Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang
salah satu halaman sosial yang digunakan untuk mewar-warkan program dan info sekolah.
16/5/2026
Alhamdulillah, anak-anak tahun 6 telah selesai menghadiri seminar teknik menjawab PSRA. moga kecemerlangan "MUMTAZ" milik mereka.
23/05/2026
PENDAFTARAN 2027 DIBUKA
KEMASUKAN UNTUK TAHUN 1 HINGGA 5 SAHAJA
Berminat sila daftar online di : https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=arrazi
Tarikh tutup pendaftaran Fasa 1 : 31 Julai 2026
Ujian dan temuduga kemasukan akan dibuat pada Ogos 2026
22/05/2026
Terima kasih untuk PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (Pibg) kerana meraikan semua guru2..
21/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik yang sentiasa sabar mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu tanpa jemu.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan usaha dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak serta berjaya.
βGuru Bitara , Nadi Negaraβ π·
Semoga segala jasa dan bakti para guru sentiasa diberkati dan dihargai. β¨
17/05/2026
Terima kasih Yb Dan pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Razi Meru Klang
09/05/2026
Doakan kejayaan utk team Arrazi yang berjuang utk 12 acara dengan diwakili oleh seramai 65 org murid ..πͺπͺ
27/04/2026
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt di atas penganugerahan ini dalam Majlis Hari Kecemerlangan Sekolah--sekolah Islam Selangor.
Jutaan tahniah kepada semua anak2, guru2,ibubapa,pibg dan pengurusan sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kami..semoga anugerah ini menjadi aspirasi buat kami untuk sentiasa berusaha dan bersyukur...
25/04/2026
Program Qiamullail 1 murid Tahun 5 & 6 π
Mendidik hati mendekati Ilahi, membina jiwa yang tenang dan berakhlak mulia.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab kejayaan dunia dan akhirat.
21/04/2026
Tahniah kepada team memanah sekolah kerana telah menunjukan peningkatan kemahiran dan prestasi dalam pertandingann MSSD Klang pada tahun ni untuk kali ke-2 penyertaan. Tahun depan cuba lagi untuk lebih baik.
Pencapaian atlet:
AHMAD SYAUQI BIN AHMAD HUZAIFAH - KE 55
MUHAMMAD IKHWAN BIN MOHD KAMARUDDIN - KE 58
UMAR HAMZAH BIN MOHD HISHAM - KE 66
MUHAMMAD MUJAHID BIN MUHAMMAD SYAFIQ- KE 72
NUR AINA SAMIHAH BINTI MOHD SHAIFUDDIN- ke 47
ULYA KHASIF BINTI MOHD AZHAR - KE 60
NUR ISMA HANI BINTI MOHAMMAD ISMAIL - KE 78
BERKUMPULAN PEREMPUAN - KE 16
BERKUMPULAN LELAKI - KE 15
BEREGU CAMPURAN - KE 22
Tahniah anak2, ibubapa, guru penasihat dan jurulatih.
17/04/2026
πβ¨ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah β¨π
Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid dan pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kemeriahan sambutan ini dapat dikenang dan memberi makna kepada semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Sekolah Islam Ar-Razi Meru Klang, Lot 2655, Batu 2 1/2, Persiaran Hamzah Alang, Meru
Klang
42200
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 14:30 |
| Tuesday | 07:30 - 14:30 |
| Wednesday | 07:30 - 14:30 |
| Thursday | 07:30 - 14:30 |
| Friday | 07:30 - 12:30 |
| Saturday | 07:45 - 13:00 |