PAS Bandar Bukit Raja
PAS Bandar Bukit Raja
07/04/2024
BANDAR BUKIT RAJA, 7 April - Inisiatif yang diambil oleh PAS Cawangan Bandar Bukit Raja dengan memberi Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf-asnaf terpilih di sekitar Bandar Bukit Raja.
Sehubungan dengan sedekah di bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang akan diraikan tidak lama lagi.
Program pada pagi ini diketuai oleh saudara Ismail Hasan yang ditaklifkan sebagai Naib Ketua Cawangan PAS BBR dengan dibantu Ustaz Sani, Sheikh Kamal serta "Harimau Berantai" PAS BBR iaitu saudara Zul Rani. Sebanyak 15 famili dibantu dalam program pada pagi ini.
Program selesai sekitar 11.00 pagi.
11/03/2024
Sabtu, 9 Mac 2024
Selesai sudah tugas dalam melunaskan tuntutan tahunan dalam organisasi iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bandar Bukit Raja buat kali ke 7.
Terima kasih kepada semua yang hadir, kita tak ramai tapi ada..
سيروا على بركة الله
01/09/2023
Salurkan bahan kempen semasa PRN N.45 - Bandar Baru Klang (Selangor) yang lepas ke PRK N.13 - Simpang Jeram (Johor).
23/06/2023
“Sama-sama kita berusaha di atas kapasiti masing-masing”
Sumber:-
https://www.facebook.com/100063550929245/posts/750801030381588/?mibextid=cr9u03
20/04/2023
.
﷽
Assalamualaikum wbt.
Pertama dan selamanya saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih lagi panjangkan usia kita sehingga ke akhir bulan Ramadan 1444H yang mulia ini. Keberadaan kita di dalam bulan ini diharapkan ianya menjadi suatu bulan tarbiyyah buat kita semua kerana kita semua yang ada pada hari ini, belum tentu semuanya di antara kita akan berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan 1445H.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli PAS di cawangan Bandar Bukit Raja ini kerana berjaya mengumpul infaq Ramadan 1444H sebanyak RM3 ribu ringgit untuk tajaan iftar di Masjid BBR. Walaupun kita tidak ada ramai, atas dasar tolong menolong dan mencukupkan apa yang tidak cukup akhirnya kita berjaya merealisasikan target tersebut.
Benarlah apa yang selalu diungkapkan oleh pimpinan tertinggi dalam PAS, duit yang PAS ada ini datangnya dari poket-poket ahli PAS sendiri. Biarlah apa yang yang orang lain kata, parti kita ini ‘tin milo’ atau apa saja gelaran yang diberikan. Hanya kita sahaja yang tahu akan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit yang dilakukan ini bermatlamat untuk mendapat reda Allah dan menohon ganjaran pahala untuk dibawa ke akhirat kelak.
Sebagai penutup kata, saya mewakili Dewan Harian PAS Cawangan Bandar Bukit Raja dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Eidulfitri 1444H. Maaf zahir dan batin.
سيروا على بركة الله
Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
Ketua PAS,
Cawangan Bandar Bukit Raja.
12/03/2023
Perwakilan PAS Cawangan Bandar Bukit Raja di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang kali ke-38.
Ahad, 12 Mac 2023
8.00 pagi - 1.30 petang
Dewan Perumahan Kastam, Pulau Indah.
Lagi 2 hari..
Mesyuarat Agung PAS Cawangan Bandar Bukit Raja kali ke-6
Sabtu, 28 Januari 2023
9.15 malam
PASTI Bandar Bukit Raja
JOM sama-sama kita tunaikan amanah dan tanggungjawab kita sebagai ahli PAS.
inn shaa Allah.
04/12/2022
Tahniah buat Ustaz Sani, Komander Zul dan Sheikh Pejo yang mewakili PAS Cawangan Bandar Bukit Raja berkonvoi ke Tioman bagi memeriahkan suasana pilihanraya di sana.
28/11/2022
Menang atau belum menang, orang PAS ni tetap akan buat kenduri kesyukuran. Sama la macam kami di PAS Cawangan Bandar Bukit Raja, malam semalam ada buat makan-makan sambil meraikan petugas dan sukarelawan semasa PRU15 yang lepas.
Ukhuwah silaturahim dijalinkan ibarat satu keluarga yang harmoni.
inn shaa Allah.
﷽
Alhamdulillah, hari ini PAS Cawangan Bandar Bukit Raja mengorak langkah dalam medsos dengan adanya page ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bandar Bukit Raja
Klang
41050