Ibnu Rijal

Ibnu Rijal

Share

PENULIS DAN PEMBACA. books author
Tv script writer
freelance speaker IbnuRijal.blogspot.com
sebuah gelanggang ilmu dari anak muda untuk seluruh anak dunia.

membincangkan pelbagai isu2 terkini dan terdahulu melalui sudut pandang agama. limpahan ilmu merangkumi aspek tauhid, syariat, sirah, akhlak, dan pelbagai lagi perkara berbangkit, berdiri, duduk, dan lain2.. "sampaikan olehku walaupun satu ayat..." maksud Hadis-

Photos from Ibnu Rijal's post 02/06/2026

"The most important part of a story is the piece of it you don't know."

ini adalah petikan ungkapan yang sangat pop**ar dalam sastera Barat. dari sebuah novel, The Lacuna, karangan Barbara Kingsolver.

bila difikirkan, betul. kebanyakkan hal yang paling menarik adalah yang kita tidak tahu. itulah sebenarnya maksud Lacuna. iaitu Satu gap ruang kosong yang tidak kita isi kerana ketidaktahuan kita itu. dan selalunya, ruang itulah part yang paling menarik sebenarnya.

atas kesedaran itulah saya menulis Alfu sanatin 3 ini. saya tahu sudah banyak buku pasal Yahudi di pasaran sejak sekian lama. namun, cubalah baca buku ini dulu. anda akan faham, inilah Lacuna yang cuba Ibnu Rijal isi.

- saya difahamkan menerusi ig karangkraf, jualan online akan bermula selepas hari ke-5 PBAKL. maksudnya, esok lah. sama sama kita tengok. saya pun nk order jugak online.-

Photos from Ibnu Rijal's post 02/06/2026

ALFU SANATIN 3
Tanah yang dijanjikan : The Origin

Alhamdulillah buku ketiga siri Alfu sanatin telah terbit dalam pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 ini.

kupasan kali ini berkenaan timeline yahudi merentasi kurun, nabi dan kerajaan.

editor beritahu, setakat Hari ini, Alfu sanatin 3 ini top 1 paling laris di booth Karangkraf. hari hari perlu topup di rak. slot saya bersama anda adalah pada sabtu ini 6 jun jam 12.00 tengah hari.
ya, hari second last. risau p**ak tak sempat slot saya, buku tu dah habis dulu.. hehe

terima kasih yg tak terhingga kepada semua atas sokongan anda selama ini. semoga Allah membalas segala jasa kalian.

Photos from Ibnu Rijal's post 23/05/2026

arghh!! pagi pagi dah hilang sabar! saya mintak simple ja..simple! apa yang susah sgt kau nak faham?

Photos from Ibnu Rijal's post 22/05/2026

saya belajar sesuatu. zaman sekarang kita tak boleh cakap A pun betul B pun betul. tujuan kita taknak bergaduh. pada umur umur begini kita taknak bermusuh masam dengan sesiapa. kita nak raikan semua.

saya fikir A pun akan tenang, B pun akan s**a. tapi saya silap. A serang bukan sebab kita Kata dia betul. A serang sebab kita cakap B pun betul.

begitu juga B. bila kita cakap B pun sebenarnya tidaklah salah. cuma berbeza. kita fikir B akan hargai. rupanya tidak, B marah sebab, apasal kau tak cakap yang A tu salah.

susah kan.. pada zaman warna warni ini, mereka masih mahu hitam atau putih. jika rai keduanya, maka kita ini jadi lalang, tidak berprinsip, dan bermuka muka.

ikutlah wahai A dan B. kalau anda masih belum letih. jika A pun tak boleh B pun tak boleh, maka tak hairanlah lebih ramai jadi C. yang tak peduli pun selama ini pasal A dan B.

dunia sudah bergerak laju. kita masih lagi berbahas wacana itu. mungkin masalah itu belum selesai, atau hati kita yang belum selesai?

entahlah .. ya. entahlah..

Photos from Ibnu Rijal's post 20/05/2026

ALFU SANATIN III : TANAH YANG DIJANJIKAN : THE ORIGIN

sebuah naskah lengkap timeline yahudi dari zaman awal sejak bani Israel asal (anak anak nabi yaakub) hinggalah Peristiwa nakbah tahun 1948.

buku ini membawa anda mengetahui dari mana munculnya perkataan yahudi. apakah yahudi itu bangsa atau agama?

sejarah mereka terusir dari satu ke satu negara.
zaman keemasan mereka - apa sumbangan Islam terhadap zaman emas mereka?

saya heret yahudi dalam buku ini dari Baitul Maqdis ke Mesir, ke Baitul Maqdis semula lalu ke Babylon lalu ke Syria lalu ke yathrib lalu ke Iraq lalu ke Morocco lalu ke Sepanyol lalu ke perancis lalu ke German lalu ke Poland lalu ke turki lalu ke England.

suku pertama anda akan faham whole gambaran bani Israel baik dam yahudi yang jahat.

suku kedua anda Akan geram kat yahudi ni dengan segala perangai biadap mereka satu demi satu kita bicarakan.

suku ketiga p**a, anda akan jadi kesiannnya la p**ak kt yahudi ni. pi mana mana pun orang tak s**a dan kena anaiya.

dan suku akhir buku ni anda akan rasa, "ouh no wonder la dunia benci depa.."

naskah Alfu sanatin III Ini akan mula menemui pembaca pada pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 ini sebelum diaspora ke seluruh kedai kedai buku seluruh Malaysia.

Buku sejarah Yahudi dah banyak kt pasaran. tapi yang konsep mcm ni, this is the one!

14/05/2026

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. yang memerintah Ia akan segala perkara yang besar-besar, dan yang amat halus-halus lagi seni. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan rasul.

Waba’du, adapun alam Nusantara itu suatu jazirah yang amat luas, lagi mengandung ia di dalamnya akan seribu satu hikayat dan sejarah para sultan yang adil serta para ulama yang mursyid, yang tiada kecil martabatnya pada timbangan tarikh.

Maka bahawasanya, amatlah s**ar pada zaman ini bagi penuntut ilmu menemui akan suatu karangan yang menghimpunkan sekalian perhiasan permata sejarah itu. Padahal dengan mengenal akan nama-nama dan rupa hikayat moyang kita, nescaya bertambahlah syauq (rindu) dan kasih di dalam hati akan bangsa dan watan sendiri.

Maka atas asbab itulah, fakir himpunkan di dalam kitab yang kerdil ini sekalian nubala Alam Melayu serta segala khabar kisahnya, supaya menjadi ia suatu peringatan bagi orang yang kemudian. Mudah-mudahan memberi manfaat ia bagi sekalian yang meniliknya.

- on going project-
-estimated hujung 2026-

12/05/2026

kenali siapa saidina Abu Bakar pada zaman jahiliyyah menurut penjelasan para ulama'.

Photos from Ibnu Rijal's post 11/05/2026

MITAJ tidak menangis lagi..

hari ini perasaan saya bercampur baur. Sma Al-maahadul Islami Mitaj , tempat saya berkhidmat hampir 10 Tahun tahun. sekolah kecil hujung negeri, berjiran dengan sungai, setiap tahun akan menangis berkali kali , dan setiap kali itulah kami keluarga mitaj bermandi peluh memberus menyental segala lumpur itu pergi seketika sebelum ia kembali dua bulan lagi.

saya sedar kami sabk kecil, tidaklah secemerlang mana. meski ramai juga yang sudah ke menara gading. namun nama kecil, bersama barisan guru dan pelajar yang tidak sampai 200 orang, barangkali jeritan kami terlalu perlahan untuk didengar oleh kerusi kerusi empuk di kementerian.

pernah juga saya sakit membaca berita sekolah itu sekolah ini bermandi peruntukan ratus ribu, sedang kami mengusap peluh menyental Lumpur mengusir debu.

kedudukan kami barangkali tidak strategik. pintu masuk kami sempit di celah simpang. me nyukarkan kenderaan mewah berserta pengiring mereka masuk. jika sebiji lori bomba masuk sahaja, jenuh kami berasak untuk mengubah kereta memberi laluan.

mana kami hendak pergi. sekolah ini terbina sejak 1930-an lagi. ini adalah tanah wakaf tuan tuan guru dahulu. berganti ganti generasi, terus bermandi lumpur demi menolak anak anak kampung kami agar tidak lemas dalam pertempuran dunia ini.

saya tidak salahkan menteri. saya tidak salahkan sesiapa. siapa saya untuk merungut, ini bencana alam. yang datang tak kenal siapa.

semalam mitaj menangis lagi. cuma pagi ini, nadanya berbeza. airmata mitaj kali ini kami basuh dan lap bersama sama.

dari hening pagi seawal jam 7 makcik pakcik cleaner sudah berperang dengan selut. jam 8, umi, pengetua. minta saya carikan nasi lemak. 50 bungkus. untuk kami makan sama sama selesai mencuci nanti.

tidak lama, kenderaan ustaz ishaq masuk. bos nombor 1 sektor pendidikan Islam JPN Pulau Pinang.

saya fikir, ustaz turun nak taklimat atau cekak pinggang. lagak biasa seorang berjawatan besar. saya silap. ustaz ishaq memakai tshirt biasa, pada usia yang begitu beliau meminta berus dan penarik air lantas menuju surau. ustaz faizal dan lain lain pegawai spi serta jpn , yang selama ini segak bersongkok memeriksa file. kali ini turun sama sama mengharung selut mitaj.

ketika ustaz ishaq sedang membongkok menyental daki lantai surau, saya rasa cukup bersalah. sya hampirinya,

ya ibn Rijal, ma za turid? soalnya seakan bersedia untuk membantu lagi.

belum pun malu ini reda, muncul bas IPG Bainun membawa 22 adik adik pelajar turun membantu.

"eh ust ibnu Rijal! ustaz keja sini ka?" soal sorang adik pelajar tahun satu.

umi teruja. bingkas meminta kak fitrah tambah, cari lagi nasi lemak untuk dijamu.

tidak semena mena Mitaj jadi meriah. para waris hadir wakil pibg, wakil LPS, haji Zaki. serta beberapa pegawai ppd dari tengah dan selatan.

dalam keriuhan itu, kami tersentak pada longkang yang degil yang menyimpan timbunan sampah dan rumput. apa nak buat? water jet kita tak cukup kuat.

saya menoleh, dua biji lori tanki MPSP sampai. abang abang MPSP turun..kat mana kami nak tolong? soal mereka teruja.

saya menoleh kearah pagar. 5-6 biji motosikal masuk ke sekolah. pakaian JPAM . abang kakak ini turun terus menyambar berus tanpa banyak bertanya.

kemuncaknya bos paling besar JPN penang. Tuan haji Dziyauddin ketika membasuh tangannya, beliau menyapa saya.

"sat lagi kita sembang nah". katanya.

saya teruja bercampur takut. ini bos nombor 1! arghh saya sambung memberus bersama ustaz zaki ustaz Sayuthi dan lain lain. sedang dalam kepala, apalah salah aku.

tuan pengarah tidak duduk statik disitu. beliau berjalan membelah lumpur dan lopak keliling sekolah. menyantuni dan berterima kasih kepada semua. beliau tekuni satu satu luahan dan santuni satu satu kakitangan.

ini luar biasa. hati saya kagum.

sehinggalah hampir zuhur, daki daki lumpur sudah disental habis, dijemur ke mentari menanti kering, dan sebagai harapan agar banjir jangan datang lagi.

"kita sama tok guru. saya juga anak murid cikgu salleh Rashid dulu.." ujar Tuan pengarah. ohh.. Ya Allah. rupanya beliau tahu perkembangan saya. saya tersipu dan lisan saya jadi tidak pandai menyusun butir kata.

beliau antara yang terakhir bertolak pergi. ternyata beliau bukan singgah. tetapi turun menyapa dan pergi membawa segala harapan kami semua kepihak diatas sana.

terima kasih. terima kasih semua atas pengalaman hari ini. saya tidak tahu, salah atau tidak saya membuat coretan ini. tetapi percayalah saya perlu menulisnya, agar tulisan ini sampai pada semua, agar kita tahu kami tidak keseorangan rupanya. dan andai ditakdirkan Allah tulisan ini tular, dan sampai ke meja menteri. saya ucap syukur dan bersedia menyambutnya dengan cara kami. cara keluarga kecil mitaj, hujung kampung hujung negeri.

Ibnu Rijal.

10/05/2026

apalah yang netizen dh buat kt hg dik. takkan down sampai cmni kot..

Want your business to be the top-listed Media Company in Kepala Batas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kepala Batas
13200