Cikgu Razak Ibrahim

Cikgu Razak Ibrahim

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Razak Ibrahim, Digital creator, Kemaman.

17/05/2026

Macam ular sawa kekenyangan. Maksudnya Orang yang terlalu kenyang atau malas bergerak selepas makan.

Apa petua nya?

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 14/05/2026

Alhamdulillah, semalam sempat bersama pimpinan PAS Cawangan Seberang Tayor dengan penuh ukhwah dan semangat perjuangan.

Perjuangan ini bukan tentang siapa paling hebat, tetapi siapa paling istiqamah berbakti untuk masyarakat. Semoga saf perjuangan terus diperkukuhkan, hati terus disatukan dan langkah terus dipermudahkan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Bersama melangkah, bersama menguatkan perjuangan.” 💚

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 09/05/2026

Alhamdulillah, hari ini sempena program Karnival Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat Peringkat DUN Air Putih 2026 saya berkesempatan menziarahi 10 buah rumah sekitar Felda Neram 2 dan Bandar Cheneh Baru.

Ziarah melibatkan warga emas, mereka yang diuji dengan kesakitan serta beberapa tokoh dan orang berpengaruh setempat.

Semoga setiap kunjungan ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyantuni masyarakat dan membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang diziarahi.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 08/05/2026

Malam ini berpeluang bersama pimpinan PAS Cawangan Pekan Binjai.

Semangat yang ditunjukkan cukup luar biasa, penuh komitmen dan kesatuan dalam menggerakkan perjuangan di peringkat cawangan. Moga terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam membawa agenda kebajikan serta perjuangan Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 07/05/2026

Malam ini bersama kepimpinan PAS Cawangan Ban Ho, Cerul. Walaupun kawasan penduduknya kecil, namun kepimpinan di sini cukup bersemangat, komited dan sentiasa kuat dalam gerak kerja.

Semoga terus istiqamah membawa perjuangan demi masyarakat dan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 06/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kg Air Mak Chili telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli serta para penyokong yang hadir bagi memeriahkan dan memperkukuhkan semangat perjuangan kita bersama.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato’ Hj Hanafiah Mat atas kesudian menyempurnakan mesyuarat pada kali ini.

Semoga ukhuwah dan kesatuan yang dibina terus diperkukuhkan demi mengekalkan kemenangan serta membawa perjuangan Islam terus maju di bumi Kemaman dan Terengganu. 💚✊

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 01/05/2026

Bertemu mata malam ini, bersama pimpinan PAS Cawangan Pasir Semut di kampung Pasir Gajah dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026.

Perbincangan yang penuh makna demi memperkukuhkan saf perjuangan, merapatkan ukhuwwah dan merancang gerak kerja yang lebih tersusun untuk masa hadapan.

Semoga setiap usaha diberkati dan dipermudahkan.

Sejahtera Bersama Islam.

Photos from PAS Dun Air Putih N32- Terengganu's post 28/04/2026

24 April 2018. Kemenangan selepas 2013 🤲🏻 Disusuli anugerah kemenangan sehingga sekarang. Moga terus berterusan.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 26/04/2026

Hari ini genap usia saya 73 tahun. Namun tengah hari tadi, adik saya Mustaffa Kamal telah dijemput Ilahi.

Satu hari, dua rasa syukur dan kehilangan.

Saya bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas, berkongsi ilmu dan berbakti. Dalam masa yang sama, saya reda dengan pemergian insan yang sangat saya sayangi.

Mohon doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan diampunkan segala dosanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi, membantu menguruskan serta menunaikan solat jenazah.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Al-Fatihah 🤍

26/04/2026

Solat Jenazah Allahyarham adinda Mustaffa Kamal bin Mohd Shaffi di Masjid Batu 2½ Mak Chili, Kemaman selepas Solat Asar, 26 April 2026.

Dijemput kepada mereka yang berkelapangan hadir sama-sama menunaikan solat Jenazah.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah.

26/04/2026

Telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi adinda saya, Mustaffa Kamal bin Mohd Shaffi di Hospital Kemaman.

Al Fatihah.

Solat Jenazah serta urusan akan dimaklumkan nanti. Mohon sedekahkan Al Fatihah.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kemaman?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kemaman
24000