Eva Viector
Welcome to the randomness. Expect the unexpected – it's all part of the fun.
Excited dia mau suruh rakam.
Banyak sayur ajinomoto.
Kebetulan musim hujan, daun pun lebar dan subur.
12/05/2026
Homemade with sincerity.
DIY Scrunchie.Permintaan anak untuk gurunya sempena Hari Guru Malaysia.☺️
05/05/2026
Pertama kalinya pokok betik saya dapat survive lama. Setakat ini belum ada monyet datang sebab banyak anjing liar di hutan. Ada 8 ekor, semua garang. Setiap kali nampak saya, mesti ngorr ngorr..tapi makan juga makanan yang saya bagi☺️.
Pagi ini, masa sedang bersiap untuk hantar ke sekolah, anak saya cakap perlahan,
“Mommy tidak payahlah hantar saya ke sekolah. Saya naik basikal saja.”
Saya diam sekejap.
Senyum pun ada, risau pun ada.
Andu bah…
Ayat itu terus bawa saya balik ke zaman kanak-kanak saya.
Umur anak saya baru 4 tahun 8 bulan.
Tapi masa saya umur begitu, saya sudah ikut mama tiri saya berjualan di tamu Kundasang atau tamu Pekan Ranau. Bukan sebab dipaksa. Bukan juga sebab tiada yang jaga. Saya sendiri yang mahu ikut. Seronok tengok orang, seronok bantu, seronok rasa “besar”.
Pagi-pagi, kabus masih tebal.
Kami sudah susun barang. Sayur, buah, apa saja yang boleh dijual.
Saya kecil lagi, tapi hati rasa besar. Rasa macam ada tanggungjawab.
Jadi bila anak saya cakap begitu tadi, hati saya terus faham.
Perasaan itu sama.
Perasaan mahu berdikari.
Perasaan mahu cuba sendiri.
Perasaan mahu jadi “besar”.
Tapi… zaman sudah berubah.
Kalau dulu, jalan tanah, orang kampung saling kenal.
Sekarang, depan rumah pun sudah highway.
Kereta laju tidak kenal siapa kita.
Bahaya bukan lagi jauh. Bahaya sudah dekat.
Saya pandang anak saya.
Dia betul-betul serius. Bukan main-main.
“Kenapa mau naik basikal?” saya tanya.
“Saya sudah besar,” dia jawab.
Pendek saja. Tapi penuh yakin.
Saya ketawa kecil.
Besar… ya, di mata dia, dia sudah besar.
Saya duduk sama dia.
Saya tidak terus kata “tidak boleh”.
Saya pegang tangan dia.
“Memang kamu sudah pandai. Mommy bangga. Tapi jalan ke sekolah itu sangat sibuk. Banyak kereta laju. Mommy takut kalau jadi apa-apa.”
Saya senyum sambil gosok kepala dia.
“Buat masa ini, biarlah mommy hantar kamu ya. Mommy s**a hantar kamu. Itu masa kita sama-sama sebelum kamu masuk sekolah.”
Dia diam sekejap.
Muka sedikit berubah, tapi masih dengar.
Saya sambung lagi,
“Nanti kalau kamu sudah besar lagi, kita tengok semula. Sekarang, kamu teman mommy saja dulu.”
Dia pandang saya,
lepas itu dia angguk perlahan.
“Okay mommy.”
Kecil saja persetujuan itu, tapi besar maknanya.
Dalam hati saya, saya sedar satu perkara.
Anak-anak tidak perlukan kita untuk menghalang mereka menjadi besar.
Mereka perlukan kita untuk membimbing mereka menjadi besar dengan selamat.
Hari ini, saya masih hantar dia ke sekolah seperti biasa.
Dia duduk di sebelah.
Apabila turun hantar depan gate sekolah anak peluk saya kuat.
Dan dalam pelukan itu, saya tahu…
dia masih anak kecil saya.
Tapi dalam masa yang sama,
dia juga sedang belajar menjadi seseorang yang berani berdiri sendiri.
Dan tugas saya bukan menahan langkah dia,
tapi memastikan setiap langkah dia tidak membawa dia ke bahaya.
Itu saja beza dulu dan sekarang.
Bukan semangat anak-anak yang berubah,
tetapi dunia di sekeliling mereka.
Dan sebagai ibu,
kita belajar menerima hakikat itu,
sambil tetap menjaga harapan kecil mereka… supaya terus hidup.
Video: Semasa anak bermain kelmarin pada awal pagi.
Musim kaamatan ni kan..
saya teringin sangat mau belajar tu sulaman baju tradisi kaum di Sabah.
Adakah yang ada kemahiran ni, saya mau bah.
Kasi share ya gais. Sambil tambah ilmu, kongsi rezeki.
02/05/2026
Akhirnya jumpa juga sifu yang betul-betul serasi untuk belajar tentang ilmu produk digital. Pasti ada manis-manisnys nanti.
25/04/2026
Tumbuhan pemberian anak murid.
Gagal saya menjaga ni air plant.
Atau mungkin faktor cuaca sekarang juga kan.
sampai kering bah hujung daun.
25/04/2026
Hi semua..sekian lama menyepi.
Bukan menghilang, tetapi prioritikan yang lebih penting.
09/04/2026
Musim buah banyak.
Rezeki pembuat sambal hitam.
Durian dari kampung.
Sudah laku.
02/01/2026
Kek pisang tahun baru.
Resepi ada dalam gambar.
Suhu ikut model oven masing-masing.
Saya bakar 180°C, 35minit.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 09:00 - 21:00 |
| Sunday | 09:00 - 21:00 |