Klang INFO
INFO terkini mengenai isu semasa di KLANG khususnya Dan diseluruh Malaysia amnya. melalui berita semasa, infografik, informasi santai Dan video terkini.
09/10/2026
MELAKA, 9 Okt - Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, meskipun sasaran awal gabungan itu adalah antara 18 hingga 21 kerusi.
Pengarah Pilihan Raya PH, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi bergantung kepada Majlis Presiden, manakala pembahagian kerusi calon akan ditentukan parti komponen masing-masing.
“PH yang hampir pasti (akan tanding) dalam 18 kerusi hingga 21 kerusi, namun kalau keadaan terpaksa mungkin kita bertanding 28 kerusi, itu yang sedang dipertimbangkan,” katanya.
Amirudin berkata, PH telah menyediakan pelan bagi menghadapi pilihan raya itu, sama ada bertanding secara solo atau bekerjasama dengan parti lain, termasuk Barisan Nasional (BN), dengan rundingan masih terbuka.
“Perbincangan masih terbuka dengan Barisan Nasional, walaupun untuk ‘membuka kuncinya’ (BN) agak sukar,” ujarnya.
Katanya, gabungan itu menyasarkan untuk menambah jumlah kerusi yang dimenangi dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sebelum keputusan pimpinan pusat dimuktamadkan.
“Masih ada seminggu lagi. 24 jam pun masa yang terlalu lama dalam politik, macam-macam boleh berlaku. Kita bersedia sebaik mungkin untuk semua kemungkinan,” tambahnya.
Kredit: MalaysiaGazette
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
09/10/2026
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 – Sebuah operasi membanteras kesalahan jalan raya membabitkan warga asing di sekitar ibu negara bertukar tegang apabila pihak berkuasa berdepan dengan provokasi ketika pemeriksaan dilakukan. Insiden tersebut berlaku semasa Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang digerakkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur bersama Unit FALCON bermula jam 9 pagi di sekitar Sentul.
Suasana dilaporkan sedikit kecoh apabila seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai majikan kepada salah seorang pekerja yang ditahan ketika memandu sebuah Toyota Unser. Lelaki berkenaan secara agresif mempertahankan pekerjanya dengan mendakwa kenderaan itu hanya dipandu dalam jarak dekat untuk ke pusat cuci kereta, namun dia akhirnya terdiam dan beredar selepas anggota operasi menegaskan bahawa pekerjanya itu langsung tidak mempunyai lesen memandu.
Operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur itu berjaya mengesan pelbagai kesalahan kronik seperti memandu tanpa lesen, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, serta tiada perlindungan insurans. Pihak berkuasa turut mengesan warga asing yang berani memandu kenderaan berat seperti lori Roll On Roll Off (roro) serta menunggang motosikal untuk mengangkut barangan komersial seperti tong gas. Malah, terdapat juga gelagat lucu apabila ada dalam kalangan penunggang warga asing yang sanggup berpura-pura pengsan semata-mata sebagai taktik untuk mengelak daripada ditahan.
Salah seorang penghantar tong gas warga India yang ditahan menaiki motosikal Honda EX5 mengakui menyedari kesalahannya tetapi terpaksa bekerja demi upah RM60 sehari dan komisen RM2 bagi setiap trip, manakala pasportnya p**a disimpan oleh majikan. Disebabkan kedegilan mematuhi undang-undang jalan raya, ada dalam kalangan penunggang terbabit berdepan tindakan tegas dengan dikenakan antara lima hingga tujuh saman sekaligus.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam mengesahkan bahawa sebanyak 47 kenderaan telah disita merangkumi motosikal, kereta, dan kenderaan barangan, selain 273 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi tersebut. Keseluruhan individu yang ditahan p**a adalah seramai 58 orang membabitkan pemandu, pembonceng, dan kelindan dari warga Myanmar, Kemboja, India, Pakistan, Bangladesh, serta Indonesia. Beliau menegaskan semua kenderaan terbabit disita untuk tindakan mahkamah dan JPJ memberi jaminan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
09/10/2026
PKR Melaka dilihat sedang menyusun percaturan calon dengan menggabungkan pengalaman tokoh lama dan tenaga muka baharu menjelang PRN Melaka.
Antara nama yang mula disebut ialah bekas pimpinan PKR Melaka, Mohd Rafee Ibrahim atau Cikgu Rafee, yang pernah bertanding di DUN Ayer Molek pada PRN 2021 dan kini dikaitkan dengan kemungkinan bertanding di DUN Klebang.
Selain Cikgu Rafee, beberapa nama lain turut menjadi perhatian termasuk Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang dikaitkan dengan Paya Rumput serta Datuk Ginie Lim yang disebut bagi DUN Machap.
Bagaimanapun, semua nama berkenaan masih pada peringkat spekulasi dan keputusan akhir bergantung kepada percaturan kepimpinan PKR serta rundingan pembahagian kerusi dalam PH.
PKR dijangka bertanding sekitar tujuh hingga lapan kerusi, dengan Klebang, Machap, Rembia, Paya Rumput, Pengkalan Batu, Rim dan Kuala Linggi antara kawasan yang menjadi perhatian.
Dalam menyusun barisan calon, parti itu bukan sahaja perlu melihat pengalaman dan kekuatan jentera, tetapi turut mengambil kira penerimaan calon serta jaringan akar umbi di kawasan masing-masing.
Percaturan kali ini akhirnya akan menentukan wajah PKR dalam saingan PRN Melaka sama ada lebih banyak bergantung kepada nama berpengalaman atau membuka ruang lebih besar kepada generasi baharu.
Dengan senarai calon masih belum dimuktamadkan, setiap nama yang disebut kini menjadi perhatian sebelum keputusan rasmi pucuk pimpinan diumumkan.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
09/10/2026
Shuib memilih untuk tidak membalas kenyataan keras Jep Sepahtu yang mendakwanya masih memainkan sentimen persahabatan mereka demi meraih perhatian umum.
Ketika dihubungi, Shuib berkata dia sudah membaca hantaran Jep selepas menerima tangkap layar daripada seorang rakannya, namun menegaskan tidak akan memberikan sebarang komen.
“Saya tak ada nak cakap apa-apa. Terima kasih. Ada kawan hantar screenshot hantaran tersebut, saya baca juga. Takkan ada komen apa-apa daripada saya.”
Terdahulu, Jep tampil membidas Shuib menerusi Instagram dan mendakwa isu persahabatan mereka terus dimainkan dalam kandungan podcast. Jep turut berkata dia sudah muak dengan kemelut tersebut dan meminta Shuib berhenti menjadikan persahabatan lama mereka sebagai bahan publisiti.
Kemelut antara Jep, Shuib dan Mamat kembali diperkatakan selepas Shuib dan Mamat berkongsi kisah mengenai penubuhan Sepah dalam Dol’s Podcast, sebelum Jep mendakwa sebahagian cerita yang dikongsikan telah direka atau ditokok tambah.
Sumber: mStar
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
09/10/2026
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini.
Belanjawan itu merupakan belanjawan kelima Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dengan tumpuan kepada usaha memastikan pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi dapat dinikmati secara saksama demi kesejahteraan rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Pembentangan Belanjawan 2027 akan disiarkan secara langsung menerusi pelbagai stesen televisyen tempatan dan platform media sosial, termasuk Bernama TV yang turut menyiarkan kupasan Analisis Belanjawan 2027 pada jam 8.30 malam ini.
Menurut kenyataan prabelanjawan di laman web Kementerian Kewangan, Belanjawan 2027 dirangka bagi meneruskan kesinambungan asas kukuh yang dibina menerusi belanjawan terdahulu.
Sebagai belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), ia meneruskan tiga tonggak Ekonomi MADANI, iaitu menaikkan siling pertumbuhan, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta memacu pembaharuan tatakelola pentadbiran negara.
Kementerian Kewangan memaklumkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan hasil pelaksanaan reformasi struktur, termasuk konsolidasi fiskal dan penyasaran subsidi, meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan antarabangsa.
Bagi Belanjawan 2027, kementerian menggariskan 10 fokus utama, termasuk merapatkan jurang wilayah dan menangani kos sara hidup menerusi bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan BUDI MADANI.
Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan jaringan keselamatan sosial pekerja gig, persediaan menghadapi status negara menua menjelang 2030, perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan serta transformasi sektor awam berasaskan teknologi kerajaan (GovTech).
Selain itu, belanjawan berkenaan turut memberi perhatian kepada kebajikan pekerja melalui gaji bermaruah, pemerkasaan usahawan tempatan berteraskan konsep “Made by Malaysia” serta pelaburan bernilai tinggi dalam sektor seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
09/10/2026
Isu pengendalian pelarian di Malaysia kembali menjadi perhatian apabila pempengaruh, Isa Isarb mempersoalkan tahap kawalan kerajaan terhadap status serta pergerakan pelarian di negara ini.
Selepas mengunjungi Cox’s Bazar, Bangladesh, beliau melahirkan kebimbangan bahawa ketiadaan sistem suaka rasmi menyebabkan Malaysia terlalu bergantung kepada UNHCR dalam menentukan status pelarian.
Menurut Isa, kerajaan perlu mempunyai mekanisme sendiri untuk membezakan antara individu yang benar-benar melarikan diri daripada penindasan, pendatang asing tanpa izin, individu yang terbabit dalam jenayah serta mereka yang mungkin dieksploitasi sindiket pemerdagangan manusia.
Beliau mendakwa pengalaman di Cox’s Bazar mendedahkannya kepada pelbagai kisah berkaitan keganasan, serangan dan aktiviti jenayah, sekali gus meningkatkan kebimbangannya terhadap aspek keselamatan.
Isa turut mempersoalkan sejauh mana UNHCR patut mempunyai peranan dalam menentukan siapa yang boleh terus berada di Malaysia, dengan menegaskan bahawa kepentingan kemanusiaan antarabangsa dan tanggungjawab kerajaan terhadap keselamatan negara merupakan perkara yang berbeza.
Beliau menyamakan keadaan semasa dengan situasi di mana pemilik rumah sendiri tidak mempunyai kuasa menentukan siapa yang boleh tinggal di dalam rumahnya.
Bagaimanapun, Isa menegaskan beliau tidak menggesa UNHCR dikeluarkan dari Malaysia, sebaliknya mahu pengawasan kerajaan diperkukuh dan status pelarian yang sudah berada di negara ini dikaji semula.
Beliau turut mencadangkan penilaian terhadap lebih 100,000 pelarian bagi memastikan status mereka, namun dakwaan berkaitan salah guna proses pendaftaran di negara lain yang disebutnya tidak dapat disahkan.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
08/10/2026
PONTIANAK, 8 Okt - Kerajaan Indonesia berdepan dakwaan melakukan 'kecuaian besar' berhubung krisis jerebu beracun akibat kebakaran hutan di Borneo menerusi kes mahkamah yang bermula di Pontianak pada Rabu lalu.
Saman tindakan kelas itu difailkan pada bulan lalu oleh empat plaintif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asal AMAN terhadap 10 defendan, termasuk Presiden Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat.
Peguam plaintif, Glorio Sanen menyifatkan kes itu sebagai satu langkah untuk menangani masalah kebakaran tahunan akibat kemusnahan hutan yang diburukkan lagi oleh kemarau fenomena El Nino.
Beliau pada masa sama menzahirkan rasa sedih dan kesal apabila tiada seorang pun defendan yang hadir pada pendengaran pertama, berkemungkinan akibat jerebu tebal yang turut menjejaskan ratusan penerbangan.
Berdasarkan dokumen mahkamah, pihak plaintif bertegas mendakwa kerajaan telah melakukan 'kecuaian besar' kerana terus gagal menangani krisis berulang yang menyebabkan sekolah ditutup dan mengancam kesihatan awam.
Oleh yang demikian, mereka menuntut agar kerajaan segera mengisytiharkan keadaan semasa sebagai bencana nasional bagi membolehkan langkah pemulihan dan rehabilitasi secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
Tuntutan tersebut juga mendesak agar pihak kerajaan menanggung sepenuhnya kos penjagaan kesihatan bagi ratusan penduduk yang terpaksa mendapatkan rawatan masalah pernafasan.
Difahamkan, satu saman serupa berhubung tindakan kerajaan menguruskan kebakaran pernah difailkan di sebuah mahkamah di Sumatera Selatan pada tahun lalu, namun permohonan tersebut telah ditolak.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
07/10/2026
JOHOR BAHRU, 7 Okt - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa empat bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menerajui Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) agar menghentikan serangan peribadi berterusan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengingatkan kump**an yang digelar ‘geng empat’ itu bahawa tindakan memperlekeh PKR tidak akan membantu mengembangkan parti baharu mereka, sebaliknya hanya memberi kelebihan politik kepada UMNO dan Perikatan Nasional (PN).
“UMNO dan PN yang akan mendapat keuntungan daripada luahan emosi seperti ini. Pemimpin-pemimpin ini tidak akan berada di kedudukan mereka hari ini jika bukan kerana PKR,” katanya dalam temu bual bersama FMT.
Kump**an bekas pimpinan yang dimaksudkan itu terdiri daripada Dato’ Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Lee Chean Chung, yang digesa agar menghargai jasa parti yang pernah membina kerjaya politik mereka ke tahap hari ini.
“Rafizi meminta saya supaya tidak terlalu lantang kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Anwar,” dedah Hassan satu ironi mengenai sikap Rafizi ketika beliau masih sebahagian dari PKR.
Beliau dalam masa sama menepis dakwaan kononnya PKR kini menjadi ‘parti keluarga’, sebaliknya berpendapat Rafizi sepatutnya berjiwa besar menerima kekalahannya di tangan Nurul Izzah bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan tahun lalu.
Menurut Hassan, sekiranya Rafizi memilih untuk terus bertahan di dalam PKR, gandingan beliau sebagai Presiden masa depan bersama Nurul Izzah mampu memperkukuh Pakatan Harapan (PH) bagi menjamin kelancaran peralihan kuasa pasca era kepimpinan Anwar kelak.
Menyentuh mengenai prospek Parti BERSAMA menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), beliau menjangkakan parti serpihan itu sebahagian besarnya sekadar mampu menjadi pemecah undi yang bakal mengurangkan majoriti kemenangan calon PH di kerusi bandar.
Kredit: FMT
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
07/10/2026
𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 — Golongan mat rempit dan samseng jalanan bakal berdepan dengan hukuman yang jauh lebih berat bermula 1 November ini susulan langkah kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pindaan tersebut telah pun diluluskan oleh Parlimen dan kini sedang berada dalam proses pewartaan akhir. Bagaimanapun, tarikh penguatkuasaan rasmi itu masih lagi bergantung sepenuhnya kepada kelancaran urusan dokumentasi berkenaan.
Antara perubahan paling signifikan di bawah undang-undang baharu ini adalah aktiviti perlumbaan haram kini boleh disabitkan sebagai kesalahan undang-undang walaupun belum berlaku sebarang kemalangan. Sebelum ini, pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan di bawah kesalahan memandu secara berbahaya kerana beban pembuktian memerlukan pihak pendakwaan menunjukkan wujudnya bahaya nyata atau impak kemalangan fizikal terlebih dahulu. Pindaan terbaharu ini digubal khusus bagi memberikan asas perundangan yang lebih jelas dan ketat untuk membanteras gejala lumba haram di jalan raya awam.
Menerusi peruntukan baharu tersebut, pesalah yang disabitkan buat kali pertama boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan yang berulang, hukuman akan digandakan dengan kadar denda melonjak kepada RM5,000 hingga RM20,000, atau tempoh penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Langkah mengetatkan undang-undang ini diharapkan dapat menghantar isyarat yang tegas kepada masyarakat bahawa jalan raya awam bukanlah litar perlumbaan. Bagaimanapun, keberkesanan impak undang-undang baharu ini dinilai bakal bergantung sepenuhnya kepada konsistensi operasi penguatkuasaan di lapangan oleh pihak berkuasa secara berterusan.
Dalam pada itu, JPJ turut mendedahkan bahawa aktiviti samseng jalanan ini kerap dikesan terus berulang di beberapa lokasi panas di seluruh negara. Antara kawasan yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan kelompok ini termasuklah di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
07/10/2026
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 – Lawatan rasmi Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing ke Malaysia yang dijangka berlangsung pada bulan ini bakal bertumpu kepada usaha rundingan berhubung pemulangan pelarian negara itu, biarpun tarikh dan jadual rasmi kunjungan berkenaan masih belum diumumkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan bahawa Myanmar telah bersetuju untuk menerima kep**angan sehingga 5,000 pelarian secara berperingkat. Bagaimanapun, kunjungan ini disifatkan sebagai amat sensitif memandangkan latar belakang Min Aung Hlaing yang merupakan bekas ketua junta tentera yang merampas kuasa daripada kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari 2021, sekali gus mencetuskan konflik bersenjata yang berterusan sehingga kini.
Beliau memegang jawatan sebagai Presiden Myanmar pada April lalu selepas memenangi pilihan raya yang didominasi oleh parti pro-tentera. Proses pilihan raya tersebut menerima kritikan hebat susulan ketiadaan parti pembangkang yang berdaya saing. Malah, ASEAN sehingga kini masih belum mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut dan kekal mengehadkan penyertaan pemimpin junta dalam sidang kemuncak blok serantau itu sejak tahun 2021.
Meskipun wujud isu pengiktirafan, rundingan dengan pihak yang memegang tampuk kuasa di Myanmar dilihat mempunyai kepentingan praktikal yang mendesak bagi Malaysia. Berdasarkan data Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), setakat akhir Februari lepas, terdapat kira-kira 193,824 pelarian dan pencari suaka dari Myanmar yang berdaftar di Malaysia, termasuk sekitar 126,144 etnik Rohingya.
Malaysia telah pun menghantar p**ang seramai 1,476 warga Myanmar dalam fasa pertama program pemulangan pada 29 September lalu, manakala fasa seterusnya dilaporkan bakal menyasarkan baki 3,524 orang lagi. Pertemuan akan datang ini dijangka akan digunakan sepenuhnya untuk membincangkan urusan penerimaan baki pelarian ini, syarat pemulangan, serta jaminan keselamatan mereka sebaik tiba di tanah air.
Mengulas mengenai situasi diplomatik tersebut, Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar secara rasmi. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Malaysia perlu berurusan dengan pihak yang mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan konkrit berhubung isu pelarian ini.
Dalam pada itu, UNHCR telah mengeluarkan amaran bahawa situasi semasa di Myanmar masih tidak selamat untuk proses pemulangan warga mereka. Agensi antarabangsa itu turut mengesahkan bahawa mereka tidak terlibat dalam operasi penghantaran p**ang yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika ini.
👉🏻 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐩𝐬, 𝐢𝐧𝐟𝐨, 𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.-
✅• 𝐋𝐢𝐤𝐞 • 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 • 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Klang INFO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.