Page Rasmi KMPP
Page Rasmi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
25/08/2026
20/08/2026
PERTANDINGAN AKHIR PIDATO ASPIRASI GENERASI MADANI
SEMPENA KARNIVAL MBMMBI PERINGKAT KMPP TAHUN 2026
Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu) Tempat: Perpustakaan KMPP
Majlis ini telah disempurnakan YBRS. TN. AZMAN BIN MOKHTAR, PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
Melalui platform Karnival MBMMBI ini, kita sebenarnya sedang berusaha untuk:
Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam berhujah secara meyakinkan.
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan anak-anak didik KMPP.
Meningkatkan kemahiran berbahasa, sama ada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mahupun Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi global.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan program ini sangat bermakna.
19/08/2026
PERTANDINGAN AKHIR PETAH KPM SEMPENA KARNIVAL MBMMBI 2026
Pertandingan Akhir PETAH KPM sempena Karnival MBMMBI utk Pertandingan 'Public Speaking" telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar, Pusat Sumber KMPP, dengan penyertaan lima orang peserta akhir yang menyerlahkan bakat, keyakinan dan kemahiran pengucapan awam masing-masing.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah KMPP, Tuan Azman bin Mokhtar. Penganjuran pertandingan ini bertujuan memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran komunikasi lisan, di samping membina keyakinan diri, pemikiran kritis dan kreatif serta bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar, selaras dengan tema βMinda Sejahtera, Negara Perkasaβ.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Tahniah dan syabas kepada semua peserta akhir atas keberanian dan komitmen yang ditonjolkan! πβ¨
19/08/2026
π₯ AYUH!!! KONTINJEN KAKOM KMPP! πͺπͺπͺ
β³ Lebih kurang 48 jam lagi!
Kontinjen KMPP bakal membawa cabaran, harapan dan amanah besar ke Kolej Matrikulasi Selangor sempena Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2026.
π€ Perjumpaan dan Amanat Akhir Kontinjen KAKOM bersama Pengarah KMPP, Tuan Azman bin Mokhtar, telah diadakan di DK8 sebagai suntikan semangat dan motivasi buat seluruh atlet KMPP.
πͺ Teruskan persiapan dari segi fizikal dan mental.
π₯ Kekalkan semangat juang!
β€οΈ Percaya pada pasukan!
π Berikan yang terbaik demi nama KMPP!
SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA ATLET KMPP! π²πΎ
π₯ AYUH!!! TAHUN INI, TAHUN KITA!
π KAKOM 2026 β KITA PUNYA! πͺ
16/08/2026
Syabas dan tahniah kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sesi 2025/2026 yang berjaya mendapat tempat ke IPTA.
Semoga terus cemerlang pada masa hadapan.
14/08/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS, WIRA ROBOTRIK KMPP!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) atas kejayaan cemerlang dalam Aktiviti Robotrik β Karnival Robotik Program Matrikulasi Tahun 2026.
Kejayaan ini lebih membanggakan apabila tiga pelajar KMPP berjaya menerima pengiktirafan dalam kategori anugerah yang berbeza, iaitu:
π Muhammad Imaduddin bin Ahmad Shukri.
Anugerah Pemikir Strategik
Team 4 | Robot Operation 1
π£οΈ Nurhusna Maisarah binti Zulkiflie.
Anugerah Komunikasi Cemerlang
Victim Support
π Eavan Yeoh Yu Hung
Anugerah Naratif Futuristik
Team Robot Operation 3
Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar bukan sahaja mampu menyerlah dalam bidang akademik, malah turut memiliki pemikiran strategik, kemahiran komunikasi, kreativiti, inovasi dan keupayaan bekerja secara berpasukan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Cik Nazlina binti Mohamed Sahul Hameed, selaku Pensyarah Pembimbing Robotrik, atas bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, kesabaran dan komitmen yang diberikan sepanjang penyertaan pasukan sehingga berjaya mencapai kejayaan ini.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta pelajar serta Pensyarah Pembimbing Robotrikππ
Segala usaha, masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
π Kejayaan ini bukan sekadar tentang anugerah, tetapi tentang keberanian mencuba, semangat berpasukan, ketekunan dan usaha untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.
Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga KMPP!
KMPP TERUS CEMERLANG!
Berfikir. Berinovasi. Berkolaborasi. Mencipta Masa Depan.π€π
14/08/2026
π Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).
KMPP dengan penuh rasa bangga menerima Sijil Cemerlang atas Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari bagi Tahun 2025).π
Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kecekapan, ketelitian dan integriti warga KMPP dalam memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara cekap, sistematik dan menepati tempoh yang ditetapkan.
Sesungguhnya, kecemerlangan ini bukan milik individu, tetapi merupakan hasil kerjasama dan kesungguhan seluruh warga KMPP dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
π Tahniah KMPP!
Teruskan budaya kerja cemerlang, profesional dan berintegriti demi memastikan KMPP terus unggul dalam setiap aspek pengurusan dan perkhidmatan.
βKecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi cerminan amanah yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.β
14/08/2026
Majlis Bacaan Yassin sempena sambutan bulan kebangsaan telah diadakan di Surau Annur KMPP pada Khamis, 13 Ogos 2026.
Pengarah KMPP, Tuan Azman bin Mokhtar, turut menghadiri majlis ini bersama-sama dengan para staf dan para pelajar. Selain daripada bacaan Yassin, diadakan juga tahlil dan tazkirah ringkas serta solat secara berjemaah.
Semoga negara kita, Malaysia, terus merdeka serta sentiasa dilindungi dan diberkati Allah swt.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kepala Batas
13200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |