Is Dobi

Is Dobi

Share

DOBI LAYAN DIRI JALAN ISKANDAR BUKIT KAPAR

23/03/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah… di saat ramai berehat dan berkumpul bersama keluarga di pagi Syawal, ISDOBI tetap setia beroperasi seperti biasa πŸŒ™βœ¨

Ada kisah di sebaliknya…

Pagi raya, ada yang baru pulang dari kampung. Baju raya anak-anak sudah dipakai, tapi esok nak guna lagi untuk beraya rumah saudara. Ada juga yang tiba-tiba terkena kuah rendang, kuah lodeh, atau air sirap tumpah di baju kesayangan.

Di situlah ISDOBI hadir membantu.

Walaupun suasana luar penuh dengan takbir dan gelak tawa, mesin di ISDOBI tetap berputar, memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan. Ianya cepat, mudah, dan bersih seperti hari biasa.

Kerana kami faham…
Hari Raya bukan sekadar tentang rehat, tapi tentang keselesaan dan kebersihan untuk terus bergaya dan yakin sepanjang ziarah.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang masih memilih ISDOBI walaupun di hari raya.

Kami sentiasa ada untuk anda, 24 jam, tanpa henti.

ISDOBI, Teman setia anda, walaupun di Hari Raya

19/02/2026

Assalamualaikum

✨ SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA ✨

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat yang melimpah buat anda sekeluarga.
Terima kasih kerana terus memilih ISDOBI tanpa was-was sebagai dobi pilihan anda.

InsyaAllah, kami di ISDOBI komited memberikan perkhidmatan terbaik, bersih dan wangi setiap masa sepanjang Ramadan ini.

πŸ“ ISDOBI
Jalan Iskandar, Bukit Kapar
Kedai Dobi Layan Diri 24 Jam

Semoga setiap amal ibadah kita diterima dan dipermudahkan

Photos from Is Dobi's post 02/01/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah 🀲
Rezeki malam ini dari customer setia kami dari Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Beliau membeli 12 unit tong terpakai berkapasiti 25L.

Yang buat kami lebih bersyukur, beliau merupakan regular customer ISDOBI sejak awal 2025.

Bagi anda yang sedang mencari tong terpakai 25L untuk kegunaan bisnes atau simpanan:
πŸ“ž Hubungi: 012-294 7557
πŸ“ Self collect di ISDOBI, Jalan Iskandar, Bukit Kapar

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong ISDOBI.
InsyaAllah, kami akan terus berikan yang terbaik πŸ’™

Photos from Is Dobi's post 06/11/2025

Assalamualaikum

🌟 Perkhidmatan QR Kod Kini di ISDOBI 🌟

Alhamdulillah
ISDOBI kini melangkah setapak lagi ke hadapan

Dulu pelanggan perlu bawa wang tunai untuk dapatkan token. Sekarang, lebih mudah dan pantas hanya imbas QR kod untuk buat bayaran melalui pilihan DuitNow,(Bank QR App) ShopeePay, GrabPay, Touch n Go eWallet, Boost atau Setel seterusnya token terus keluar.

Tak perlu risau kalau tak ada duit kecil. Tak perlu tunggu lama.Semua boleh dilakukan terus dari telefon anda.

Kami percaya, pengalaman mendobi seharusnya mudah, bersih dan moden oleh sebab itu ISDOBI sentiasa berusaha menambah baik kemudahan untuk pelanggan kami.

Jom alami pengalaman mendobi yang lebih lancar, cepat dan selesa di ISDOBI, Jalan Iskandar, Bukit Kapar
Dobi Layan Diri 24 Jam dengan Haruman yang menyegarkan.

29/10/2025

Assalamualaikum

🌿 ISDOBI β€” Sentiasa Cakna Keselesaan Pelanggan 🌿

Hari ini kami luangkan masa untuk trim pokok bisuada di hadapan ISDOBI.
Beberapa dahan yang rendah dan terjuntai kami kemaskan, supaya pelanggan boleh parking dengan lebih mudah dan selesa, walaupun di bawah rendang pokok bisuada yang menyejukkan pandangan. 🌳✨

Kami percaya, suasana yang selesa dan bersih akan buat pengalaman mendobi di ISDOBI jadi lebih tenang β€” sama ada datang bersama keluarga, rakan, atau sendirian sambil menikmati haruman lembut pakaian yang baru dicuci. πŸ§ΊπŸ’¨

ISDOBI bukan sekadar tempat mencuci pakaian, tapi tempat untuk berehat sebentar dari kesibukan harian, ditemani angin sepoi dan redupnya pokok bisuada. πŸŒΏπŸ’š

Jom ramai-ramai mendobi di ISDOBI, Jalan Iskandar, Bukit Kapar,
Tempat selesa, wangi, dan tenang β€” sebab keselesaan pelanggan sentiasa kami utamakan.

03/10/2025

Assalamualaikum

β˜”οΈ Musim hujan dah nampak seperti bermula di Bukit Kapar & Meru. Dah seminggu dua ni, awan mendung dan pagi ni pun (3 Okt, jam 10 pagi) gerimis masih turun membasahi bumi.

Ramai yang mengadu baju tak kering, berbau hapak bila dijemur di rumah. πŸŒ§οΈπŸ‘•πŸ‘–
Tapi pelanggan ISDOBI tak perlu risau dan hanya perlu datang mengeringkan baju di sini. Mesin pengering kami dengan suhu panas sekata bukan sahaja cepat, tapi juga kekal wangi sebab guna pelembut khas ISDOBI. 🌸

πŸ’‘ Jadi kalau baju anda pun terperangkap di ampaian musim hujan ni, singgah je ke ISDOBI, Jalan Iskandar, Bukit Kapar.
Tak perlu tunggu matahari, sebab di sini baju anda tetap akan kering, lembut & harum.

πŸ‘‰ Jom mendobi di ISDOBI β€” musim hujan bukan lagi halangan.

02/09/2025

Assalamualaikum

πŸŒ… Pagi Rabu di ISDOBI

Hari ini kami mulakan rutin sedikit berbeza.
Seawal jam 4 pagi, team ISDOBI sudah berada di premis. Bukan sebab ada pelanggan, tapi kerana kami percaya kebersihan dan keselesaan pelanggan bermula sebelum pintu dibuka lagi.

Setiap lantai disapu, setiap mesin dilap, setiap sudut diperiksa. Kami mahu bila pelanggan melangkah masuk, mereka dapat rasa tenang, bersih dan wangi – seolah-olah dobi ini rumah kedua mereka.

Kadang-kadang orang nampak mudah, β€œbasuh baju β†’ masuk mesin β†’ siap.”
Tapi bagi kami, di sebalik setiap cucian ada tanggungjawab.
Kerana pakaian yang bersih membawa keyakinan dan keselesaan kepada pelanggan kami.

Terima kasih atas sokongan anda semua.
Kerana tanpa anda, semangat bangun seawal 4 pagi mungkin takkan sekuat ini. πŸ’™

✨ ISDOBI – Bersih, Wangi, Selesa.
Jalan Iskandar, Bukit Kapar

Photos from Is Dobi's post 21/08/2025

Assalamualaikum

πŸ”§βœ¨ Cerita Disebalik Mesin ISDOBI βœ¨πŸ”§

Pada Khamis, 16 Ogos 2025, salah satu mesin pencuci 18KG kami mengalami sedikit masalah teknikal. Hasil analisis, kami dapati inlet valve tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Tanpa berlengah, kami terus uruskan untuk dapatkan part gantian baru – sebab kami tahu, setiap mesin di ISDOBI adalah nadi penting untuk keselesaan pelanggan. Alhamdulillah, pada Isnin, 18 Ogos 2025, part gantian sampai dan pasangannya berjaya dibuat. Mesin berfungsi semula dengan cemerlang πŸ™Œ

Ini sebahagian daripada komitmen kami – bila ada masalah, kami terus selesaikan secepat mungkin, supaya warga Bukit Kapar boleh terus mendobi dengan tenang di ISDOBI, Jalan Iskandar. πŸ§ΊπŸ’™

πŸ‘‰ Jadi, jom teruskan pilihan bijak anda. Datang mendobi di ISDOBI – dobi layan diri yang sentiasa memastikan mesin tip-top untuk anda.

ISDOBI
JALAN ISKANDAR
BUKIT KAPAR



* INLET VALVE - Fungsi utama INLET VALVE pada mesin basuh Huebsch adalah untuk mencampur air sejuk dan air panas bagi mendapatkan suhu air yang tepat untuk proses mencuci.
Ia bertindak sebagai komponen penting yang memastikan air yang masuk ke dalam dram mesin basuh mempunyai suhu yang betul, mengikut tetapan program yang dipilih.

Photos from Is Dobi's post 11/08/2025

Assalamualaikum

πŸ“’ Kisah Pelanggan Puas Hati dari Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, pada 7 Ogos (Khamis) lepas, kami di ISDOBI telah menerima kunjungan seorang pelanggan dari Desa Pandan, Kuala Lumpur. Beliau datang sendiri ke lokasi kami di ISDOBI semata-mata untuk mengambil 15 tong terpakai bersaiz 25 liter yang telah dibelinya.

Walaupun jarak yang jauh, semangat beliau untuk datang sendiri menunjukkan betapa pentingnya kualiti dan servis yang kami tawarkan. Kami sangat menghargai kepercayaan yang diberikan! 😊

Lebih membahagiakan, pelanggan ini sangat berpuas hati dengan pembelian tong-tong tersebut. Ini lah yang menjadi motivasi kami untuk terus memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan.

Terima kasih banyak-banyakπŸ™

Bagi anda yang memerlukan tong terpakai berkualiti atau bekas penyimpanan industri, jangan ragu-ragu untuk hubungi ISDOBI. Kami sedia membantu!

πŸ“ Lokasi: ISDOBI
πŸ“ž 012 294 7557
wasap.my/+60122947557/tong25L

Photos from Is Dobi's post 02/07/2025

Assalamualaikum

π—œπ—¦π——π—’π—•π—œ | PENYELENGGARAAN UNTUK KESERONOKAN MENCUCI TANPA GANGGUAN

Minggu lalu, kami di ISDOBI mengambil masa untuk menyelenggara dan menambah baik sistem dobi kami demi memastikan pengalaman pelanggan kekal lancar dan selesa 🌟

🧼 1. Penukaran Saluran Sabun & Pelembut Baru
Semua tubing atau saluran kemasukan sabun & pelembut pada setiap washer telah diganti baharu. Ini memastikan aliran bahan cucian sentiasa lancar dan hasil cucian kekal bersih dan harum.

πŸ”₯ 2. Penukaran Board Elektronik Mesin Pengering
Semasa proses pemeriksaan berkala, kami berjaya kenal pasti satu unit mesin pengering memerlukan penukaran board elektronik. Kami tukar serta-merta walaupun kos satu unit melibatkan ribuan ringgit demi menjamin operasi pengering sentiasa optimum dan memudahkan para pelanggan.

πŸͺ™ 3. Stok Token Reader Disediakan
Kami juga menyemak dan memastikan stok mesin bacaan token (token reader) sentiasa ada sebagai langkah bersedia. Jadi tak perlu risau kalau ada sebarang keperluan gantian dan kami sedia pastikan operasi washer dan dryer kekal lancar.

πŸ’¬ Kami percaya, dobi bukan sekadar tempat mencuci pakaian ia juga tempat rehat seketika sambil rutin rumah menjadi mudah.

Jadi, kepada anda yang sedang mencari dobi yang bersih, berfungsi baik dan menyenangkan, jemputlah ke ISDOBI, terletak di Jalan Iskandar, bersebelahan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar.

πŸ•’ Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
πŸ“ Wangi. Bersih. Terjaga.

ISDOBI – Tempat dobi yang faham keperluan anda.

09/06/2025

Assalamualaikum

🌟 Kami Sambung Lagi 3 Tahun! – ISDOBI Terus Melangkah 🌟

Minggu lepas kami perbaharui SSM ISDOBI untuk tempoh 3 tahun lagi.

Alhamdulillah, ini bukan sekadar dokumen rasmi β€” tapi tanda bahawa perjalanan kami masih jauh, dan misi kami belum selesai.
Dari hari pertama mesin pertama mula berputar, hingga hari ini, kami terus belajar, berkembang, dan berbakti kepada komuniti Bukit Kapar & sekitarnya.

Kami bukan sekadar tempat cuci baju.
ISDOBI adalah ruang singgah untuk keluarga, bujang, pekerja dan warga setempat.
Ruang untuk berehat, berbual, menunggu… sambil baju dibersihkan, hati pun tenang.

πŸ’‘ Dengan setiap pembaharuan, datang azam baru:
βœ”οΈ Mesin lebih efisien
βœ”οΈ Servis lebih mesra
βœ”οΈ Ruang lebih selesa
βœ”οΈ Waktu lebih fleksibel

Dan insyaAllah, rasa seperti macam kurang je jika ada 1 unit dobi ISDOBI.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong.
Jom terus bersama kami dalam perjalanan ini.

πŸ“ ISDOBI, Bukit Kapar
⏰ 24 jam beroperasi
🌬️ Bau wangi, kain bersih, hati senang.

Photos from Is Dobi's post 03/06/2025

πŸŒ‡ Kisah Petang di ISDOBI – 3 Jun 2025

Petang tadi, sekitar jam 6.15 petang, seorang pelanggan singgah ke ISDOBI, Bukit Kapar untuk mengeringkan pakaian. Sambil menunggu, beliau duduk berehat di kerusi dan meja yang kami sediakan untuk keselesaan pelanggan.

Jam 6.45 petang, pelanggan tersebut selesai urusan dan terus pulang. Tapi, tanpa disedari… ada sesuatu tertinggal.

Tepat jam 7.00 malam, seorang lagi pelanggan yang hadir ke ISDOBI ternampak sebuah dompet tertinggal di atas meja. Beliau terus maklumkan kepada kami dengan jujur dan amanah.

Kami sampai ke ISDOBI sekitar 7.05 malam untuk buat kerja-kerja kemas dan pembersihan (5S), dan pelanggan yang prihatin tadi memberitahu tentang dompet itu.

Saya pegang dompet tersebut sambil teruskan menyapu dan mengemas…

Dan akhirnya, jam 7.10 malam,
Alhamdulillah, pemilik dompet datang semula. Serahan dompet dilakukan dengan selamat.

🀝 Syukur dan Terima Kasih

Kami bersyukur kerana Allah datangkan pelanggan yang hebat, jujur dan amanah.
Inilah semangat komuniti yang kami hargai di ISDOBI β€” tempat mencuci yang bukan sekadar mendobi, tapi penuh nilai dan keikhlasan.

🧺🌸 Jom Cuci, Jom Wangi

Kalau anda nak cuci sambil santai, tunggu baju kering dengan bau harum,
Mai singgah ke:

ISDOBI
Jalan Iskandar
Bukit Kapar

πŸ“ Buka 24 jam
βœ… WAZE ISDOBI Jalan Iskandar, Bukit Kapar

Want your business to be the top-listed Cleaning Service in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Iskandar, Kapar
Klang
42200