MATRADE Sabah

MATRADE Sabah

Share

Agensi Penggalakan Perdagangan M'sia. Menggalakkan Usahawan Malaysia Menembusi Pasaran Antarabangsa. MATRADE - Agensi Penggalakan Perdagangan Malaysia.

Bertanggungjawab mempromosikan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke luar negara..hubungi kami

Photos 28/05/2026
18/05/2026

SESI LIBAT URUS PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PERINGKAT NEGERI SABAH DI KOTA KINABALU| 14 MEI 2026

Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 14 Mei 2026 di Kota Kinabalu. Penganjuran sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, input dan maklum balas secara langsung daripada pihak industri dalam usaha memperkukuhkan agenda produktiviti negara, khususnya bagi memastikan pembangunan sektor industri di peringkat negeri terus kekal relevan, mampan dan berdaya saing.

Program ini turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035, khususnya dalam pengumpulan data dan maklumat di peringkat negeri serta lokaliti bagi menyokong penyediaan hala tuju produktiviti negara yang lebih menyeluruh, strategik dan inklusif.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah MPC Sabah, Encik Edward Binty, diikuti dengan Taklimat Program Transformasi Produktiviti Industri serta Kaji Selidik Pelaksanaan Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035 yang telah disampaikan oleh Pengarah MPC, Dr. Nor Aishah Hassan.

Turut diadakan sesi taklimat bertajuk Pengenalan New Industrial Master Plan (NIMP) dan Hala Tuju Produktiviti Negara yang disampaikan oleh Adj. Prof. Ts. Kamaruzaman Jahidin bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai hala tuju pembangunan industri dan agenda produktiviti negara.

Selain itu, program turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Pengarah MATRADE Sabah, Encik Adli Haikal Bin Abdul Hanib menerusi pembentangan bertajuk Persediaan Syarikat Sebelum Terlibat Dalam Pasaran Eksport .

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen serta penglibatan yang amat memberangsangkan dan memberikan kerjasama yang baik dalam setiap sesi yang dijalankan sehingga program berakhir dengan jayanya.

Photos from PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH's post 13/05/2026
Photos from MATRADE Sabah's post 12/05/2026

8 Mei 2026: Pejabat MATRADE Sabah telah dijemput sebagai penceramah sempena Program TUBE-S 2026 anjuran SME Corp. Malaysia Cawangan Sabah yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah

Photos from MATRADE Sabah's post 12/05/2026

9 Mei 2026: Pejabat MATRADE Sabah berkesempatan menyertai Program Jelajah Halal 2026 sebagai pempamer bagi menyantuni usahawan tempatan serta berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan perkhidmatan MATRADE dalam membantu syarikat menembusi pasaran antarabangsa.

Photos from MATRADE Sabah's post 07/05/2026

6 Mei 2026: Program Jangkawan Pengeksport - Lawatan Kilang ke Syarikat Hajah Yanong Industry Sdn Bhd.

Setiap produk membawa rasa, setiap usaha membawa inspirasi. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan sambutan mesra sepanjang lawatan ini.

Photos from MATRADE Sabah's post 07/05/2026

4 Mei 2026: Terima kasih Rabiatul Enterprise atas sambutan mesra dan perkongsian mengenai penghasilan produk makanan tempatan Sabah.

Photos from MATRADE Sabah's post 07/05/2026

29 April 2026: Lawatan rasmi pejabat ke Chanteek Borneo bagi melihat sendiri keunikan hasil kraftangan dan tekstil tempatan yang kaya dengan identiti budaya Sabah. Terima kasih atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat sepanjang lawatan ini.
# Chanteek Borneo

Photos from MATRADE Sabah's post 17/04/2026

Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
Program Usahasama MINDET : Akses Pasaran ke China
Tempat: Kementerian Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan (MINDET)

Pejabat MATRADE Sabah telah dijemput sebagai penceramah dalam Program Akses Pasaran ke China yang dianjurkan oleh Kementerian Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan (MINDET).

Photos from MATRADE Sabah's post 16/04/2026

9 April 2026: MATRADE Sabah telah mengambil bahagian sebagai pempamer dalam program anjuran TERAJU yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


5th Floor, Block C, KWSP Building
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00