya Meter air dan sambungan terus ke tangki air.
Selepas ini vendor tidak perlu risau sudah tentang keperluan stock air yang ada di tangki kerana dengan adanya meter air, pihak Pengurusan (PUPPKKK) akan keep topup air dalam tangki setiap hari.
Ini adalah satu inisiatif untuk kita bantu para Penjaja dan Peniaga kecil di Pasar Malam Sabah Trade Center. Semoga ada manfaat bukan sahaja untuk vendor tetapi kepada Customer yang datang "Dine In" atau "Walk in" makan dan minum disini.
Sekali lagi good news, kami masih membuka 5 buah lot kepada peniaga yang ingin masuk berniaga di Pasar Malam Sabah Trade Center.
Boleh hubungi talian dibawah untuk maklumat lanjut :
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra
Harini saya membuat tinjauan bagi memastikan progress sambungan meter air di Pasar Malam Sabah Trade Center berjalan lancar.
Inshallah harini semua vendor/peniaga sudah mula boleh menggunakan air bagi aktiviti menyuci kelengkapan dan customer juga boleh menyuci tangan bila "Dine In".
Untuk makluman, masih ada lot kosong ya di Tapak Pasar Malam Sabah Trade Center, yang berminat boleh hubungi kami di talian dibawah.
wasap.my/60162692990 - Kapten Ramzih
wasap.my/60108262990 - Cik Sherra
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
88000