SRA Rantau Panjang
Hak milik SRA Rantau Panjang klang selangor
18/09/2026
🌷 Selamat Menduduki Peperiksaan PSRA 2026 🌷
Buat semua calon PSRA 2026, selamat menduduki peperiksaan! Semoga dipermudahkan setiap urusan, ditenangkan hati, dilapangkan fikiran dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menghadapi peperiksaan.
🤲 Ya Allah, kurniakanlah kepada anak-anak ini ketenangan hati, kefahaman yang baik, ingatan yang kuat dan ilham dalam menjawab setiap soalan. Permudahkanlah mereka membaca, memahami dan menjawab dengan tepat. Jauhkanlah mereka daripada rasa takut, gelisah dan keliru.
Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan. Buat yang terbaik, jawab dengan tenang dan yakinlah dengan usaha sendiri.
🌟 Semoga semua calon PSRA 2026 memperoleh kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan untuk mencapai cita-cita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲💐
Selamat maju jaya, anak-anak! ❤️
17/09/2026
GOTONG ROYONG PERDANA
Alhamdulillah,
Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG telah berjaya dilaksanakan pada cuti sempena Hari Malaysia yang lalu, iaitu pada 16 September 2026.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dari awal perancangan sehingga program selesai.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan guru dan AJK PIBG yang sanggup meluangkan serta mengorbankan masa cuti dalam membantu dan menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi pengukuh dan penguat antara pihak sekolah dan ibu bapa.
14/09/2026
SOLAT HAJAT & MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID UPKK & PSRA 2026
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua ibu bapa & penjaga yang telah hadir dalam majlis Solat Hajat dan Motivasi Keibubapaan murid UPKK & PSRA pada 21 Ogos 2026 bertempat di Masjid Ahmadi, Klang pada dengan kerjasama PIBG dan Masjid Ahmadi Rantau Panjang.
Semoga semua calon yang menduduki peperiksaan mendapat kejayaan cemerlang
07/09/2026
📢 MAKLUMAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Assalamualaikum w.b.t.
Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Program Gotong-Royong bagi menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
Penyertaan ibu bapa/penjaga serta murid-murid bagi sama-sama menjayakan program ini sangat dialu-alukan.
📅 Tarikh :
16/9/2026 (Rabu)
⏰ Masa :
8.00 pg – 12.30 tgh hr
📍 Tempat :
Persekitaran sekolah
🍽️ Makanan : Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
🌿 Keperluan program :
Pihak sekolah memerlukan bantuan ibu bapa untuk membawa mesin rumput (minyak disediakan) dan skop untuk digunakan sepanjang aktiviti gotong-royong.
Terima kasih atas kerjasama semua. 🌿🤝
07/09/2026
Selamat menduduki Ujian Percubaan Kedua bagi semua calon UPKK 2026 bermula 7 September (Isnin) sehingga 10 September 2026 (Khamis).
Semoga diberi ketenangan hati, ketajaman ingatan dan minda dalam menjawab soalan yang diberikan.
Kejayaan anda adalah doa' kami
Assalamualaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan ,
Tawaran Kemasukan Murid Tahun Satu (1) Sekolah Rendah Agama (SRA) Negeri Selangor Sesi Persekolahan 2027
Ibubapa perlu membawa dokumen seperti yang tersebut :
1) Surat Penempatan Sekolah Kebangsaan
2) Surat Tawaran Berjaya & Borang Maklum Balas SRA
3) Salinan Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1
4) Sijil Kelahiran Yang Asal
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak pengurusan sekolah yang berkenaan di talian 0332914272
Sekian, Terima Kasih.
21/08/2026
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU KE MITS DAN SAM / SAMT TAHUN 2027
Ibu bapa/penjaga yang ingin memohon ke MITS DAN SAM / SAMT boleh membuat permohonan melalui portal rasmi:
https://emaahad.jais.gov.my
TARIKH PERMOHONAN ADALAH PADA *21 OGOS HINGGA 02 OKTOBER 2026*
Unit Pengurusan Sekolah,
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor
19/08/2026
SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI KEIBU BAPAAN MURID UPKK & PSRA
Tarikh : 21/8/2026
Hari : Jumaat
Masa : 5.30 ptg - 10.30 malam
Tempat : Masjid Ahmadi
Kg Rantau Panjang klang
Semua dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis ilmu ini.
18/08/2026
Alhamdulillah
Hari ini SRARP telah selesai Pemantauan Berprestij melibatkan pengurusan dibawah Unit Ko-kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid (HEM).
Pemantauan telah dijalankan oleh 6 orang pegawai dari JAIS.
Dan markah yang diperolehi bagi keseluruhan pemantauan adalah 91.11% (Sangat Cemerlang/Mumtaz)
Tahniah dan syabas kepada semua barisan guru dan kakitangan sekolah yang telah melaksanakan amanah dengan sepenuh tenaga dan keikhlasan. Sehingga ada yang bermalam disekolah.
Semoga semangat ini terus membawa SRARP melakar kejayaan dimasa² akan datang.
17/08/2026
Alhamdulillah
LED Screen telah rasmi digunakan buat kali pertama di Dataran Mumtaz SRA Rantau Panjang
Terima kasih kepada semua penyumbang, ibu bapa, barisan AJK PIBG SRARP yang telah menyumbang wang ringgit, pandangan serta doa sehinggalah projek ini berjaya.
Terima kasih kepada PIBG SRA Rantau Panjang yang sentiasa menjadi tulang belkang kami di SRARP dalam mengorak langkah yang lebih ke arah SRAR gemilang.
Semoga manfaat dari pemasangan LED Screen ini terus dalam perhatian Allah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Telephone
Address
Sra Rantau Panjang Jalan Palembang Telok Kapas
Klang
42100
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SRA Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.