Nidokko Botanic
03/09/2025
🌸 *RAWATAN ISLAM* 🌸
*Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H*
Alhamdulillah, sempena hari penuh berkat ini, Masjid *Beris Meraga* menjemput tuan/puan hadir bersama dalam *sesi rawatan Islam* yang akan dikendalikan oleh perawat berpengalaman.
📍 *Lokasi:* Masjid Beris Meraga
🗓️ *Hari:* Jumaat, 5 September 2025
⏰ *Masa:*
▫️ 3.00 – 4.30 petang
▫️ 9.00 – 10.30 malam
🌿 Bersama perawat anda:
* Ust Halimi Yusuf
* Ust Rosli Rahman
* Ust Roslan Rahman
✨ Datanglah beramai-ramai bagi mendapatkan rawatan, doa & ikhtiar kesembuhan dengan cara Islam.
✨ Jangan lepaskan peluang ini untuk hadir bersama keluarga, mudah-mudahan Allah limpahkan rahmat & keberkatan.
📢 *Hebahkan pada sahabat & jiran tetangga. Sama-sama kita raikan Maulidur Rasul dengan majlis yang penuh manfaat.*
*DOA NABI DI TAIF*
اللَّهُمَّ إِلَيْكَ أَشْكُو ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبِّي، إِلَى مَنْ تَكِلُنِي، إِلَى بِعِيدٍ يَتَجَهَّمُنِي، أَمْ إِلَى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي، إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلَا أُبَالِي، وَلَكِنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ، وَصَلَحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ يَنْزِلَ بِي غَضَبُكَ، أَوْ يَحِلَّ عَلَيَّ سَخَطُكَ، لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ
Maksudnya: _“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu lemahnya aku ini, serta kurangnya daya upayaku serta hinanya aku dalam kalangan manusia. Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani, Engkau adalah Tuhan orang yang lemah, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan aku ini? Adakah kepada orang jauh yang mencari kesempatan untuk menyerangku? Atau adakah kepada musuh yang Engkau serahkan urusanku kepadanya? Jika engkau tidak memurkaiku, maka aku tidak akan mempedulikan, akan tetapi kesejahteraan daripada-Mu adalah lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi segala kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar janganlah kemurkaan-Mu menimpa kepadaku atau Engkau menjadi murka kepadaku. Bagi-Mu keredaan sehingga Engkau benar-benar meredainya, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan-Mu jua.”_
[Riwayat al-Tabarani (14/139). Disebut dalam Tarikh Dimasyq oleh Ibn Asakir (49/152) dan Zad al-Ma’ad (3/28)]
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang Dia ciptakan"
----
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ "
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membaca pada waktu petang sebanyak 3 kali
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang Dia ciptakan"
Tidak akan memudharatkannya sengatan haiwan berbisa pada malam itu.
[Jami' at-Tirmizi, hadis hasan]
Daripada Khaulah bte Hakim al-Sulamiyyah radiallahu 'anha:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang singgah di satu tempat, kemudian dia membaca 'Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang dia ciptakan'. Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang dapat memudharatkannya sehingga dia beredar dari tempat tersebut. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua' wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2708]
Bismillah...
Islam bukan sekadar agama/religion. Islam adalah sistem hidup. Sebab itu Islam tidak boleh dibandingkan dengan agama-agama lain, dan tidak akan setara. Menyamakan Islam dengan agama-agama lain sama sekali tidak wajar.
Islam itu kebenaran. Lawan kepada Islam adalah kebatilan. Islam adalah sistem kebenaran, manakala lawannya adalah sistem kebatilan.
Akidah Islam, lawannya adalah agama-agama syirik, ideologi-ideologi ciptaan manusia, imaginasi-imaginasi khurafat dan seumpamanya. Muamalah dan Siyasah Islam, lawannya adalah kapitalism, socialism, komunism, demokrasi, autokrasi, ribawi dan sebagainya.
Setiap zaman, pasti umat Islam dan sistem Islam dicabar, digugat, diserang dan cuba dimusnahkan oleh sistem-sistem yang menjunjung kebathilan. Ada ketika umat Islam kuat, ada ketika umat Islam lemah - namun sistem Islam tetap relevan tak kira status dan keadaan umat Islam.
Barangsiapa yang memegang Islam dengan teguh, dia akan selamat. Barangsiapa yang meninggalkan Islam, pastilah tiba saatnya penyesalan yang tidak berkesudahan. Allahu al-musta'aan...
27/12/2023
Pengajaran Fitnah Dari Surah al-Kahfi
=====
1. Surah al-Kahfi benar-benar menunjukkan kepada kita bagaimana manusia boleh tewas dengan pelbagai fitnah dunia yang ada pada hari ini. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mewakili setiap elemen dan mesej yang ingin disampaikan.
2. Kisah pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekump**an pemuda yang lari dalam usaha menyelamatkan agama tauhid mereka. Mereka tidak berkongsi akidah dengan kepercayaan lain jauh sekali memperjuangkan konsep pluralisme agama.
3. Kisah kedua p**a adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Follower yang ramai menjadikan dirinya ego. Firman Allah:
وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا
“Tuan kebun itu p**a ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)
4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut (follower) yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah tanpa dia sendiri menyedarinya.
5. Kemudian Allah datangkan p**a kisah Nabi Musa, yang menceritakan tentang fitnah (ujian) ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepada baginda tentang Nabi Khidir.
6. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. Merasakan dirinya lebih tahu dari orang lain, mereka mudah untuk menyalahkan malah merasakan hanya pandanganya yang benar.
7. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong dan mengelirukan manusia mengenai agama Allah yang suci ini.
8. Menariknya dipenghujung surah ini Allah menegaskan mengenai satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:
“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."
9. Sekalipun menurut Sheikh al-Tantawi, ayat ini merujuk kepada golongan musyrikin, Yahudi dan Kristian, namun pengajarannya adalah baik untuk kita semua. Ia mengingatkan kita bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.
Semoga Allah membimbing kita.
Antara tips doa mustajab ialah kita tawassul dengan amal soleh kita. Dalil pop**ar ialah kisah 3 orang terperangkap dalam gua. Ada satu lagi dalil sahih tawassul dengan amal soleh. Maksudnya kita sebut pasal amal soleh kita kepada Allah.
Sarah r.a, isteri Nabi Ibrahim a.s, ketika sedang hadapi raja yang zalim yang nak meragut kehormatannya, dia berdoa:
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي، إِلاَّ عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ya Allah, aku beriman kepada Mu, rasul Mu, dan aku menjaga kemaluan ku kecuali untuk suami ku. Janganlah kau biarkan orang kafir menguasai aku. [Sahih al-Bukhari].
Begitu tingginya nilai menjaga kehormatan diri sehingga ia menjadi bekalan untuk kita berdoa kepada Allah.
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua
Sambungan Part 4 untuk rawatan sihir pemisah dan saka..
In shaa Allah, dengan izin Allah.. Allah bagi sembuh🤲🤲
Kepada sesiapa yang ingin dapatkan rawatan Team TEPUK RUQYAH boleh contact kami pada link di bawah
Ustaz Rosli - https://www.wasap.my/+60199360276/tepukruqyah
Ustaz Roslan-
https://www.wasap.my/+60139979025/tepukruqyah
Ustaz Kimie- https://www.wasap.my/+601110280508/tepukruqyah
Sihir Pemisah&Saka part 3
04/11/2023
Salam
"Kami cintakan KEDAMAIAN, jangan dipaksa untuk BERPERANG"
Tuan puan yang ade mengalami gangguan saka,sihir dan apa2 bentuk gangguan termasuk juga masalah jantung juga kenser. insyaallah kami daripada team Tepuk Rukyah akan cuba memantu anda.
Jangan bersusah hati kerana setiap penyakit pasti ada jalan keluar dan penyembuhannya.
Hubungi kami
Ust lan 0139979025
Ust lie 0199360276
Ust kimie 01110280508
Assalamualaikum warga Taiping,Perak
Kami akan berada di sana pada 3,4 dan 5 November 2023.. kepada sesiapa yang ingin dapatkan rawatan Team TEPUK RUQYAH boleh contact kami pada link di bawah
Ustaz Rosli - https://www.wasap.my/+60199360276/tepukruqyah
Ustaz Roslan-
https://www.wasap.my/+60139979025/tepukruqyah
Ustaz Kimie- https://www.wasap.my/+601110280508/tepukruqyah
RAWATAN SIHIR PEMISAH & SAKA
Pesakit mengadu bahwa dia dan suaminya slalu bergaduh dan tidak sependapat ..
Pesakit jugak tidak mampu menahan rasa marah terhadap pekerjanya sedangkan pesakit dahulu orangnya sangat ceria dan peramah...
Dengan izin Allah, Team TEPUK RUQYAH mendapati bahawa pesakit mengalami masalah ganguan sihir pemisah dan saka..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kemaman
24000