Thecaffeine
Homebrew fresh coffee
Single Origin Bean
Double shot to kick your caffeine intake
250ML per bottle
Caramel Latte
Mocha Latte
Butterscotch Latte
vanilla latte
06/03/2022
24/02/2022
10/02/2022
Dah berpour over ke blom tu.. bean feveret korang ape??
21/01/2022
Frothing susu
Harini nak share pasal susu. Terdapat pelbagai jenis susu lembu yang dijual kat luar. Susu lembu terdiri daripada air,lactose,lemak,protein & pelbagai elemen lain. Lactose ni yang membuatkan susu yang kita froth menjadi lebih manis apabila sampai ke suhu kemuncak susu.
Berapa suhu kemuncak susu?
Suhu yang ideal mampu memberikan kemanisan susu disamping menaikkan lemak yang terkandung didalamnya. Suhu yang disyorkan (pemboleh ubah) sekitar 57’-65’c. Jangan froth susu terlampau panas kerana ia boleh memecahkan molekul yang terkandung didalam lactose & lemak so akan membuatkan susu akan rasa kosong. Selain itu, lidah akan mudah melecur apabila minum latte yang baru siap dan efek deria rasa peminum. Make sure dapatkan suhu yang ideal so korang @ customer enjoy latte at 1st sip.
Macam mana nk dapatkan suhu ideal?
Ideal suhu ini kita boleh s**at melalui thermometer yang diisi didalam pitcher semasa froth @ dengan memegang pitcher. Cara memegang pitcher ni lebih kepada pengalaman barista tu sendiri.
p/s- perkongsian ini hanyalah dari pengalamn penulis dan carian & pembacaan di internet. Segala kesilapan info harap dibetulkan.
02/01/2022
Panggangan kopi
Secara asasnya,ada 3 jenis panggangan yang slalu diberitahu oleh roaster keatas biji kopi mereka. Setiap jenis biji kopi dipilih untuk dipanggang berdasarkan karekter yang terdapat dalam biji kopi tersebut. Ada biji kopi yang mempunyai rasa floral,buah,woody,coklat dan bermacam jenis rasa lagi. Roaster ini akan cuba padankan karekter kopi ini dengan jenis panggangan yang sesuai
Light roast
-Bean berwarna cerah
- rasa asid & kaffein kuat
-karekter kopi lebih jelas dapat dikeluarkan
- sesuai untuk turas,seduhan sejuk
Medium roast
-bean berwarna sedikit gelap
-rasa yang lebih balance (caramel notes jelas)
-karekter kopi juga jelas dapat dikeluarkan
-sesuai untuk turas,seduhan sejuk & espresso
Dark roast
-bean berwana sangat gelap dan berminyak
-rasa terbakar, kurang rasa asid dan kafein
-full body coffee akan terasa disebabkan panggangan yang lebih lama
-banyak digunakan di cafe2 besar disebabkan rasa kopi yang kaw
-karekter asal kopi kebanyakan hilang dalam proses panggangan
-sesuai untuk espresso
Apa jenis panggangan kes**aan anda?
P/s- penulisan ini hasil dari pengalaman,perkongsian sahabat kopi, pembacaan dan carian internet. Jika ada sebarang kesilapan info, mohon betulkan
17/12/2021
Musim2 hujan ni.. syahduu
15/12/2021
Espresso
Apa itu espresso
- kopi yang dihasilkan dengan menggunakan tekanan dan air panas
- 9 bar tekanan merupakan tekanan yang disyorkan tapi tekanan ini merupakan salah satu pemboleh ubah mengikut cita rasa pembuat espresso
- 92'C merupakan suhu air yang disyorkan tapi suhu ini merupakan salah satu pemboleh ubah mengikut cita rasa pembuat espresso
Espresso yang baik terdiri dari 3 komponen
1. Crema
- lapisan paling atas
- micro buih berwana golden-brown
- mengandungi bau kopi yang kuat dan enak
- mengandungi protein, gula dan minyak sayur
2. Body
- kedudukan dibawah crema
- semakin gelap gaya panggangan semakin kuat rasa body kopi
3. Heart
- berada paling bawah didalam espresso
- rasa pahit yang mampu mengimbang rasa manis crema dan membuatkan espresso ini seimbang dari segi rasa
Jika menggunkan grinder yang mampu memberikan kisaran yang seragam dan saiz yang betul, maka akan menghasilkan espresso yang baik berpandukan ratio 1:2 - 25-30sec (pemboleh ubah) yang telah disarankan
*p/s - penulisan ini berpandukan pengalaman dan hasil carian di internet. Jika ade sebarang kesilapan info mohon dibetulkan
14/12/2021
Morning gais
Ape itu mocha latte??
-kopi (kami guna espresso) + choc + susu + syrup(optional)
Ape rase mocha?
-Rase kopi + choc yang balance.
Panas ke sejuk sedap minum?
-ikut atas mood korang. Kalau time hujan2, minum panas syahdu woo. Lemak2 choc + pahit kopi.
03/12/2021
Cawan kopi
Pelbagai size cawan kita boleh jumpa di cafe2 kalau minum minuman panas. Size cawan ni akan mempengaruhi rasa kopi kita. Makin besar cawan, makin cair espresso yang kita dapat disebabkan campuran susu @ air panas
Contoh:
300ml cawan
60ml espresso (36-40g)
220ml susu
Selebihnya buih (latte art)
250ml cawan
60ml espresso (36-40g)
170ml susu
Selebihnya buih (latte art)
Espresso yang sama tapi isipadu campuran yang berlainan
Kesimpulannya terletak pada diri peminumnya. Anda s**a rasa yg kuat kopinya @ yang kurang.
28/11/2021
Grinder / pengisar kopi
-Kenapa perlu dibersihkan
Sisa sisa kopi lama akan melekat pada mata grinder (burr) dan akan menyebabkan hasil kopi berikutnya tidak fresh/pahit. Selain dr memastikan output yg dihasilkan sedap, ia juga dapat menjaga mata grinder dari tersumbat disebabkan kumpulan sisa kopi. Kopi yg telah dimasak akan mengeluarkan minyak dan boleh melekat antara 1 sama lain.
-Bila perlu dicuci
Seeloknya dicuci setiap hari. Tetapi bagi yang kurang guna, cuci lah setiap minggu.
-Perkakas yang diperlukan
Berus
Pembuka skru ( selalu digunakan untuk elektrik grinder)
Vacuum (optional)
Kain
Kesimpulan - sentiasa lakukan check up & pembersihan alatan mampu memanjangkan jangka hayat mesin anda
25/11/2021
My method for filtered coffee / pour over
Ratio 1:15
15g whole bean
20click timemorec2
Temperature - 93°c & above
45g bloom - sweetness
31sec - 45g - acidity
3rd pour - 45g - body
4th pour - 45g - body
5th pour - 45g - body
Estimate time 3:20
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Klang
41200